Wednesday, October 27, 2004

Tahniah MT Di Lantik

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang baru dilantik, termasuk 4 calon Naib Presiden yang kalah, walaupun sebelum ini Pak Lah tidak menjamin bahawa sesiapa yang kalah akan dilantik ke MT. C-bOk mengalu-ngalukan perlantikan ini. Semoga mereka yang dilantik akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bangsa, negara dan agama.

Dalam masa yang sama perlantikan ini diharap tidak memberi gambaran bahawa apabila menjadi calon Naib Presiden, perlantikan keanggotaan MT sudah pasti walaupun kalah. Nanti ramai pulak yang nak bertanding Naib Presiden. Yang pastinya, Datuk Kadir Sheik Fadhil telah pun membuat kenyataan baru-baru ini yang beliau nak bertanding Naib Presiden ketika mengulas kekalahan beliau untuk pertandingan jawatan MT.

Monday, October 25, 2004

Datuk Pahang

Akhirnya senarai Datuk Pahang telah pun dikeluarkan. Seramai 109 orang yang layak untuk menerima gelaran Datuk telah pun di maklumkan untuk pengetahuan ramai. Dengan ini, Pahang terus mengekalkan rekodnya sebagai pengeluar Datuk terbanyak di negara ini dan menewaskan Melaka dengan margin 25 Datuk (Pahang - 109 / Melaka - 84).

Tahniah kepada Datuk-Datuk baru termasuk kawan-kawan Menteri Besar Pahang yang sejak akhir-akhir ini ramai yang tunjuk muka di Pahang (MB Pahang yang cakap). Walaubagaimanapun, ramalan C-bOk tak mengena sebab Ketua Menteri Melaka tak dapat anugerah ini. Mungkin jasa KM Melaka di Pahang masih tak cukup hebat sebagaimana jasa MB Pahang di Melaka (KM Melaka yang cakap)

Saturday, October 23, 2004

MATRADE atau MARTRADE?

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia atau Malaysia External Trade Development Corporation atau ringkasnya MATRADE ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun 1993 dan mula beroperasi dalam tahun 1994.

Hari ini (Sabtu, 23.10.2004) semua akhbar utama menyiarkan berita berkaitan dengan denda yang dikenakan terhadap Perangsang International Sdn. Bhd. (PISB) kerana kegagalan PISB untuk menyiapkan bangunan MATRADE di Jalan Duta. Biasalah isu ini. Bila dah bising mesti ada tindakan.

Namun apa yang nak dibangkitkan disini ialah kesilapan New Strait Times mencetak akronim agensi ini di muka depan akhbar ini hari ini, Sabtu, 23 Oktober 2004 sebagai tajuk utama. Akronim sebenarnya adalah MATRADE dan bukannya MARTRADE. Dah sepuluh tahun MATRADE ditubuhkan, takkan tak tahu lagi. Ini agensi penting Kerajaan dan bukannya 'agensi biasa'. Isshh.....

Friday, October 22, 2004

Setelah Mereka Membuat Bising

Kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk membina bangunan MATRADE, Perangsang International Sdn. Bhd. telah dikenakan denda sebanyak RM80 juta akibat kegagalan mereka untuk menyiapkan bangunan berkenaan. Denda berkenaan diumumkan oleh Datuk Seri Sammy Vellu semasa membuat lawatan kerja ke kawasan tanah runtuh Gua Tempurung berhampiran dengan Ipoh.

Nampaknya tindakan beberapa orang Ahli Parlimen yang membangkitkan isu berkaitan dengan projek-projek bermasalah di Parlimen baru-baru ini adalah betul. Setelah mereka membuat bising barulah, kita tahu apa masalahnya. Barulah Perdana Menteri sendiri tahu apa masalahnya. Begitu juga dengan ahli-ahli Kabinet. Kalau perkara ini tidak dibangkitkan, tentulah tidak ada pertemuan selama 35 minit di antara PM dan Menteri Kerja Raya pada hari Selasa, 19.102004. Begitu juga tentulah tidak ada agenda di dalam Mesyuarat Mingguan Kabinet pada hari Rabu 20.10.2004 untuk membincangkan hal yang sama.

Kalau tak ada sesiapa yang buat bising, tentulah Perdana Menteri tak tahu, Kabinet tak tahu, kita lagilah tak tahu.

Datuk Untuk Di Jual

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Datuk atau Dato', tak perlu susah-susah lagi untuk pergi tunjuk muka kat Pahang (seperti yang dinyatakan oleh MB Pahang). Lagi pun Pahang hanya akan memberikan anugerah dua kali ganda lebih daripada Melaka sahaja. Anda mungkin akan ketinggalan sebab ramai kawan-kawan MB Pahang juga tunjuk muka kat Pahang sekarang ini (seperti yang dinyatakan oleh MB Pahang dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini - Jumaat, 22 Oktober 2004).

Kini, gelaran Datuk atau Dato' dalam pelbagai kategori boleh diperolehi dengan mudah dan cepat. Tawaran istimewa gelaran "Dr." sekiranya anda membeli dua anugerah Datuk. Sekiranya anda tidak mampu, kami juga menyediakan skim bayaran mudah dan juga sewaan. Penghantaran terjamin.

Link:- Datuk Untuk DiJual

Datuk Lagi

Link:- Pahang Nak Beri Lebih Datuk Dari Melaka

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam kenyataannya semalam berkata:

``Kalau Melaka boleh keluarkan 84 (pingat), takkan Pahang tidak boleh (beri) dua kali ganda, tetapi kalau tidak dua kali ganda pun, saya ingat lebih sedikit daripada Melaka,''

Kenyataan ini nampaknya menunjukkan semangat juang dan berlumba-lumba yang begitu kuat di dalam hati beliau. Pahang tidak boleh ketinggalan. Melaka mesti dikalahkan. Kalau Melaka boleh keluarkan 84 anugerah bergelar Datuk, Pahang juga mampu untuk mengeluarkan lebih banyak anugerah bergelar Datuk. Kalau benar sebagaimana di kata oleh Datuk Seri Adnan Yaakob, jumlah dua kali ganda itu bersamaan dengan 168 orang. Ramainya Datuk....

Dengan kenyataan seperti ini, jangan salahkan masyarakat apabila penerima anugerah tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya. Pengurniaan anugerah bergelar Datuk nampak tersasar daripada matlamat asalnya iaitu 'pengiktirafan'. Kenyataan sebegini menunjukkan keinginan berlumba dan melawan. Macam budak-budak. "Kalau kau boleh, aku lagi boleh".

Keperihatinan Dato' Seri Utama Rais Yatim terhadap nilai dan kewajaran penganugerahan ini memang berasas. Apabila terlalu ramai yang menjadi Datuk, nilai terhadap anugerah itu sudah tidak ada lagi. Apabila sudah tidak ada nilai, penghormatan yang sepatutnya diberikan kepada penerima anugerah itu sudah tidak ada lagi. kalau adapun mungkin tidak ikhlas.

Ironinya, ketika Melaka memberi anugerah tempohari, Menteri Besar Pahang turut dinobatkan sebagai salah seorang penerima. Adakah, Ketua Menteri Melaka akan mendapat anugerah yang sama daripada Pahang?

Thursday, October 21, 2004

Kontraktor yang Berwibawa?

Konsortium Sukmin-Bumi Hiway-KKM (Wilayah) yang bertanggungjawab membina Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) yang rosak teruk (31 daripada 33 tiangnya rosak) mengeluarkan kenyataan sebagai kontraktor yang berwibawa 'akan menjalankan kerja-kerja pembaikan lebuhraya berkenaan sebaik sahaja rekabentuknya diluluskan'. Kenyataan berkenaan diterbitkan oleh BERNAMA hari ini. Petikan kenyataan berkenaan adalah seperti berikut.

MRR2 Repair Works To Start Upon Design Approval, Says Contractor
KUALA LUMPUR, Oct 20 (Bernama) -- Repair works on the Middle Ring Road 2 (MRR2) will be carried out upon approval of the design by the Public Works Department, said the project's contractor Konsortium Sukmin-Bumi Highway-KKM (Wilayah) Wednesday.The independent consultant appointed by the government, Halcrow Group Ltd is preparing the design for the repair works as the cracks were due to design faults, it said in a statement here."As a responsible contractor we intend to carry out the repairs on the MRR2, in line with our obligations under the contract with the Government of Malaysia," it said. Tuesday, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in his meeting with Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu had asked the contractors to undertake the repairs as well as bear the costs.According to the Konsortium, initial work was completed based on the design and supervision of the consultant Maunsel, Sharma & Zakaria Sdn Bhd on May 15, 2002.-- BERNAMA


Namun apa yang tidak dilaporkan di dalam kenyataan BERNAMA ini ialah obligasi konsortium berkenaan terhadap rakyat yang membayar cukai dan secara tidak langsung membiayai kos pembinaan lebuhraya tersebut. Setidak-tidaknya buatlah kenyataan ringkas 'memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul' terhadap semua pengguna lebuhraya berkenaan. Nampak macam nak 'pleased the paymaster' aja.

Untuk rekod, semasa kerja-kerja pembinaan lebuhraya ini, konsortium ini menggantung kain rentang 'WE BUILD BETTER' dengan font merah menyala di beberapa lokasi strategik.


Wednesday, October 20, 2004

Harga Minyak Naik Lagi?

Link:- Kerajaan Akan Naikkan Harga Minyak

Kerajaan dijangka akan menaikkan harga minyak lagi berikutan dengan kenaikan harga minyak mentah dunia. Langkah ini dijangka sukar untuk dielakkan oleh kerana Kerajaan menanggung kos subsidi yang tinggi untuk minyak.

Langkah ini dijangka akan menyukarkan lagi masyarakat yang kini dibendung dengan masalah kenaikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan keperluan akibat daripada kenaikan minyak sebanyak 5 sen seliter baru-baru ini.

Sebagai pengguna, kita boleh mengatasi masalah ini dengan mengurangkan penggunaan minyak petrol. Kurangkan perjalanan yang tidak perlu dan sekiranya boleh bertukar kepada enjin diesel yang lebih murah kos operasinya.

Pengguna perlulah lebih berhemah di dalam urusan seharian mereka untuk mengawal kekangan harga minyak yang terus meningkat ini.

PM Puas Hati?

Link:- Kenyataan Sammy Vellu Berkaitan Projek Bermasalah

Datuk Seri S. Sammy Vellu, Menteri Kerja Raya menyatakan bahawa PM berpuashati dengan laporan yang dibentangkan oleh beliau berkaitan dengan projek-projek bermasalah yang dibangkitkan.

Soal PM puas hati atau tidak itu adalah satu perkara lain. Perdana Menteri dan juga Menteri Kerja Raya tidak menggunakan lebuhraya MRR2, LPT dan lain-lain kemudahan yang menghadapi masalah ini selain daripada membuat lawatan sekali-sekala ketika isu memuncak. Itupun lawatan dibuat dengan layanan VIP dan dibuat bukan ketika waktu puncak. Pengguna yang menggunakan kemudahan ini setiap hari tidak mempunyai pilihan untuk mendapatkan layanan VIP atau memilih-milih masa untuk menggunakannya. Setiap pagi dan petang perlu melaluinya untuk ke tempat kerja atau lain-lain tugas/destinasi yang telah ditetapkan.

Soalnya, apa yang perlu dipertimbangkan disini ialah samada pembayar cukai dan pengguna kemudahan-kemudahan ini berpuashati atau tidak dengan penjelasan yang dibuat dan juga cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah ini dengan kadar secepat mungkin. Penjelasan berbentuk retorik seperti 'kita akan siasat', 'kita akan ambil tindakan' dan lain-lain yang seumpamanya tidak sesuai lagi untuk masyarakat berilmu dan berfikir.

Dalam masa yang sama, nampak seolah-olah Kementerian Kerja Raya masih cuba untuk meletakkan kesalahan kepada orang lain selain daripada Kementerian itu sendiri. Antaranya kenyataan berkaitan dengan pelantikan Perangsang Internasional Sdn. Bhd. untuk membina bangunan MATRADE dibuat oleh Kementerian Kewangan. Begitu juga dengan tender-tender lain yang 'diluluskan' oleh Kementerian Kewangan. Dari kenyataan ini nampak bahawa kesalahan itu kini terletak di tangan Kementerian Kewangan. Kementerian ini diterajui sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tidak dinafikan bahawa semua perlantikan dan pemberian kontrak melibatkan Kementerian Kewangan. Walaubagaimanapun, Kementerian dan Jabatan berkaitan juga duduk di dalam jawatankuasa yang sama dan mempunyai tanggungjawab yang sama untuk membuat penilaian sebelum lantikan dibuat.

Sepatutnya, sesiapa juga yang melantik atau dilantik, Kementerian Kerja Raya sebagai Kementerian bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan perlu mempunyai suara di dalam membuat keputusan dan setelah perlantikan dibuat, perlu mempunyai kuasa untuk memantau. Sekiranya ada unsur-unsur penentangan di dalam hal-hal pemantauan dan proses perlantikan ini, kita perlu tahu kenapa perkara ini berlaku. Mungkin minit mesyuarat perlantikan yang berkenaan perlu dilihat semula untuk menentukan samada satu perbincangan yang benar-benar bernas telah dibuat sebelum satu-satu perlantikan itu dibuat.

Dalam hal ini, Kementerian Kewangan juga wajar membuat kenyataan berkaitan dengan pendirian mereka terhadap masalah yang dibangkitkan. Kesalahan sekarang ini seolah-olah diletakkan di tangan Kementerian Kewangan. Ahli-Ahli Parlimen yang sebelum ini garang membangkitkan isu ini sehingga menuntut perletakan jawatan Menteri Kerja Raya perlu memantau perkara ini. Sekiranya benar Kementerian Kewangan bersalah, ianya perlu dipertanggungjawabkan juga.

Apa yang berlaku sekarang ini samalah perumpamaannya seperti polis menjalankan kerja-kerja memadam api sedangkan kerja-kerja berkenaan sepatutnya dilakukan oleh bomba. Maknanya orang lain buat kerja orang lain.

Monday, October 18, 2004

Plate Number or Expression of the Mind?


Sure kena saman Posted by Hello

Kat Malaysia pernah ada cadangan untuk membenarkan nombor plate kereta kreatif di mana pengguna boleh memohon untuk menggunakan nombor plate yang sinonim dengan identiti mereka seperti nama, negeri dan sebagainya. Walaubagaimanapun, cadangan itu masih lagi belum diimplementasikan sehingga ke hari ini.

Kalau dibenarkan, mungkinkah perkara seperti ini akan berlaku? Gambar ini dirakam di California, USA. Kereta yang di saman oleh polis itu menggunakan plate no FVCK POLICE.

Masalahnya....

Pak Lah mempertahankan beliau, tetapi kemudian di dalam satu kenyataan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, Pak Lah nampak tak senang dengan pelbagai masalah yang timbul yang melibatkan projek-projek di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya. Pak Lah melahirkan kekuatiran beliau terhadap masalah-masalah ini yang mungkin akan memberi imej buruk kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Kekuatiran itu sememangnya berasas. Masalah-masalah yang timbul ini hanya melibatkan satu Kementerian sahaja. Memang tidak dinafikan bahawa Menteri berkenaan, Datuk Seri Sammy Vellu ada membuat kenyataan berkaitan dengan masalah-masalah yang berlaku. Malahan, Datuk Seri Sammy Vellu juga adalah seorang yang aktif turun padang bagi meninjau masalah-masalah yang berlaku dan mencari jalan-jalan untuk mengatasi masalah-masalah berkenaan. Apabila ada sahaja masalah, beliau akan segera turun padang meninjau masalah-masalah yang berlaku dan nampak 'hands-on' dalam mencari penyelesaian kepada masalah-masalah ini.

Walaubagaimanapun, orang ramai, media dan ahli politik masih mempersoalkan pendekatan yang diambil oleh Kementerian ini di dalam menangani masalah-masalah yang timbul. Ahli-ahli politik dan pihak media yang membangkitkan isu ini bukan calang-calang. Mereka terdiri daripada ahli politik dan media arus perdana. Saban hari ada sahaja hujah yang dikemukakan dan persoalan yang dibangkitkan. Kemuncak kepada hujah-hujah ini ialah apabila beberapa orang Ahli Parlimen kanan menuntut perletakan jawatan Datuk Seri Sammy Vellu bagi mengambil tanggungjawab terhadap masalah yang timbul.

Memandangkan isu ini terus dibangkitkan walaupun ada penjelasan yang dibuat, tentu ada sesuatu yang tak kena. Pada pandangan saya ada dua senario yang wajar dilihat oleh semua pihak yang terbabit:

(i) Penjelasan yang dibuat oleh Menteri berkenaan tidak lengkap dan menimbulkan banyak persoalan. Kenyataan yang dibuat nampak seolah-olah untuk mempertahankan sesuatu (kontraktor?) dan tidak memberi penjelasan kepada permasalahan yang berlaku;

(ii) Ahli-ahli politik serta media perdana berkenaan tidak faham dengan penjelasan yang diberikan.

Apa-apa pun, kalau dilihat kepada kedua-dua senario di atas, nampak jelas kedua-duanya wujud - samada penjelasan itu sebenarnya tidak lengkap ataupun mereka yang bertanya tidak faham dengan penjelasan yang diberikan. Adakah kerana bahasa Malaysia yang digunakan oleh Datuk Seri Sammy Vellu sedikit cacat dengan nahunya yang tidak betul atau mereka ni saja-saja buat tak faham? Masing-masing fikirkanlah…..

Friday, October 15, 2004

Selamat Berpuasa

Ramadhan menjelma lagi. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Banyakkan amalan dan tinggalkan segala larangannya. Kepada yang merokok inilah masa yang paling sesuai untuk meninggalkan terus tabiat buruk ini. Semoga berjaya.

Thursday, October 14, 2004

Tun Zahir Ismail meninggal dunia

Link:- Tun Zahir Ismail

Speaker Dewan Rakyat, Tun Dr. Mohamed Zahir Ismail meninggal dunia hari ini di Hospital Kuala Lumpur. Beliau berumur 80 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

Alfatehah

My Children


My three Angels - Miyan, Sofea & Ameer Posted by Hello

The three stoges that make me happy everyday. No. 4 is on the way.

Actor Jins now a senator

Link:- Senator Jins Samsudin

Tahniah diucapkan kepada Datuk Jins Samsudin yang dilantik sebagai Senator bagi mewakili orang-orang seni. Datuk Jins memang layak dan merupakan pilihan yang terbaik untuk mewakili golongan seni di negara ini. Beliau banyak pengalaman dan terbukti berjaya membangunkan industri perfileman tanahair dengan sumbangan beliau yang berterusan di dalam bidang seni di samping aktif di dalam politik melalui UMNO.

Mana tahu satu hari nanti Datuk Jins boleh jadi macam Arnold Schawazeneger (I' ll be back - Terminator I, II & III) jadi Menteri. Lagi pun sekarang ini sudah diwujudkan satu Kementerian iaitu Kementerian Kebudayaan dan Keseniaan yang bertanggungjawab khusus terhadap hal-hal yang berkaitan dengan seni dan budaya.

Tahniah Datuk.

Sammy Letak Jawatan?

Semalam ahli-ahli Parlimen mempersoalkan Kementerian Kerjaraya dan Menterinya berkaitan dengan pelbagai masalah yang timbul sejak kebelakangan ini. Antaranya masalah penutupan jalan NKVE, kerosakan MRR2, bangunan MATRADE, Lebuhraya Pantai Timur, Hospital di Johor dan yang terbaru tanah runtuh di Gua Tempurung. Intipati kepada persoalan itu ialah:

  1. Menteri berkenaan memberi kenyataan yang mengelirukan;
  2. Menteri berkenaan mempertahankan kontraktor;
  3. Pemberian kontrak yang banyak kepada kontraktor yang sama.

Ada ahli Parlimen yang mencadangkan agar menteri berkenaan meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Apa yang menarik ialah kenyataan seorang ahli Parlimen yang menyatakan bahawa mereka membangkitkan kenyataan itu demi kepentingan rakyat kerana mereka adalah "wakil rakyat" dan bukannya "wakil kontraktor".

Ini kenyataan yang menarik oleh kerana sebelum ini, Menteri berkenaan nampak sangat seolah-olah mempertahankan kontraktor sehingga nak menyaman orang yang memberi pandangan walaupun pandangan tersebut dibuat oleh orang-orang yang berkelayakan.

Kita kena ingat bahawa kita di atas oleh kerana rakyat yang meletakkan kita di atas. Jangan kita lupa orang di bawah apabila kita dah ada di atas.

Wednesday, October 13, 2004

Boleh Boikot - Menteri

Link:- Boikot Dibenarkan

Ini berita yang baru diterima. Menteri berkenaan menyatakan kita boleh boikot pengedar atau penjual yang sewenang-wenangnya menaikkan. Menurutnya kita perlu rasional dan mengawal bajet kita.

Ini green light. So apa lagi, ayuh kita boikot mana-mana peniaga/pengedar yang menaikkan harga barangan jualan mereka sesuka hati.

Pesta Harga

Harga cili padi dah mencecah sehingga RM10 sekilo di Malaysia Timur. Ini sudah menjadi masalah besar. Hanya minyak yang dijadikan alasan kenaikan cuma naik 5 sen aja seliter. Tapi kenaikkan harga barangan pengguna sampai melebihi 100% daripada harga asal. Ini mesti ada sesuatu yang tak kena.

Sebagai pengguna kita perlu memastikan yang pesta naik harga ini tidak terus menjadi-jadi. Tak lama lagi dah nak sambut Ramadhan, lepas tu nak raya. Kalau harga barangan pengguna terus melambung, pasti raya tahun ni ramai yang kaya (peniaga) dan yang kayap (pengguna). Oleh itu, pengguna perlulah menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk mengelakkan harga daripada terus naik.

Boikot peniaga dan barangan yang dinaikkan harga sewenang-wenangnya.