Kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk membina bangunan MATRADE, Perangsang International Sdn. Bhd. telah dikenakan denda sebanyak RM80 juta akibat kegagalan mereka untuk menyiapkan bangunan berkenaan. Denda berkenaan diumumkan oleh Datuk Seri Sammy Vellu semasa membuat lawatan kerja ke kawasan tanah runtuh Gua Tempurung berhampiran dengan Ipoh.
Nampaknya tindakan beberapa orang Ahli Parlimen yang membangkitkan isu berkaitan dengan projek-projek bermasalah di Parlimen baru-baru ini adalah betul. Setelah mereka membuat bising barulah, kita tahu apa masalahnya. Barulah Perdana Menteri sendiri tahu apa masalahnya. Begitu juga dengan ahli-ahli Kabinet. Kalau perkara ini tidak dibangkitkan, tentulah tidak ada pertemuan selama 35 minit di antara PM dan Menteri Kerja Raya pada hari Selasa, 19.102004. Begitu juga tentulah tidak ada agenda di dalam Mesyuarat Mingguan Kabinet pada hari Rabu 20.10.2004 untuk membincangkan hal yang sama.
Kalau tak ada sesiapa yang buat bising, tentulah Perdana Menteri tak tahu, Kabinet tak tahu, kita lagilah tak tahu.
Friday, October 22, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment