Wednesday, October 20, 2004

Harga Minyak Naik Lagi?

Link:- Kerajaan Akan Naikkan Harga Minyak

Kerajaan dijangka akan menaikkan harga minyak lagi berikutan dengan kenaikan harga minyak mentah dunia. Langkah ini dijangka sukar untuk dielakkan oleh kerana Kerajaan menanggung kos subsidi yang tinggi untuk minyak.

Langkah ini dijangka akan menyukarkan lagi masyarakat yang kini dibendung dengan masalah kenaikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan keperluan akibat daripada kenaikan minyak sebanyak 5 sen seliter baru-baru ini.

Sebagai pengguna, kita boleh mengatasi masalah ini dengan mengurangkan penggunaan minyak petrol. Kurangkan perjalanan yang tidak perlu dan sekiranya boleh bertukar kepada enjin diesel yang lebih murah kos operasinya.

Pengguna perlulah lebih berhemah di dalam urusan seharian mereka untuk mengawal kekangan harga minyak yang terus meningkat ini.

2 comments:

NGED said...

En Zainal, link ke Bernama tak sebut pun pasal artikel harga minyak naik.

Saya rasa kerajaan takde pilihan kecuali untuk menaikkan harga minyak lagi. Subsidi kerajaan kepada harga minyak terlampau besar dan kita tahu bahawa kerajaan sudah hampir lima tahun berturut-turut berhutang untuk belanja pembangunan dan operasinya (tengok aje budget deficit kita)

Ini semua berkait dengan pembangunan yang agak tak teratur. Masalah utama ialah terlampau banyak kereta di jalanraya dan terlampau banyak perbelanjaan untuk jalanraya itu sendiri. Daripada memaksa penciptaan kereta-kereta murah, sepatutnya kerajaan melabur dalam pembangunan infastruktur pengangkutan awam yang lebih bersih, cekap dan murah untuk pengguna. Sape2 yang pernah naik bas di KL/Lembah Klang tahulah maksud saya.

Kalau infrastruktur pengangkutan awam lebih cekap, takdelah sampai ada dua tiga kereta satu rumah...

Anonymous said...

Yang ironinya, apabila harga minyak turun, harga petrol tempatan tak pulak turun? Asyik naik je...

Lagipun, negara kita pun menghasilkan petroleum sendiri. Susah nak percaya kalau hasil pengeluaran tidak cukup menampung kegunaan rakyat. Kalau tak cukup tu, sekurang2nya 3/4 pun jadi lah. Tapi kita masih lagi mengimport petroleum dari negara lain...

Adakah sebab menjual minyak sendiri kepada orang lain begitu menguntungkan dan jika ya, adakah pihak2 tertentu mengutamakan keuntungan daripada keperluan rakyat??