1Sekolah Untuk Semua
Ahli politik kita sering bercakap tentang kewajaran untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang bersatu. Tokoh yang mewakili Kerajaan dan lebih-lebih lagi yang mewakili Pakatan Pembangkang sering kali berkata tentang pentingnya kita mempunyai identiti "satu bangsa, satu bahasa dan satu negara".
Realitinya di negara jiran kita yang juga beridentitikan majmuk, sudah lama berjaya melahirkan sebuah negara yang hanya mengenal satu bahasa dan satu bangsa walaupun di dokong oleh penduduk majmuk yang berbangsa Cina, India, Melayu, Jawa dan lain-lain lagi.
Kempen ini adalah satu ujian kepada kesediaan pemimpin-pemimpin kita - baik yang memimpin parti-parti di dalam gabungan Barisan Nasional mahupun yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat bersedia untuk mengenepikan idealogi sempit berasaskan "kaum" dan menerima wawasan 1Malaysia yang di perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Wawasan 1Malaysia tidak akan berjaya sekiranya kita masih mahu mengekalkan status kuo dengan mengasingkan anak-anak kita kepada sekolah-sekolah yang beridentitikan kaum. Polisi inilah yang menjadikan kita hari ini masih lagi "bercakar" tentang hak masing-masing.
C-bOk berpendapat, kempen ini perlu disokong demi untuk kebaikan generasi kita di masa akan datang. Sesiapa yang berminat untuk menyokong kempen ini, silalah tanda tangan di sini. Tandatangan C-bOk di dalam kempen ini adalah di no. 535.
Ada siapa-siapa yang berpendapat kempen ini tidak wajar?
Monday, May 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya dah lama mengharapkan agar satu sekolah utk semua. tidak kira apa aliran dimana bahasa pengantar adalah bahasa Malaysia.
sekarang ni kalau ada sekolah cina maka org cina takkan hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan (selalu dipanggil sek.melayu)
contohnya kat rumah saya ni. sek.kebangsaan sg.ara langsung tidak ada pelajar cina walhal sekolah ini di pulau pinang ? kenapa ? kat seberang jalan sekolah ni ada sekolah cina.
pergilah mana2 shopping complex cuba dengar lagu apa yang dia orang mainkan.
malah kekadang tu kat pentas khas ada program dalam bahasa cina. orang melayu ternganga di bumi sendiri.
Post a Comment