Saturday, October 03, 2009

Bagan Pinang: Sokong PAS Bermakna Sokong Komunis?

Ini Chin Peng. Chin Peng adalah seorang komunis.

Semasa zaman darurat dia telah banyak mendatangkan kesusahan dan kemudaratan kepada rakyat negara ini. Nyawa bagi Chin Peng adalah amat murah. Tentera adalah musuh utama Chin Peng.

Nyawa tentera adalah mainan beliau. Tentera dibunuh sewenang-wenangnya. Tentera dibunuh dengan kejam.

Itu sejarah. Sejarah tidak pernah berbohong.

Chin Peng kini dalam buangan di negara luar. Beliau menetap di Bangkok, Thailand. Baru-baru ini Chin Peng memohon untuk balik ke Malaysia. Permohonan itu mendapat tentangan keras golongan tentera dan pejuang kemerdekaan. Sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali tentu akan melukakan hati banyak pihak. Kenangan lama kekejaman komunis akan mekar kembali. Ada bekas tentera zaman darurat yang sudah menyinsing lengan untuk menyambut kepulangan Chin Peng (sekiranya dibenarkan) dengan sambutan berdarah.

Perdana Menteri menyifatkan sokongan itu sebagai permintaan yang melampau serta menyalahgunakan konsep 1Malaysia. Timbalan Perdana Menteri pula berkata sebarang permintaan seperti itu tidak akan dilayan.

Itu juga sejarah. Sejarah tidak pernah berbohong.

Namun, semasa isu permohonan Chin Peng untuk kembali ke negara ini, ada golongan yang terang-terang menyokong permohonan itu atas alasan "lets forgive and forget". Yang kuat memberi sokongan adalah DAP. Pendirian ini turut disokong kuat oleh PAS. Manakala Ketua Umum PKR yang juga Penasihat PR pula berkata Chin Peng wajar dibenarkan balik atas sifat kemanusiaan. Siap buat sidang media lagi. Tak percaya tengok sini.

Ini juga sejarah.

Siapa yang tidak ingat ceramah PAS di Simpang Renggam Johor yang menyokong kemasukan semula Chin Peng ke negara ini. Siap disambut dengan Takbir. Lebih hebat lagi, Musyidul Am PAS siap melabelkan Chin Peng sebagai nasionalis semata-mata atas alasan politik menafikan sejarah perjuangan kemerdekaan oleh orang-orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO ketika itu.

Ini adalah satu penghinaan terhadap perjuangan kemerdekaan negara oleh pahlawan-pahlawan kita dalam pasukan tentera dan polis.

Semuanya semata-mata kerana hendakkan undi (dari DAP?).

Hari ini hari penamaan calun di Bagan Pinang. Adalah dijangkakan BN akan ditentang oleh PAS yang bersekongkol dengan DAP.

Bagan Pinang di Port Dickson telah diistiharkan sebagai Bandar Tentera.

Mahukah sebuah bandar tentera yang menjadi lambang kepada perjuangan pahlawan-pahlawan negara ini diwakili oleh mereka yang menyokong komunis?

Hanya pengundi Bagan Pinang yang layak membuat keputusan.

10 comments:

Anonymous said...

Tak sangka org cerdik mcm hang ni berfikiran cetek......hes..hes..hes

Zainal A. Kasim said...

Salam Anon 8.14 am,

Bagus la sdra lebih cerdik dari saya. Dah fikir panjang ke kalau Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri?

Anonymous said...

Sebenarnya kita tak perlu risau jika Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri Malaysia,sebagaimana Barrack Obama jadi Presiden Amerika.

Perkara paling penting ialah Perdana Menteri tersebut mesti bersemangat Malaysia, berfikir secara org Malaysia, bertindak secara Org Malaysia.

Amerika maju kerana berjaya menyatu padukan rakyatnya dengan semangat Amerika.

Barrack Obama berjaya menjadi Presiden Amerika kerana beliau bertindak sebagai org Amerika dan bukan bertindak @ berfikir sebagai org negro.

Jika Barrack Obama berfikir @ bertindak sebagai org Negro, beliau tidak akan berjaya menjadi Presiden Amerika, sebab org Negro hanyalah golongan minoriti di Amerika.

Begitu juga Lim Kit Siang tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia jika beliau berfikir @ bertindak sebagai seorg Cina, sebab org Cina hanyalah golongan minoriti di Malaysia.

Lagi pun untuk masa depan Malaysia, bahaya jika kita masih berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masaalah berdasarkan penyelesaian mengikut kaum masing-masing.

Sudah sampai masanya pemimpin yang ada sekarang mendidik para pemimpin muda agar tidak berfikir untuk membantu kaumnya sahaja.

Pemimpin untuk masa hadapan Malaysia perlu berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masaalah tidak berdasarkan kaum, tetapi berdasarkan keperluan...

Corak perjuangan Umno dan lain2 parti komponen BN yg masih berfikir untuk menyelesaikan masaalah kaum masing2 setelah malaysia merdeka selama 52 tahun sebenarnya sudah tamat tempoh.

Maksudnya jika org Melayu masih ketinggalan setelah 52 tahun merdeka, adalah kerana Umno gagal didalam menjalankan amanahnya untuk memajukan org Melayu.

Oleh itu corak kepimpinan masa depan Malaysia ialah Malaysia untuk semua tanpa mengira kaum..... sekian.

Kembara Politik said...

Salam C-bOk,

Pengundi pos di Bagan Pinang yang terdiri dari majoriti askar tidak akan mengundi Pas (Pakatan Rakyat) yang memperjuangkan Chin Peng dan PKM.

Itu yang Pas duduk sibuk persoal pasal undi pos. Pas takut dengan apa yang Pas dah buat terhadap anggota keselamatan kita.

http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/12/usaha-pinda-fakta-sejarah-untuk-iktiraf.html

Zainal A. Kasim said...

Anon,

1. Baguslah kalau idola saudara bersemangat Malaysia. Betul ke?

2. Perbandingan dengan Barrack Obama tidak tepat. Di Amerika bukan kulit yang jadi ukuran. Kesanggupan calun Presiden menjadi tunggangan Yahudi/Zionis yang jadi ukuran. Kalau saudara sanggup jadi balaci Yahudi/Zionis, saudara pun boleh jadi Presiden Amerika, bukan sebab bersemangat Amerika. Itu semua karut;

3. Saya takut, semangat Malaysia yang dikataka itu nanti jadi semangat kiasu macam di Singapura. Orang Melayu cuma jadi Menteri agama Islam sahaja. Tak perasan ke kat Penang, Melayu jadi Menteri jaga agama Islam aja?;

4. Paling dekat boleh dilihat di PP di bawah parti Gerakan. Apa jadi kepada tanah-tanah adat? Tetapi dibiarkan atas sebab "perkongsian";

5. Sekarang ni lagi teruk. Peniaga Bumiputra nak berniaga pasar Ramadhan pun nak kena halau. Baca paper tak?;

6. Tanah di Perak...., dianugerahkan selama 999 tahun kepada kampung baru C... Tak pernah berlaku sebelum ini. Ya tak?

7. Orang Melayu ketinggalan bukan kerana UMNO, tetapi kerana sifat dengki Melayu. Kalau Abu jual nasi lemak, Ali pun nak jual nasi lemak kat sebelah Abu. Kalaulah idola saudara jadi PM, adakah dia akan peduli?

8. Orang Cina berjaya kerana ada "bamboo network". Maksudkan kalau DAP rasa pening, MCA dan Gerakan pun pening juga;

9. Sebaliknya, kalau UMNO pening, Nik Ajis kasih taruk lagi sampai muntah pulak;

10. Eloklah saudara cuba rasa pi duduk ka Penang baru boleh komen;

11. Jadi janganlah samakan LKS dengan Barrack Obama.

Anonymous said...

Pemimpin UMNO yg main perasanan jual tanah org melayu kat Penang. Terima saja hakikat. Sejarah biasanya ditulis oleh kumpulan yg berkuasa dizamannya. Cuba lihat apa yg berlaku di Iraq kini, dan bandingkan sejarahnya dibaca untuk 20 tahun kemudian dgn apa yg kita ketahui kini. Pastinya sejarah ditulis bahawa US betul, kilang nuklier itu ujud, saddam bunuh suku kaum dan sebagainya dan kerajaan yg bersekutu dgn US itu betul, tapi selepas semuanya sejat, minyak pun dah dikeluarkan secukupnya, maka US akan berundur dan Iraq diistiharkan stabil, sebagaimana lombong bijih tinggalan British merata2 di Malaya. Filem pula berperanan menghalalkan segalanya.

Adakah Jepun itu tidak jahat, sehingga kita tidak pernah menyebutnya sehebat komunis. Sbb komunis tidak menyumbang apa2 yg menguntungkan konglemerat UMNO dizamannya berbanding Jepun dan British yg lebih give n take. Tak percaya tanyalah org kaya yg masih lagi umur panjang yg menduduki rumah besar tiang batu klasik.
Kita berfikir dan jgn menulis untuk hidup.

MAD BALING

Zainal A. Kasim said...

Mad Baling,

And your point....? Sokong komunis?

Jason said...

Aku rasa la bang zainal, anon dengan mad baling nih gila kot. Kasi contoh barrack obama menyatu padukan rakyat amerika nih adalah macam kata lim kit siang ini adalah pejuang bangsa melayu yang sejati. Sapa yang pegi amerika baru2 ni, tidaklah seindah seperti dalam akhbar. Aku tau pun sebab aku baru lepaih balik. Seluruh benua amerika tahu yang presiden amerika adalah boneka yahudi. Nak rasa macamana duduk dalam jewish state? Moleklah cadangan pergi duduk penang tu. Pulau, ye, bukan kat seberang perai.

Yang mad baling nih, apa gila la kau nih. Tulis pun kelam kabut. Hang kata apa pasal lombong bijih, dok ada lagi lepaih british pegi. Aku tau pun sebab bapa aku dulu kerja kat sana. Hang nak menipu pun, berpada2 la.

Hang nak cerita pa, jepun tak sekejam komunis? Hang dok tengok tak cerita kat panggung, sarjan hasan dan sebagainya, semua musuh negara. Mana ada beza. Takda umno untung pun. Apa, masa lawan perang jepun dulu ada beza umno dengan tak umno ke? Ada pas ke, umno ke, pegi tembak komunis? Kalau takda, manakan umno boleh untung?

Nasihat untuk hang la, kita berfikir (khususnya bila menyatakan fakta) dan jangan menulis untuk hidup. Tak la salah menulis untuk hidup nih, kalu tak, payah la wartawan, penulis buku teks sekolah dll. Tak semua buleh cari duit mcm hang.

jagungmentah said...

nak tanye..

katakan kamu ada projek besar, adakah kamu akan berikan projek itu kpd kroni kamu(keluarga,sedara mara dll yg kamu kenali) atau kpd org lain sekiranya:

1)kroni kamu mempunyai kebolehan yg lebih tinggi/sama dgn org luar tersebut?

2)org luar lebih berkebolehan dari kroni kamu?

Zainal A. Kasim said...

Jagung Mentah,

Apa kaitan soalan itu dengan objektif saudara?