Thursday, May 21, 2009

Siapa Jemput Negara Luar Campur Tangan Dalam Hal Negara Kita?

Sungguh malang nasib kita sekiranya apa yang saya baca ini benar.

Di negara yang tercinta ini dan di bumi yang bertuah ini ada petualang yang bersungguh-sungguh hendak menggambarkan negara kita ini sebagai negara yang menganiayai rakyatnya sendiri.

Sekiranya benar negara India dan Tamil Nadu "menegur" Malaysia bermakna mereka cuba campur tangan di dalam hal ehwal negara kita.
C-bOk tidak rela negara kita di perkotak katikkan oleh negara lain. Kita juga tidak perlu campur tangan di dalam negara lain.

Yang rakyat negara kita sendiri sibuk mengagung-agungkan negara lain kerana menegur negara kita ni apa hal? Apa kredibiliti yang dia ada untuk meletakkan hubungan diplomatik negara berada di dalam keadaan yang serba salah?

Sekiranya campur tangan luar dibenarkan atas dasar bangsa, maka selepas ini negara Cina pun masuk campur kerana nak jaga rakyat berbangsa Cina di negara ini, Indonesia pun nak jaga masyarakat Jawa.

Malangnya tindakan cabul rakyat negara kita ini mendapat sokongan yang bukan sedikit daripada masyarakat kita sendiri. Orang ini diagung-agungkan. Kononnya penyelamat negara kita. Namun ramai yang tidak sedar (buta kot.....) yang dia hanya hendak menyelamatkan dirinya sendiri sahaja.....

3 comments:

GuruBashid said...

Cukuplah India yang sedia ada. Kita tak perlu bangunkan India yang lain di sini. Hindraf bukan pelancong atau menumpang di sini, tetapi mereka adalah sebahagian warga negara Malaysia. Permintaan Hindraf supaya India campur tangan seolah-olah mereka berkiblatkan India bukan negara di mana mereka lahir, membesar dan mencari makan di atasnya. Pemberontakan gerila Tamil Elam telah ditamatkan di Sri Lanka, mengapa gerakan ala-ala yang begitu mahu dipindahkan ke mari?

GEM Community said...

Join GEM Community:- http://gem.socialgo.com

Sam said...

Salam Tuan.

Rupanya manusia di dunia ini masih belum berterima kasih pada yang memberi.. Hidup ini diliputi peraturan dan undang-undang.. Bumi ini luas, sekiranya tidak mahu ikut undang-undang buatlah bumi sendiri..

Fahamkan betul-betul peribahasa kita ini:
DIMANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGGIT DI JUNJUNG.

Jangan layan dan beri perhatian pada pembelot.. Siapa??.. Lu sendiri pikir la bebb..