Wednesday, April 29, 2009

Peluang Perniagaan Sebagai Rakan Niaga MHC

Organisasi di mana saya bekerja - Malaysian Herbal Corporation (MHC), sebuah anak syarikat milik penuh 100% Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT) sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang mencari Rakan Niaga untuk dilantik sebagai Stokis Negeri dan Pengedar untuk mengedarkan produk-produk berasaskan herba Tunjuk Langit.

Tunjuk Langit adalah buah pokok mahogani yang kaya dengan bahan aktif flavanoids, saponin dan bitter alkaloid yang sesuai untuk membantu menghilangkan kelesuan, pembinaan semula tisu-tisu badan, penyakit kencing manis, darah tinggi, gout, gastrik dan lain-lain lagi penyakit kronik. Pengambilan kapsul tunjuk langit yang diekstrak oleh kilang TPM Biotech Sdn. Bhd. (anak syarikat Technology Park Malaysia) yang bertaraf GMP serta diiktiraf Halal oleh JAKIM akan meningkatkan daya ketahanan badan dan seterusnya menjadikan kehidupan kita lebih baik dan berkualiti

Sesiapa yang berminat untuk menjadi Rakan Niaga MHC atau pun mendapatkan maklumat lebih lanjut, silalah rujuk di laman web berikut: http://tunjuklangit2u.blogspot.com atau pun http://www.malaysianherbal.com

1 comment:

Anonymous said...

Salam Tuan Zainal,

-Maaf komen ini lari dari tajuk Tuan.

Soalan- kenpa org melayu kita, terutama skali di parti pembangkang (PKR) selalu memberontak? Selalu membuat demo dan perhimpunan jalanan utk tujuan memprotes parti kerajaan sedangkan pucuk pimpinan mereka sendiri masih belum kukuh, bermimpi di siang hari,hanya menabur janji2 kosong..saya menulis sedemikian kerana membaca di blog chegubard dimana kita boleh menilai samaada beliau ini hanya ingin meraih simpati atau ingin berjuang..
Gambar-gambar yang dipaparkan di blog beliau juga dapat disimpulkan bahawa beliau ini merupakan perusuh dan hanya ingin memberontak..

Jika bersesuaian untuk bacaan umum, minta tuan kupas isu ini, kerana perkara ini agak sensitif jika dipaparkan untuk bacaan umum..(kena saman pulak nanti, maklum la saman menyaman skg ni kan dah menjadi trend ahli politik di malaysia..hehehehe)

tq..

adik Nizar