Thursday, May 28, 2009

Seorang Chin Peng dan Kewajaran I.S.A!

1. Masalah komunis adalah masalah sejagat

2. Ideologi komunis bukan sahaja di tolak tetapi juga telah terbukti menyemaikan keganasan, keangkuhan, menjalankan penganiayaan, pembunuhan serta ajaran yang bertentangan dengan Islam dan juga agama lain yang cintakan keamanan (Komunis tidak percaya kepada agama);

3. Akhir-akhir ini, ada tokoh-tokoh yang melahirkan "simpati" dengan pemimpin komunis Malaya, Chin Peng yang kini menetap di negara jiran;

4. Mereka yang bersimpati ini bukan terhad kepada parti politik sahabat dan lawan, malah di kalangan orang perseorangn/individu serta perkumpulan tertentu;

5. Pihak Kerajaan tentu tahu siapa mereka dan Perdana Menteri sendiri telah dengan TEGAS mengatakan TIDAK kepada sebarang usaha untuk membawa pulang Chin Peng ke Malaysia;

6. Jangan kita musnahkan keamanan yang telah kita bina hanya kerana seorang Chin Peng!;

7. Kerajaan tentu tahu apa yang perlu dibuat kepada sebarang usaha untuk menyemai rasa tidak puas hati dan seterusnya menyebabkan kita kembali kepada keadaan tidak aman dan huru hara;

8. C-bOk cadangkan kita I.S.A. kan sahaja mereka yang berkenaan!! (Tanpa mengira mereka itu tokoh parti sahabat atau lawan);

9. Ajar mereka erti keamanan!

Sunday, May 24, 2009

Saya SOKONG Mogok Lapar Di Perak!

1. Pakatan Rakyat di Perak telah membuat keputusan untuk melancarkan mogok lapar selama 72 jam bermula 26 Mei 2009 ini di kawasan Wisma DAP Perak;

2. Saya sokong sepenuhnya cadangan Pakatan Rakyat (DAP?) Perak ini;

3. Apabila seseorang menjalankan mogok lapar, maka mereka tidak makan dan tidak minum (kalau makan dan minum bukanlah di namakan mogok lapar...);

4. Apabila seseorang tidak makan dan tidak minum, maka ia akan kelaparan;

5. Di dalam keadaan kelaparan dan kehausan, sekiranya mereka tidak cepat-cepat makan atau minum, mereka boleh menjadi kebuluran;

6. Berdasarkan kepada kajian sains yang telah dijalankan oleh pakar-pakar sains di seluruh dunia, kebuluran boleh membawa kepada kematian (ini bukan C-bOk yang cakap, tetapi pakar-pakar sains yang cakap);

7. Eh! mati......? Mungkinkan kematian akan menyebabkan tidak ada lagi gangguan politik melampau di Perak kerana mereka-mereka yang sering mengganggu ini sudah kebuluran?;

8. Dengan tiadanya gangguan melampau, maka politik di Perak akan kembali aman damai;

9. Maka C-bOk rasa, eloklah kita sokong mogok lapar di Perak;

10. Nak mogok sampai PRU ke 13 pun ok (bukan C-bOk cakap, tetapi kartun Senyum Kambing yang cakap);

He he he........

Saturday, May 23, 2009

ADUN Teratai Kena Tangkap Lagi

1. ADUN Teratai, Janice Lee kena tangkap lagi;

2. Ini tangkapan kali kedua dalam masa seminggu;

3. Dalam kedua-dua kes, ADUN ini dan rakan-rakannya menyertai perhimpunan haram (tak ada permit la tu) vigil sambil pegang lilin;

4. Ini kah kerja sebagai wakil rakyat? Vigil memanjang.....;

5. Kalau ini sebagai wakil rakyat, asyik kena tangkap sahaja...bila masanya wakil rakyat ini bekerja untuk rakyat?;

6. Apakah yang boleh dibanggakan ADUN Teratai ini sebagai wakil rakyat di kawasan beliau dari segi sumbangan untuk memanjangkan permasalahan rakyat?;

7. Apakah sumbangan beliau kepada masyarakat sekitar seperti penganjuran program siasah, berdialog dengan rakyat, membangunkan minda masyarakat dan sebagainya....;

8. Yang nampak hanyalah beliau kena tangkap polis di sana sini..... (ya..., termasuk di luar kawasan Dewan Undangan Negeri teratai jugak...);

9. Apakah ini hala tuju baru wakil rakyat dari Pakatan Rakyat? Kalau ini identiti baru wakil rakyat (dari Pakatan Rakyat), jelas rakyat telah tersilap pilih dan merugikan diri mereka sendiri.....

Tidak Perlu Tunduk Dengan Politik Murahan

C-bOk setuju dengan Datuk Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan. Tidak perlu minta maaf sampai 2 kali.

Malahan permintaan maaf kali pertama itu pun sebenarnya tidak perlu. Kerana C-bOk rasa kenyataan itu tidaklah seksis melainkan orang yang mendengarnya berfikiran seksis.

Menteri berkenaan hanya menjalankan tugasnya untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah di pasar baru Kampung Datuk Keramat. Namun Ahli Parlimen kawasan itu, Dr. Lo Lo hanya berminat kepada protokol sahaja dan mengambil kesempatan untuk mempolitikkan kenyataan santai / gurauan Menteri berkenaan.

Friday, May 22, 2009

Tuntutan Taraf Bumiputra: Ibrahim Ali Ada Jawapannya

Semalam, pemimpin pertubuhan haram Hindraf yang baru dibebaskan daripada tahanan ISA, M. Manoharan yang juga ADUN Kota Alam Shah, membuat tuntutan taraf Bumiputra bagi semua rakyat Malaysia yang dilahirkan selepas kemerdekaan negara.

Ketika mengulas perkara ini, Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata:

1. M. Manoharan perlu mencermin diri sebelum membuat tuntutan yang "merepek" dan "tidak munasabah";

2. Tuntutan itu tidak perlu dilayan kerana ia adalah kontrak sosial yang telah dipersetujui sejak sebelum merdeka lagi;

3. M. Manoharan buta sejarah;

4. "Kalau hendak taraf Bumiputra, baliklah ke India, di sana dia boleh dapat taraf Bumiputra"
Kenyataan diatas adalah dibuat oleh Datuk Ibrahim Ali (dipetik dari akhbar Utusan Malaysia 22 Mei 2009). Bukan saya yang kata. Tapi ramai yang setuju.....

He he he....

Thursday, May 21, 2009

Siapa Jemput Negara Luar Campur Tangan Dalam Hal Negara Kita?

Sungguh malang nasib kita sekiranya apa yang saya baca ini benar.

Di negara yang tercinta ini dan di bumi yang bertuah ini ada petualang yang bersungguh-sungguh hendak menggambarkan negara kita ini sebagai negara yang menganiayai rakyatnya sendiri.

Sekiranya benar negara India dan Tamil Nadu "menegur" Malaysia bermakna mereka cuba campur tangan di dalam hal ehwal negara kita.
C-bOk tidak rela negara kita di perkotak katikkan oleh negara lain. Kita juga tidak perlu campur tangan di dalam negara lain.

Yang rakyat negara kita sendiri sibuk mengagung-agungkan negara lain kerana menegur negara kita ni apa hal? Apa kredibiliti yang dia ada untuk meletakkan hubungan diplomatik negara berada di dalam keadaan yang serba salah?

Sekiranya campur tangan luar dibenarkan atas dasar bangsa, maka selepas ini negara Cina pun masuk campur kerana nak jaga rakyat berbangsa Cina di negara ini, Indonesia pun nak jaga masyarakat Jawa.

Malangnya tindakan cabul rakyat negara kita ini mendapat sokongan yang bukan sedikit daripada masyarakat kita sendiri. Orang ini diagung-agungkan. Kononnya penyelamat negara kita. Namun ramai yang tidak sedar (buta kot.....) yang dia hanya hendak menyelamatkan dirinya sendiri sahaja.....

Kempen 1 Sekolah Mula Dapat Perhatian

Kempen 1Sekolah untuk semua yang digerakkan oleh blogawan di alam maya mula mendapat perhatian media aliran perdana. Aznan Bakar, wartawan kanan Utusan Malaysia membuat kupasan/ulasan tentang gerakan kempen 1Sekolah untuk semua seperti berikut.

Satu sekolah untuk semua?
Oleh AZNAN BAKAR

KEMPEN Satu Sekolah Untuk Semua merupakan perkembangan terbaru di kalangan komuniti blogger negara ini dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu pada masa depan.

Sepintas lalu ia mungkin dilihat sebagai imaginasi kumpulan tertentu di alam siber atau sekadar warna-warni dunia blogger. Namun rasional di sebalik kempen ini perlu dilihat dan diteliti.

Setiap penduduk negara ini yang mendakwa mereka rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia, perlu duduk dan berfikir sejenak mengenai apa bentuk generasi masa depan negara ini.

Selain dilihat selari dengan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh kepimpinan baru Datuk Seri Najib Tun Razak, idea Satu Sekolah Untuk Semua yang dicetuskan oleh blogger Kijang Mas melalui laman blog Demi Negara perlu diambil kisah oleh semua orang.

Tambahan pula kempen ini semakin mendapat sambutan di kalangan pengunjungpengunjung alam siber termasuk sokongan terhadap usaha mengumpulkan tanda tangan dan sokongan untuk menyerahkannya kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, penting sangatkah atau besar sangatkah pengaruh dunia blog ini hingga sampai mahu mencampuri urusan sistem pendidikan negara?

Namun ini bukan soal kecil atau besar tetapi sama ada ia signifikan atau tidak. Aspek yang perlu dilihat ialah jika idea ini dilaksanakan, adakah ia menjanjikan masa depan negara yang lebih baik?

Lagi pula, ia yang bermula dengan sekadar cetusan minda kini telah berkembang menjadi satu kempen untuk melihat Malaysia mempunyai satu sistem pendidikan yang dapat membantu ke arah pembentukan masyarakat Malaysia sebenar.

Walaupun selepas lebih 50 tahun merdeka, perpaduan kaum di negara ini kelihatan mantap (atau didakwa mantap), namun ia tidak boleh dipandang ringan.

Bibit-bibit perpecahan di kalangan kaum sedikit sebanyak jelas kelihatan dan ia juga tidak boleh dipandang sebelah mata.

Idea Satu Sekolah Untuk Semua ini tercetus ekoran lahirnya rasa bimbang sikap antinegara yang semakin berleluasa.

Lebih buruk lagi golongan ini memanipulasi kebebasan Internet untuk mencabar asas dan prinsip Perlembagaan termasuk secara terbuka mempamerkan sentimen perkauman selain tanpa segan silu mempertikaikan lambang negara.

Ini merupakan kebimbangan terhadap bentuk masyarakat negara pada masa depan serta sistem pendidikan negara yang dilihat sebagai gagal untuk merapatkan jurang yang berlaku ini.

Prinsip "di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung" nampaknya tidak mampu dipraktikkan kerana setiap kaum di negara telah diasingkan melalui sistem pendidikan yang berbeza sejak di usia kanak-kanak.

Sebab itu, satu formula perlu dicari untuk merapatkan kembali yang renggang dan mengawal isu perkauman daripada terus merebak dan menjadi kritikal.

Oleh itu, masyarakat blogger ini merasakan Malaysia tidak mempunyai pilihan kecuali berikhtiar menzahirkan suatu bangsa Malaysia yang teguh bersatu dan diikat dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama.

Dari situ akan lahir masyarakat yang bersatu daripada segi pemikiran, mempunyai tahap patriotisme tinggi dan menghormati Perlembagaan negara.

Titik permulaan yang dikenal pasti dalam membentuk bangsa Malaysia tersebut terletak pada sistem pendidikan negara.

Atas kesedaran itulah, kempen Satu Sekolah Untuk Semua dilancar supaya sistem pendidikan dijadikan wadah utama dalam menanam nilai bangsa Malaysia di kalangan generasi muda terutama golongan kanak-kanak.

Kempen ini mungkin akan dilihat oleh beberapa pihak secara emosional kerana ia secara nyata menentang kewujudan sekolah vernakular.

Untuk itu kajian perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana sekolah jenis kebangsaan ini dapat membantu kepada perpaduan.

Jika ia hanya menyumbang kepada polarisasi maka apa salahnya jika kehadirannya dikaji semula ke arah merealisasikan impian 1Malaysia, satu bangsa dan satu negara.

Dalam sebuah negara, bahasa kebangsaan merupakan alat terpenting untuk menyatupadukan rakyatnya.

Tempat paling sesuai untuk memastikan setiap rakyat dapat berinteraksi menggunakan bahasa kebangsaan ialah sekolah.

Sebab itu dalam Perlembagaan secara jelas dinyatakan bahawa bahasa Malaysia adalah wajib untuk segala urusan rasmi.

Dalam hal ini, sistem pendidikan adalah urusan rasmi. Jadi bahasa kebangsaan perlu digunakan pakai sebagai bahasa pengantar di semua sekolah.

Ketepikan emosi seketika dan tanya diri kita secara jujur adakah wajar tiga bahasa digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah? Sedangkan kita mempunyai bahasa kebangsaan yang diakui sebagai lambang perpaduan.

Ini bukan bermakna jika bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar yang lain akan diketepikan.

Perkara 152 Perlembagaan jelas menyatakan pengajaran bahasa lain selain bahasa kebangsaan dibenarkan.

Sebab itu melalui kempen tersebut Kementerian Pelajaran terutamanya diminta mengkaji sistem sedia ada kerana bangsa Malaysia yang bersatu padu seperti diimpikan oleh semua orang tidak mungkin dapat direalisasikan daripada persekitaran seperti ini.

Lagi pula ia bertentangan dengan semangat Perlembagaan selain menyimpang dari matlamat utama Rukunegara - mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.

Atas fakta dan hasrat untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama, maka kempen ini digerakkan.

Mungkin apa yang disasarkan melalui kempen siber ini sukar untuk dicapai. Tetapi diharapkan sekurang-kurangnya ia dapat membuka mata setiap rakyat negara ini mengenai perlunya negara mempunyai satu sistem pendidikan untuk semua.

Ini tidak bermakna semua sekolah vernakular dihapuskan sama sekali. Melalui idea Satu Sekolah Untuk Semua itu, sekolah jenis kebangsaan akan diserapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan. Peruntukan secukupnya akan diberikan untuk menyediakan pembelajaran bahasa ibunda.

Melalui kempen yang digerakkan melalui dunia siber ini satu kajian semula disyorkan terhadap sistem pendidikan kebangsaan supaya ia benar-benar berfungsi melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Ia termasuk mengkaji semula Akta Pendidikan 1996 yang didakwa tidak sejajar dengan matlamat mewujudkan bangsa Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Walaupun kempen ini bermula sebagai suara blog namun ia tetap mempunyai asas.

Sikap perkauman dan berpuak-puak yang begitu nyata di alam Internet perlu diberi perhatian serius. Jika tidak ditangani dengan bijak dari sekarang kemungkinan ia akan membesar menjadi barah yang parah.

Salah satu cara yang difikir oleh sekumpulan komuniti blogger dalam usaha merapatkan jurang perbezaan yang semakin membimbangkan ini ialah mewujudkan satu sekolah untuk semua. Ini wajar difikirkan oleh semua.

Tuesday, May 19, 2009

Terbukti! Hindraf Samseng Jalanan

Nota: Catatan ini dipetik oleh akhbar Sinar Harian, Khamis - 21 Mei 2009 [m/s: N10]

1. Tindakan Kerajaan membebaskan pemimpin Hindraf Uthayakumar daripada tahanan ISA adalah tindakan yang tepat. Pembebasan Uthayakumar dan pemimpin-pemimpin lain Hindraf membuka pekung di dada mereka;

2. Sebaik dibebaskan Uthayakumar membuat kenyataan tidak berterima kasih dengan Kerajaan (walaupun tidak di minta) menunjukkan kebongkakkan, kesombongan serta sikap tidak sedar diri beliau;

3. Beberapa hari kemudian Hindraf membuat pula kenyataan terbuka untuk mengadakan protes jalanan dan ugutan untuk "berperang". (Nak berperang dengan siapa?);

4. Terbukti pendokong parti ini cenderong kepada keganasan dan tidak bersyukur dengan nikmat yang telah mereka dapat di negara ini. Nikmat yang meletakkan mereka sebagai antara orang yang "berada" di negara ini. Bukan sedikit pendapatan mereka yang bergelar "peguam". Jika nak dibandingkan dengan sebahagian besar masyarakat Bumiputra/Melayu di negara ini, rasa-rasanya mereka ini lebih lumayan pendapatan dan banyak peluang;

5. Kini setelah bebas daripada tahanan ISA, mereka kembali menunjukkan belang mereka;

6. Terpulang kepada rakyat untuk menilai sikap dan hasad dengki mereka. Sekiranya dahulu mungkin ada rasa kasihan, kini adakah orang seperti ini wajar disokong dan diagung-agungkan? Tanpa mereka sedari, mereka telah menunjukkan sikap provokasi mereka kepada Kerajaan dan mengancam keselamatan negara;

7. Eloklah mereka teruskan sikap mereka begini. Secara tidak langsung rakyat akan sedar niat buruk mereka dan membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan tanpa menggunakan ISA lagi. Kalau mereka bertindak sahaja, maka tangkaplah mereka dan dakwa atas kesalahan yang mereka lakukan. Biar mahkamah yang menentukan samada mereka salah atau tidak;

8. Kita juga hendak melihat apa pandangan parti-parti politik pembangkang terhadap sikap pemimpin Hindraf ini. Adakah akan disanjung seperti sebelum ini?

Monday, May 18, 2009

1 Sekolah Untuk Semua

1Sekolah Untuk Semua

Ahli politik kita sering bercakap tentang kewajaran untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang bersatu. Tokoh yang mewakili Kerajaan dan lebih-lebih lagi yang mewakili Pakatan Pembangkang sering kali berkata tentang pentingnya kita mempunyai identiti "satu bangsa, satu bahasa dan satu negara".

Realitinya di negara jiran kita yang juga beridentitikan majmuk, sudah lama berjaya melahirkan sebuah negara yang hanya mengenal satu bahasa dan satu bangsa walaupun di dokong oleh penduduk majmuk yang berbangsa Cina, India, Melayu, Jawa dan lain-lain lagi.

Kempen ini adalah satu ujian kepada kesediaan pemimpin-pemimpin kita - baik yang memimpin parti-parti di dalam gabungan Barisan Nasional mahupun yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat bersedia untuk mengenepikan idealogi sempit berasaskan "kaum" dan menerima wawasan 1Malaysia yang di perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wawasan 1Malaysia tidak akan berjaya sekiranya kita masih mahu mengekalkan status kuo dengan mengasingkan anak-anak kita kepada sekolah-sekolah yang beridentitikan kaum. Polisi inilah yang menjadikan kita hari ini masih lagi "bercakar" tentang hak masing-masing.

C-bOk berpendapat, kempen ini perlu disokong demi untuk kebaikan generasi kita di masa akan datang. Sesiapa yang berminat untuk menyokong kempen ini, silalah tanda tangan di sini. Tandatangan C-bOk di dalam kempen ini adalah di no. 535.

Ada siapa-siapa yang berpendapat kempen ini tidak wajar?

Monday, May 11, 2009

Kemelut di Perak: Antara Nizar dan Zambry!

Antara Nizar dan Zambry!

1. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang mengistiharkan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana penggugurannya telah dibuat secara tidak sah;

2. Seperti yang dijangka, Mahkamah Tinggi dan institusi kehakiman disanjung tinggi kerana keputusan yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada Zamry? (sure kena kutuk punya);

3. Hanya undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang boleh melucutkan jawatan Menteri Besar. Jadi walaupun DYMM Tuanku Sultan Perak beranggapan MB sudah tidak mempunyai sokongan majoriti, cara perlucutan jawatan itu tidak betul. Ringkasnya, ini adalah kesilapan teknikal;

4. Pihak Barisan Nasional (BN) masih mempunyai majoriti di DUN dengan 28 ADUN BN + 3 ADUN Bebas yang menyokong BN = 31 berbanding dengan 28 ADUN Pakatan Rakyat;

5. BN dijangka akan memanggil Sidang DUN dan mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar.

6. Sekiranya ini dilakukan, BN dijangka akan menang mudah (31 undi) dan perlucutan Nizar sebagai MB akan disahkan oleh DUN.

7. Maka, Nizar hanya akan kekal sebagai MB sehingga ke tarikh persidangan DUN yang akan datang.

8. Dengan kemelut yang berlanjutan ini, apa yang kita/rakyat dapat?

Sendiri Mau Ingat La....

C-bOk baca blog-blog yang mengulas tentang kejadian di Perak minggu lepas. Yang pastinya Pakatan Pembangkang mempunyai ramai penulis blog. Sudah pastinya blog mereka menegakkan kebenaran di pihak mereka. Malangnya tidak ramai blogger penyokong Kerajaan yang menulis kejadian sebenar yang berlaku di dalam Dewan yang mulis berkenaan.

Namun, melihat muka DYMM Raja Muda Perak, pastinya kita dapat membaca apa yang tersirat. Dalam melayari blog-blog di alam maya, C-bOk terjumpa blog catatan Warisan Pahang di sini.

Jelasnya mereka yang merasakan diri mereka maksum di dalam Dewan Undangan Negeri yang mulia perlu memikirkan semula tindakan mereka. Muhasabah diri. Sendiri mau ingat la....

Thursday, May 07, 2009

Dah Sambut Hari Jadi Anak Kita? Ibu/Ayah Kita?

Hebat!

Semalam ramai yang pakat sambut hari jadi Altantuya. Sampai kena tangkap polis. Jarang sekali kita merayakan hari jadi orang yang dah mati. Kadang-kadang orang hidup pun kita lupa nak raikan.

C-bOk nak tanya sikit kepada mereka yang sibuk-sibuk meraikan harijadi Altantuya tu semalam.

Sudah sempurnakah kita di dalam meraikan hari jadi anak-anak kita, isteri/suami kita, ibu- bapa kita, mertua kita dan rakan-rakan terdekat kita? Adakah kita beli kek yang mahal juga untuk mereka (khususnya ibu kita)? He he.....