1. Berdasarkan kepada laporan media dan juga blog-blog tempatan, beberapa orang lagi tokoh pemimpin pembangkang telah ditangkap hari ini;
2. Mereka yang ditangkap adalah YB Tian Chua, aktivis Harris Ibrahim dan seorang ahli PAS Tamrin Ghafar;
3. Kesemua mereka ditangkap di bawah Akta Hasutan;
4. Tindakan tegas Ketua Polis Negara dan PDRM sememangya diharap-harapkan oleh rakyat yang cintakan keamanan;
5. Adalah diharapkan tindakan ini tidak dilihat sebagai tindakan politik, tetapi tindakan yang perlu diambil oleh pihak PDRM sebagai sebuah agensi yang profesional di dalam menjaga hak rakyat di bawah negara demokrasi;
6. Pihak-pihak yang ditangkap juga tidak perlu gusar kerana undang-undang kita telus. Sekiranya anda tidak bersalah - mahkamah akan membebaskan anda;
7. Sekiranya takut dilambung ombak, jangan duduk di tepi pantai.
Thursday, May 23, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment