PRU13 telah pun tamat. Pihak yang menang dan kalah sudah pun di ketahui. PM sudah pun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri setelah diperkenankan oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong. Manakala beberapa Menteri Besar dan juga Ketua Menteri juga telahpun mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan dan Gabenor negeri masing-masing.
Langkah terbaik bagi semua pihak sekarang ini adalah untuk menerima Qada dan Qadar bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yang menang tidak dapat semua dan yang kalah pula tidak hilang semua. Masing-masing mendapat bahagian yang telah diperkenankan oleh Allah SWT kepada mereka.
Sehubungan dengan ini, C-bOk rasa eloklah semua pihak melupakan sengketa. Sebaiknya bersatu dengan kumpulan masing-masing untuk muhasabah diri dan melihat apa yang tidak kena dengan diri/parti masing-masing. Kenapa yang menang hanya menang sedikit. Begitu juga dengan yang kalah - hanya kalah sedikit. Sedangkan banyak yang sudah dibuat oleh setiap individu di dalam parti-parti yang bertanding. Sembahyang hajat pun telah dibuat. Bukan kecil-kecilan - tetapi secara besar-besaran.
Dalam keadaan negara kita baru sahaja selesai dengan PRU13 ini dan masih lagi terdengar-dengar hiruk pikuk serra laungan kempen tokoh-tokoh yang berkempen dan bertanding, eloknya masing-masing segera menyatukan ahli dan juga meletakkan negara sebagai keutamaan. Kita hanya mempunyai tujuh (7) tahun sahaja lagi sebelum menjelangnya subuh 1 Januari 2020 di mana kita sepatutnya sudah menjadi negara maju. Itulah negara yang hendak kita tinggalkan kepada anak cucu kita.
Namun apa yang kita cita-citakan akan hanya menjadi angan-angan yang tidak kesampaian sekiranya kita biarkan khabar angin menguasai kita. Sekiranya kita biarkan ahli-ahli politik sewenang-wenangnya bercakap ikut sedap mulut. Lebih-lebih lagi tokoh politik longkang yang mulutnya macam cibai. Sekiranya dibiarkan, C-bOk khuatir negara kita akan terjerumus ke kancah yang tidak ada jalan pulang. Negara yang kucar kacir kerana pertelagahan diantara kita. Manakala negara-negara musuh bertepuk tangan melihat doktrin memusnahkan sesebuah negara sepertimana yang dilaksanakan secara halus oleh negara barat berjaya.
Kalau ada yang begini - tugas kita sebagai rakyat untuk tidak menjadi penyambung kepada khabar-khabar angin yang diwujudkan. Nanti tak pasal-pasal kita yang terkena undang-undang Akta Hasutan.
Hentikan dan JANGAN sebarkan FITNAH!
Marilah kita bersatu untuk membina negara kita.
Friday, May 10, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment