Sunday, April 19, 2009

Siapa Calun PKR di Penanti? Bakal TKM 1!

Siapakah calon PKR di Penanti nanti? Brother Anwar Bin Ibrahim menyatakan bahawa calun PKR adalah seorang yang paling kanan. Mungkinkah beliau sendiri yang akan bertanding di situ bagi mewakili PKR apabila membuat kenyataan tentang "caluin kanan" itu?

Mungkinkah beliau berhasrat untuk turut memegang jawatan ADUN selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh tempohari? Sebagai ADUN, beliau layak untuk memegang jawatan sebagai EXCO Kerajaan Negeri. Mungkinkah Brother Anwar Bin Ibrahim juga turut mengidamkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dikosongkan oleh Fairus?

Siapa pun calun yang bakal diketengahkan, adakah pengundi-pengundi di Penanti bersedia untuk memberikan undi kepada PKR lagi? Kerusi DUN yang dimenangi oleh PKR di PRU ke 12 tempohari melihat Fairus memenangi kerusi tersebut dan seterusnya di lantik sebagai TKM1 Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Apakah sumbangan Fairus kepada kawasannya? Adakah Fairus dan PKR sudah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membela nasib masyarakat di kawasan Penanti atau pun mereka sibuk membela nasib mereka sendiri?

Yang jelasnya, perletakan jawatan Fairus menunjukkan rendahnya kualiti pemimpin-pemimpin yang diketengahkan oleh PKR di dalam PRU dahulu. Mereka tidak bersedia untuk meneruskan perjuangan serta mempunyai masalah moral. Perkara ini terbukti dengan perletakan jawatan pemimpin-pemimpin PR yang diwakili PKR iaiatu di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan kini di Penanti pula. Adun di Bukit Lanjan yang juga di wakili calun dari PKR juga mempunyai masalah moral walaupun masih bertahan sebagai Adun dan Exco Kerajaan Negeri.

Ringkasnya, di sebalik kemeriahan PRU dan PRK serta kemenangan calun-calun dari PR di dalam PRK yang diadakan sejak beberapa bulan lepas, yang jelasnya, penyandang-penyandang jawatan tersebut sebelum di pilih semula melalui PRK adalah kayu.

9 comments:

ababina328 said...

Saya meramalkan orgnya ialah Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR, beliau sangat layak kejawatan Timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Soal sdr kata calun terdahulu itu kayu, sdr jangan lupa semasa pilihan raya ke 12 dulu, keyakinan org ramai kpd PKR masih kurang, oleh itu untuk mencari calon yg betul2 berwibawa, agak sukar masa itu...tetapi tidak sekarang ini.

Akar Umbi said...

Siapa calun tidaklah menjadi kemusykilan kepada saya. Sebaliknya, saya musykil mengapa 2 ADUN Melayu/Muslim yang sedia ada tidak dipilih.

Ibnu Zaim said...

Tuan.
Pandangan saya sekarang ni rakyat tak pandang calon sangat tapi lebih kepada Parti yang bertanding.. Tak dinafikan peranan individu calon sendiri, tapi parti adalah gagasan idea dan perjuangan oleh individu tuu... Di Penanti saya berpendapat 101% PR akan menang, justru itu ada lojiknya BN tak letak calon sebab buat abis beras jer kalau bertanding.Pedulikan apa orang nak kata.. tumpukan pada pemulehan ekonomi, cuba tarik perhatian rakyat kembali tapi bukan di Penanti hehehee

Anonymous said...

kayu pun kayu lah, kau apa ada. Teloq adalah

Zainal A. Kasim said...

Anon. 8.30 am,

Ha ha. Lawak sungguh kamu.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Tuan,

Calon yang dikira layak untuk menduduki kerusi TKM 1 adalah Dr. Mansor Osman yang merupakan timbalan pengerusi PKR negeri. Dr. Mansor adalah pilihan yang paling tepat untuk berganding dengan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Dalam PRU yang lalu Dr. Mansor kalah di DUN Pulau Betong (Parlimen Balik Pulau)

Anonymous said...

Bini dia la

Anonymous said...

Ye ke?...Habis tu yg Pak Jib liberal semua benda yg ada Melayu tumpang tui tak nak kisah ke?.

Tu belum kira MECD dah bungkus. Claim tak dapat lagi. Ni bukan lagi kes penaya tapi kes nak pelingkup Melayu.

Tak pernah pernah aku tengok gambar bini PM kat dinding sebelum ni...tapi Bik Mama Pak Jib dah demand lebih.

Liberal la gi liberal...

add

Hasrul Halid said...

Kayu???? bukannnn!!!! orang tempat saya sebut 'TUNGGUL' atau lebih tepatnya 'TONGKOI'!