1. Harga minyak RON 97 turun sebanyak 20 sen di seluruh negara berkuatkuasa malam tadi;
2. Dengan penurunan ini, harga minyak RON 97 adalah RM2.70 seliter berbanding dengan RM2.90 sebelum ini;
3. Penurunan ini menunjukkan bahawa harga minyak boleh berubah-ubah mengikut harga pasaran dari semasa ke semasa. Apabila harga pasaran menurun, Kerajaan boleh menurunkan harganya untuk kemudahan rakyat. Begitu juga sebaliknya, apabila harga pasara menaik - Kerajaan perlu menaikkan harga supaya tidak mendatangkan kerugian kepada peruncit da juga Kerajaan (yang menyediakan subsidi);
4. Ianya juga menunjukkan bahawa penurunan harga minyak boleh berlaku tanpa mengubah Kerajaan di Malaysia dan tidak sepertimana yang diwar-warkan semasa PRU ke 13 baru-baru ini di mana penurunan harga minyak hanya boleh berlaku apabila rakyat menukar Kerajaan sahaja;
5. Kerajaan BN pula hendaklah mengambil kesempatan ini untuk mewar-warkan kepada rakyat berita baik ini;
6. Adalah malang apabila media-media utama (termasuk milik Kerajaan) tidak menjadikan berita baik ini sebagai berita utama. Sedangkan apabila minyak naik - sudah pasti ianya menjadi berita utama semua media (termasuklah media yang pro-Kerajaan);
Thursday, May 23, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment