Tuesday, May 14, 2013

Kabinet Baru: Menteri KDN

1.  Rata-rata di dalam pelbagai blog dan catatatan FB yang C-bOk baca membuat pelbagai ramalan tentang kabinet baru YAB Perdana Menteri yang dijangka akan diumumkan dalam sehari dua ini;

2.  Setiap blogger/penulis memberikan pelbagai pandangan dan ramalan tentang siapa yang patut dilantik, siapa yang patut digugurkan dan siapa yang patut dikekalkan.  Nama pelbagai tokoh disebut-sebut mengikut kesesuaian pada pandangan penulis itu sendiri;

3.  C-bOk melihat ada konsensus di kalangan penulis maya yang mereka tidak mahukan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn kekal sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN);

4.  Mereka mahukan seorang yang lebih tegas untuk memimpin Kementerian KDN, sesuai dengan perkembangan semasa pasca PRU13;

5.  Malaysia, khususnya pasca penghapusan ISA dan Akta Buang Daerah (atas desakan parti-parti politik - kerana mahukan populariti) sudah berubah.  Rakyat rata-rata kini semakin berani bersuara menyatakan pandangan mereka;

6.  Lantaran ini wujud satu suara mendesak yang keterlaluan sehingga kata-kata cacian menjadi makanan seharian khususnya di kalangan tokoh politik dan pemimpin-pemimpin NGO yang berpihak.  Pandangan-pandangan yang dikemukakan kadang-kadang jelas menjerumus kepada hasutan sehingga mewujudkan gerakan yang boleh menggugat keharmonian negara;

7.  Pada pandangan banyak pihak, ini terjadi kerana kelemahan Menteri bertanggungjawab di KDN.  Kebetulan, Dato' Seri Hishamuddin Tun hussein Onn adalah menteri bertanggungjawab sebelum PRU13 selaras dengan kedudukannmya sebagai Naib Presiden UMNO - satu kementerian penting yang biasanya diberikan kepada tokoh-tokoh kanan di dalam UMNO;

8.  Namun, suasana semasa memerlukan seorang yang tegas untuk memimpin KDN.  Negara tidak memerlukan seseorang yang terlalu berlembut untuk menjadi Menteri di sebuah Kementerian yang memerlukan ketegasan;

9.  Musuh negara dan mereka yang suka membuat kacau perlu diingatkan bahawa KDN tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan untuk menjamin keselamatan negara yang mengatasi mana-mana kepentngan individu.  Ini hanya boleh berlaku apabila "tindakan diambil" bukannya sekadar "mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbentuk amaran" yang kini menjadi gurauan satu Malaysia;

10.  C-bOk yakin, YAB Perdana Menteri faham perkara ini!

2 comments:

Anonymous said...

dibimbangi oleh kerna kelemahan yg terdapat dlam KDN maka membiaklah musang berbulu ayam yg mengambil kesempatan eg, harga cincin untuk pamiran pun difitnah bukan2 yg membuka rahsia siapa? tanya hatilah

Anonymous said...

oleh kerna terdapat kelemhan yg ketara dalam KDN maka membiaklah musang2 berbulu ayam di sini yg membocor segala rahsia kerajaan eg siapakah yg membocor rahsia ttng cincin untuk pamiran dgn membabitkan fitnah yg keterlaluan.Tanya hati