Thursday, October 14, 2004

Sammy Letak Jawatan?

Semalam ahli-ahli Parlimen mempersoalkan Kementerian Kerjaraya dan Menterinya berkaitan dengan pelbagai masalah yang timbul sejak kebelakangan ini. Antaranya masalah penutupan jalan NKVE, kerosakan MRR2, bangunan MATRADE, Lebuhraya Pantai Timur, Hospital di Johor dan yang terbaru tanah runtuh di Gua Tempurung. Intipati kepada persoalan itu ialah:

  1. Menteri berkenaan memberi kenyataan yang mengelirukan;
  2. Menteri berkenaan mempertahankan kontraktor;
  3. Pemberian kontrak yang banyak kepada kontraktor yang sama.

Ada ahli Parlimen yang mencadangkan agar menteri berkenaan meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Apa yang menarik ialah kenyataan seorang ahli Parlimen yang menyatakan bahawa mereka membangkitkan kenyataan itu demi kepentingan rakyat kerana mereka adalah "wakil rakyat" dan bukannya "wakil kontraktor".

Ini kenyataan yang menarik oleh kerana sebelum ini, Menteri berkenaan nampak sangat seolah-olah mempertahankan kontraktor sehingga nak menyaman orang yang memberi pandangan walaupun pandangan tersebut dibuat oleh orang-orang yang berkelayakan.

Kita kena ingat bahawa kita di atas oleh kerana rakyat yang meletakkan kita di atas. Jangan kita lupa orang di bawah apabila kita dah ada di atas.

No comments: