Friday, May 28, 2010

Masjid: Pilihan Anda?

Semalam Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz mengatakan Kerajaan Negeri Kelantan sengaja tidak membina masjid di Kelantan kerana mahukan rakyat membina sendiri masjid-masjid di seluruh Kelantan atas alasan "rakyat perlu membeli pahala".

C-bOk sedikit terkedu dengan alasan yang dibuat oleh Nik Aziz ini. Nak tergelak pun ada, kecewa dan sedih pun ada. Tetapi yang lebihnya adalah sedih dengan kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz ini. Tak tahu lah sama ada kenyataan itu benar-benar menggambarkan polisi Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS ataupun sebenarnya ada masalah lain yang tidak membolehkan Kerajaan Negeri Kelantan membina masjid. Contohnya tidak ada duit, tidak ada kemahiran ataupun tidak ada perancangan.

Sebetulnya, apabila kita memilih Kerajaan, kita mengamanahkan Kerajaan itu untuk melaksanakan projek-projek pembangunan, projek ekonomi dan projek-projek lain untuk rakyat. Kerajaan yang dipilih perlu mengutip cukai/zakat dan seterusnya menggunakan kutipan itu untuk membangunkan negeri/negara dengan cara melaksanakan projek-projek untuk masyarakat. Membina masjid adalah salah satu daripadanya.

Jadi apabila Nik Aziz memberi alasan "mahu rakyat membina sendiri" masjid di Kelantan, C-bOk jadi gundah gulana. Betul ke apa Nik Aziz cakap ini ataupun meneruskan cara gedebe beliau dengan mengeluarkan kenyataan mengikut sesedap rasa. Apabila sebelum ini Nik Aziz pernah membuat kenyataan seperti "boleh berkawan dengan Setan", "Nabi berpolitik di Masjid", "Doa pecah perut" dan sebagainya lagi..., barulah "make senses". Kenyataannya tidak boleh dipakai sangat.

Namun dalam meneliti kepimpinan seperti ini, kita sebagai individu dan pengundi yang mengundi satu-satu Kerajaan untuk memimpin kita..., apakah yang kita mahukan?

Yang pastinya kalau kita menyelam kaum Cina di negara ini, mereka tahu apa yang mereka mahu. Mereka akan meminta dari satu pihak dan berkawan baik dengan satu pihak yang lain. Yang pentingnya mereka dapat apa yang mereka mahukan dan mengekalkan apa yang mereka sudah ada.

Bagi kita, adakah cukup dengan apa yang ada? Dan apabila kita memeilih pemimpin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab pembangunan yang boleh menjadi pemangkin kepada kesejahteraan dan kejayaan ummah..., kita diarahkan untuk "membina sendiri masjid". Sekiranya kita menerima keadaan ini, maka kita sentiasa aka kalah dengan orang lain. Orang lain meminta-minta dan memastikan apa yang diminta DAPAT! Bila kita (Melayu/Islam) meminta kepada pemimpin kita, kita diminta "bina sendiri".

Berkaitan dengan ini, dengan melihat dari sudut politik, sekiranya kita diberi DUA PILIHAN iatu satu pihak yang mampu menyediakan infrasruktur yang cukup untuk kita seperti masjid, jalanraya, jambatan dll untuk memajukan ummah, keluarga dan diri kita BERBANDING dengan satu pihak lagi yang suruh kita "bina sendiri"...., mana satukah pilihan kita?

Wednesday, May 26, 2010

MIC: Nak Keluar? Nak Kaji?

Kemelut MIC, parti kaum India terbesar di Malaysia ini tidak habis-habis lagi.

Pengurusan krisis mereka memang hancur. Ketika kita sepatutnya mengendalikan krisis dengan cara berhemah dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan krisis tersebut, MIC mencipta krisis demi krisis untuk "menyelamatkan" tengkuk individu di dalam parti itu. Malangnya ketika mencipta krisis-krisis baru itu, MIC secara tidak sengaja (atau sengaja?) menyentuh rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional dengan cara yang sungguh tidak berhemah. Kata-kata yang keluar dari mulut pemimpinnya menyentuh semangat setiakawan dan adakalanya sensitiviti kaum di mainkan atas alasan yang hanya mereka sendiri tahu.

Soal pokok yang menjadi punca kepada segala permasalahan tidak dinilai dengan sebaiknya, sebalik pemimpin-pemimpin di dalam parti ini mencari dan mencipta pelbagai isu baru untuk kekal relevan. Namun, tanpa di sedari mereka sebenarnya berlegar-legar di sebalik masalah mereka untuk "menegakkan benang yang basah" sedangkan benang yang basah tidak boleh menegak.

Terkini ialah kenyataan daripada Ketua Pemuda MIC, T. Mohan yang mahu mengkaji kedudukan MIC di dalam gabungan Barisan Nasional sebagai reaksi kepada Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang digerakkan oleh V. Mugilan, bekas Timbalan Ketua Pemuda yang dipecat oleh Presiden MIC kerana mengkritik secara terbuka Presiden tersebut.

UMNO sekali lagi dikaitkan dengan Gerakan Anti Samy, mengulang apa yang disebut oleh anak Sammy Velu, Vell Paari (dilantik ke dalam CWC MIC oleh Presiden MIC yang juga bapa beliau) hanya kerana majlis pelancaranya akan diadakan di PWTC pada penhujung minggu ini. Sebenarnya pun, sejak dahulu lagi, apa sahaja aktiviti besar anjuran MIC, selalunya akan diadakan di PWTC.

Jadi soal V. Mugilan mengadakan program beliau di PWTC tidak bermakna UMNO menyokong GAS, sebaliknya T. Mohan perlu mempunyai keupayaan untuk menganalisa sebab musabab pemilihan lokasi berkenaan yang dibuat oleh V. Mugilan tanpa melibatkan rasa prejudis atau mahu menjadi jagoan di mata orang tertentu (Samy?)

Jadi, apabila kenyataan Vell Paari dan kini T. Mohan mendapat reaksi yang menyeluruh dari ahli-ahli UMNO dan orang Melayu, mereka sepatutnya mengkaji kematangan diri di dalam berpolitik. Pemimpin perlu menunjukkan keupayaan untuk membuat analisa kritikal yang menyeluruh terhadap isu yang mereka hadapi dan bukannya memberi reaksi keanakan terhadap isu-isu yang menyentuh kepimpinan mereka kerana sekiranya MIC nak kaji dan nak keluar dari Barisan Nasional, ianya tidak memberi kesan kepada gabungan BN kerana banyak lagi parti kaum India yang bersedia untuk mengambil alih tempat MIC seperti IPF, PPP dan HINDRAF yang wujud hanya satu sebab iaitu S.A.M.Y!

Namun, mampukah MIC kekal relevan sekiranya mereka keluar dari BN apabila ADUN dan Ahli Parlimen yang mereka ada, berada di dalam jawatan mereka kerana undi UMNO?

Tuesday, May 25, 2010

Gerakan Anti Samy Vellu: UNDI anda DIPERLUKAN!

Kemelut di dalam MIC semakin menggelegak apabila laman web rasmi untuk Gerakan Anti Sammy Vellu di lancarkan. Setakat hari ini ketika blog ini ditulis, sebanyak 93% telah mengundi supaya Presiden MIC itu meletakkan jawatan berbanding dengan 7% yang mahukan beliau mengekalkan jawatan.

Anak Sammy Vellu, Vell Parri yang dilantik ke dalam CWC oleh Sammy Vellu sendiri memburukkan keadaan apabila cuba mengaitkan UMNO di dalam kemelut MIC dengan menuduh UMNO sebagai penyebab kepada masalah-masalah di dalam UMNO. Tuduhan beliau itu adalah satu penghinaan kepada ahli-ahli UMNO, khususnya orang Melayu. Mana mungkin UMNO jadi penyebab, apabila yang melucutkan keahlian ahli-ahli (Lebih 100,000 orang menurut Dato' Subramaniam) yang tidak sebulu dengan Presiden adalah Sammy Vellu sendiri. Inilah punca sebenar kemelut di dalam MIC (Tiada demokrasi. Ahli di sekat bersuara)

Ketika UMNO dan lain-lain gabungan BN sedang berusaha untuk membuat perubahan demi perubahan supaya sesuai dengan suasana politik semasa yang semakin kompleks dan mencabar sesuai dengan peredaran zaman, Vell Parri membuat kenyataan yang mengguriskan hati rakan-rakan di dalam gabungan BN. Kenyataan anak Sammy Vellu ini celupar, kurang ajar, semberono dan tidak berpijak di alam nyata.

Sekiranya ada sesiapa yang mahu MENGUNDI sama ada Sammy Vellu perlu kekal atau melepaskan jawatan Presiden MIC, silalah klik di sini.

Rombakan Kabinet: Pesanan dan Harapan

Sana sini heboh dengan kemungkinan berlakunya rombakan Kabinet dalam masa yang terdekat ini. Sekiranya tidak berlaku pun, Perdana Menteri masih perlu mengisi beberapa kekosongan jawatan Timbalan Menteri yang dikosongkan baru-baru ini berikutan dengan perletakan jawatan Ketua Wanita MCA dan juga kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dari Sibu, Sarawak.

Rata-rata ramai yang teruja dengan kemungkinan rombakan ini. Pelbagai ramalan timbul. Ramai juga nama-nama yang disebut-sebut bakal menjadi Menteri, Timbalan Menteri, naik pangkat, turun pangkat dan sebagainya. Umpama Akademi Fantasi, penyokong-penyokong mana-mana tokoh pasti mahukan tokoh mereka menjadi pilihan untuk diberikan jawatan Menteri atau Timbalan Menteri yang menjadi idaman sesiapa sahaja yang menjadi ahli politik tegar.

Apabila seseorang tokoh itu diberikan jawatan, maka mudahlah penyokong-penyokongnya untuk menumpah tuah. Ini perkara biasa di dalam politik. Politik adalah berpaksikan kuasa dan kuasa menentukan hala tuju ekonomi individu atau masyarakat.

Namun, C-bOk harap YAB Perdana Menteri akan membuat keputusan yang tepat di dalam membuat rombakan (sekiranya berlaku). Kepentingan negara perlu diberi keutamaan berbanding dengan kepentingan politik individu. Mereka yang sudah nampak tidak larat lagi sewajarnya di rehatkan. Individu muda yang berkaliber dan bertenaga perlu diketangahkan untuk memacu negara dengan lebih agresif.

Dalam masa yang sama, mana-mana individu yang "nampak" tidak jujur, nampak ada unsur-unsur rasuah, salah guna kuasa samada sudah memegang jawatan atau belum memegang jawatan kabinet, eloklah tidak dipertimbangkan langsung. Kita tidak ada masa untuk mempertahankan mereka yang sudah "bengkrap" (muflis) identiti/imejnya. Mereka yang muflis identiti ini sewajarnya dibiarkan begitu sahaja tanpa melibatkan negara dan rakyat dengan masalah mereka.

Yang berbini dua atau tiga atau empat dengan cara yang tidak molek (tidak senonoh) juga seeloknya tidak dipertimbangkan untuk apa-apa jawatan kabinet atau luar kabinet. Mereka yang terlibat dengan aktiviti sebegini biasanya berpaksikan nafsu dan tidak menggunakan akal. Wajah cantik, pinggang ramping bertubuh monggel selalu mencairkan mereka. Malah, untuk PRU ke 13 nanti, individu seperti ini tidak perlu dipertimbangkan untuk menjadi calun pun. Kita mahu melihat tokoh yang berwibawa bukannya tokoh yang ada masalah moral.

Ringkasnya, kita mahukan yang terbaik. Pesanan para blogger seperti kami bukan untuk mengajar atau memerintah. Kami hanyalah rakyat Malaysia yang mendokong "1 Malaysia, Rakyat Di Dahulukan; Pencapaian di Utamakan".

Saturday, May 22, 2010

Kalimah ALLAH vs Lesen Judi

Heboh!

Itulah yang boleh dikatakan tentang reaksi terhadap kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan untuk melesenkan judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia. Sebagaimana dinyatakan oleh Kerajaan, lesen ini diluluskan untuk mengawal judi haram daripada berleluasa. Peraturan juga jelas bahawa ianya di luluskan untuk mengawal perjudian di kalangan mereka yang dibenarkan berjudi. Yang DIHARAMKAN berjudi tak payahlah pergi beli tiket judi itu ataupun menyibuk.

Dalam masa yang sama, heboh segolongan pihak dalam PAS dan PKR (saya katakan segolongan kerana tidak semua yang setuju) yang membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh golongan bukan Islam.

Apa kaitannya di sini?

Kaitannya ialah kedua-dua "kelulusan"yang diberikan itu memberi implikasi kepada orang-orang Islam. Saya melihatnya begini:

(i) Meluluskan judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia adalah langkah untuk mengawal perjudian haram yang biasanya berleluasa semasa Piala Dunia yang diadakan setiap 4 tahun sekali. Dengan adanya kawalan terhadap perjudian ini, peraturan boleh dikuatkuasakan dan dapat mengurangkan kemungkinan pertaruhan di luar lesen (mustahil di hapuskan sepenuhnya). Kerajaan juga boleh mengawal premis-premis perjudiaan ini daripada dikunjungi oleh orang Islam melalui pemantauan dan penguatkuasaan. Ini tidak akan dapat dilakukan sekiranya kita hanya diam (tidak melesenkan judi pertaruhan ini) kerana diam tidak bermakna perjudiaan itu tidak berlaku langsung;

(ii) Membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Bukan Islam jelas bertentangan dengan pemahaman Islam masyarakat Islam di negara ini. Kalimah ini jelas digunakan untuk politik dan juga untuk tujuan dakwah. Dakwah orang Islam dan juga dakwah orang bukan Islam. Berlakunya penggunaan kalimah ini oleh dua agama yang berbeza pasti akan mewujudkan kekeliruan. Jadi satu pihak yang membenarkan pengunaan kalimah ini oleh bukan Islam adalah jelas bermotif politik manakala larangan penggunaannya adalah bagi menghalang kekeliruan.

Kaitannya di sini ialah orang yang heboh bercakap pasal hukum haram lesen judi (lesen untuk bukan Islam) ini adalah orang yang sama menghalalkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Dengan kata lain, orang-orang yang bercakap ini, termasuk yang berdemo tentang perkara ini semalam oleh segelintir daripada parti tertentu adalah orang yang "cakap tak serupa bikit" ataupun Hipokrit!

Kenapa SPRM Perlu Ke London?

Berita tentang SPRM hendak ke London mengambil kenyataan P.Balasubramaniam di dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini menarik minat saya.

Kenapa SPRM perlu ke London? Kalau ada keperluan untuk P (Penipu?) Balasubramaniam ini memberi keterangan kepada SPRM dan juga di mahkamah Malaysia, arahkan dia balik ke Malaysia. Kalau dia yakin dia berada di pihak yang benar, dia perlulah membuktikan kebenaran itu di sini.

....... kerana untuk ke London itu memakan kos yang tinggi. Eloklah kita gunakan apa-apa duit yang ada untuk aktiviti pembangunan negara yang lebih berfaedah daripada "merakam percakapan" orang yang cakap berbelit-belit ni. Buang masa dan tenaga sahaja.

Tuesday, May 18, 2010

PWTC Macam "Construction Site"

C-bOk pernah PWTC dari tahun 1990 - 1994 ketika berkhidmat dengan Tourism Malaysia. Ketika itu tidak banyak bangunan pencakar langit. KLCC pun belum dibina dan The Mall adalah lokasi tumpuan utama membeli belah.

Seterusnya dari pertengahan tahun 1994 C-bOk meninggalkan PTWC kerana bertugas dengan agensi lain di lokasi yang berbeza. Dari PWTC ke Jalan Duta, Jalan Raja Laut, Kota Los Angeles, balik ke Jalan Raja Laut, Subang Jaya, Putrajaya dan Medan Tuanku. Sepanjang 16 tahun itu hanya sesekali C-bOk ke PWTC atas urusan rasmi khususnya menghadiri pelbagai pameran perdagangan yang diadakan di sana.

Namun mulai pertengahan bulan April 2010 yang lalu, menjadi rutin C-bOk untuk ke PWTC setiap pagi untuk menghantar isteri yang bertugas di Menara Dato' Onn. Seterusnya menjemput beliau balik pada sebelah petang pula.

Ada sesuatu yang menyemakkan mata di PWTC kini berbanding dengan dahulu. Sesiapa sahaja pasti akan melihat pemandangan yang sama iaitu kon plastik warna kuning yan diletakkan di sekitar ruang legar di aras 4 (pintu masuk) PWTC. Kon-kon plastik ini betul-betul menyemakkan pemandangan dan menjatuhkan tahap kualiti PWTC. Kehadiran kon-kon ini tidak ubah umpama PWTC sedang berada dalam "construction site". Warna kuning terang kon-kon berkenaan tidak "jive" dengan imej bangunan kelas satu yang menempatkan pejabat-pejabat penting Kerajaan (beberapa Kementerian, agensi Kerajaan dan anak syarikat Kerajaan menyewa di Menara Dato' Onn).

Pejabat Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia juga terletak di sini. Berikutan dengan itu, pastinya PWTC menjadi lokasi kunjungan orang-orang penting (VIP) dari dalam dan luar negeri. Namun apabila mereka tiba di PWTC, mereka akan disambut dengan kon-kon plastik yang mencacatkan pemandangan.

C-bOk faham, kon-kon berkenaan diletakkan untuk mengelakkan pengunjung daripada meletakkan kereta mereka sesuka hati di sekitar kawasan di aras 4 berkenaan. Namun, apa gunanya pengawal-pengawal yang bertugas? Tidak adakah cara yang lebih sistematik untuk mengawal trafik serta mereka yang meletakkan kereta di aras berkenaan dan dalam masa yang sama menjaga imej serta pemandangan di sekitar aras 4 berkenaan? Kadang-kadang, kon-kon berkenaan yang mencacatkan pemandangan tambah memburukkan keadaan apabila ianya tidak disusun dengan teratur dan ada juga yang terbalik.

Meletakkan kon-kon berkenaan adalah satu jalan penyelesaian mudah. Namun adalah itu cara terbaik yang boleh difikirkan oleh pihak pengurusan bangunan ini?

Monday, May 17, 2010

BN Kalah Di Sibu

BN kalah di Sibu. Mungkin penyokong tegar Muslimah ini menjadi sebabnya. Kita boleh sahaja menyatakan pelbagai sebab dan musabab mengapa BN kalah di kawasan yang dipegang oleh BN. Sepatutnya kekalahan ini tidka berlaku kerana bekas Ahli Parlimen (Mendiang Robert Lau) adalah seorang Timbalan Menteri dan meninggal ketika masih menjawat jawatan berkenaan. Takkan tidak ada langsung jasa mendiang kepada masyarakat Sibu?

Jelas bahawa usaha Perdana Menteri yang memberi muka kepada pengundi-pengundi Cina dengan jutaan ringgit peruntukan khusus untuk mereka tidak di sokong dengan mengembalikan sokongan kepada BN. Bukan kecik anak pengorbanan Kerajaan (orang Melayu) di dalam menunjukkan yang mereka ingin "bersama" memajukan negara ini secara perkongsian. Gagasan 1Malaysia adalah salah satu daripadanya.

Dalam masa yang sama, berapa ramai orang Melayu/Bumiputra yang menangis apabila MeCD di bubarkan sebagai salah satu daripada terjemahan Gagasan 1Malaysia tersebut. Pembubaran tersebut umpama mencabut talian hayat seorang yang sudah nazak. Bila orang nazak dicabut talina hayat, biasanya dah nak mati la tak lama lagi. Kerajaan kini dilihat begitu bermurah hati. Memberi, memberi dan memberi. Walaupun tidak diminta diberi juga. Kalau diminta, tak sempat pakai seluar lagi dah diberi. Peruntukan sekolah Cina di Hulu Selangor adalah contoh paling unggul di dalam menterjemahkan apa yang saya kata kan ini.

Namun, kesungguhan yang ditunjukkan oleh Kerajaan melalui Perdana Menteri tidak disokong dengan mengembalikan keyakinan terhadap kepimpinan beliau. Jelas, orang-orang yang sombong tidak memerlukan Kerajaan BN pimpinan YAB Dato' Seri Najib. Jadi apakah perlu PM terus dengan gaya kepimpinan terkini? Kita beri dia orang ambil. Kita minta dia orang kencing kita balik. PRU ke 13 tak lama lagi.....

Nota:

Pola pengundian di Sibu menunjukkan sokongan masyarakat Cina yang tidak berbelah bahagi kepada calun DAP. Masyarakat Cina ini mewakili kepentingan mereka yang duduk di bandar yang rata-rata adalah tokey Foo Chow yang kaya raya. Mereka sebenarnya tidak tergugat atau memerlukan sangat bantuan Kerajaan kerana dengan kekayaan yang mereka miliki, mereka mampu untuk memperolehi apa sahaja.

Yang akan menerima kesan adalah masyarakat Bumiputra (melayu, iban, kadazan, etc) yang rata-rata masih duduk di kampung dan rumah panjang yang masih memerlukan bantuan.

Friday, May 14, 2010

Sime Darby = Synergy Drive: GAGAL?

Lembaga Pengarah Sime Darby telah meminta Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid untuk bercuti berikutan dengan kerugian syarikat berkenaan yang melebihi RM1.63 billion.

Jumlah RM1.63 billion itu adalah satu jumlah yang amat besar jika dibandingkan dengan ekonomi negara kita yang kecil ini. Impaknya bukan sahaja boleh dirasakan di peringkat syarikat, tetapi di peringkat negara.

Persoalannya sekarang, adakah kerugian ini ada kaitan dengan kegagalan idea untuk menggabungkan tiga (3) konglomerat besar negara iaitu Sime Darby + Golden Hope + Guthrie yang melihat Golden Hope dan Guthrie "ditelan" oleh Sime Darby atas alasan penggabungan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Satu siasatan menyeluruh perlu dibuat untuk memastikan kenapa kerugian ini boleh berlaku. Adakah sebab kegagalan pengurusan atau pun kerana pergabungan ketiga-tiga gergasi tersebut yang melahirkan sebuah syarikat berkaitan pertanian terbesar dunia sehingga ianya gagal diuruskan dengan sempurna.

Siasatan ini perlulah dilakukan dengan segera kerana dalam masa yang sama sudah ada usaha digerakkan untuk menggabungkan FELDA + FELCRA + RISDA. Kita tidak mahu masalah yang sama dihadapi oleh Sime Darby akan berjangkit kepada gabungan FELDA + FELCRA + RISDA ini pula kelak.

Saturday, May 08, 2010

Zaid Tak Nak Minta Maaf

Zaid telah mengheret Sultan Selangor ke kancah politik murahan. Bukan sahaja dia telah menyentuh kuasa mutlak KBDYMM Sultan terhadap agama Islam di negeri Baginda sendiri, pendatang dari negeri Kelantan ini bersikap kurang ajar kepada Sultan sebuah negeri yang berdaulat.

Setelah menyentuh satu isu sensitif tanpa mengambil kira adap sopan seorang Melayu Islam khususnya di dalam hubungan istana dengan rakyat, beliau terus mempertahankan kenyataannya yang telah menimbulkan polemik dengan berkata "Dia tidak akan minta maaf dengan Sultan Selangor" dengan alasan Sultan tidak meminta dia berbuat begitu.

Gedebe sungguh kerana hendak menyamakan Sultan setaraf dengan dia. Tak kan lah Zaid hendak merendahkan taraf seorang Sultan supaya turut sama berbahas dengan beliau di dalam menegakkan satu polemik yang dilahirkan dari satu perasaan kecewa orang politik? Semua orang tahu bahawa kenyataan beliau tentang berpolitik di masjid adalah lanjutan daripada kenyataan KBDYMM Sultan yang melarang seabrang aktiviti politik yang ditujukan kepada semua parti politik tidak kira parti gabungan BN mahu pun Pakatan Rakyat. Sekiranya BN boleh menerima teguran itu, kenapa tidak Zaid, PAS dan PKR?

Kenapa Zaid begitu beria-ia hendak mempertahankan isu ini sehingga nampak seolah-olah sudah bersedia untuk menyanggah Sultan Selangor sehingga ke titisan darah terakhir? Katakanlah Sultan Selangor menunjukkan kemurkaannya kepada Zaid dengan menyebut nama Zaid, PAS dan PKR. Adakah Zaid dan mereka yang sekutu dengannya akan memohon ampun?

C-bOk rasa tidak. Zaid dan lain-lain akan terus-terusan mempolitikkan isu ini kerana mereka adalah "sore losers" yang melihat semua kenyataan dan teguran dari sudut politik. Sedangkan Sultan bertitah kepada semua (semua parti politik dan rakyat) tentang kepentingan untuk menjaga kemakmuran di dalam masjid di negeri Selangor.

Jadi, soal BN buat atau PR buat tidak timbul. Kalau buat dua-dua salah, maka kedua-duanya perlu menghentikannya dan setidak-tidaknya tunjuklah respect/hormat kepada seorang Sultan. Sekiranya ini pun tidak mampu kita lakukan atau pun kita menunjukkan kelakuan kurang ajar di sebuah negeri lain (bukan negeri kita), jangan marahkah kalau kita menggelarkan Zaid sebagai "Melayu liberal" yang menghalalkan apa sahaja mengikut kepentingan nafsu politik.

Maka saranan KBDYMM Sultan kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang di negeri Selangor, tak payahlah datang Selangor itu adalah betul.
Kepada Zaid dan rakan-rakannya, sila maklum bahawa saranan Tuanku itu adalah berbentuk terbuka (kepada semua). Baginda tidak menyebut nama, tetapi sesiapa sahaja. Maka tidak kiralah samada anda Melayu, China, India, BN, PR ataupun lanun..., kalau tak setuju dengan undang-undang di negeri Selangor.... tak payah lah datang ke Selangor.

Friday, May 07, 2010

Zaid: Di Mana Langit Di Pijak Di Situ Langit Di Junjung! Jangan la biaDAP!

Zaid Ibrahim. Semakin dibiarkan semakin biadap. Di negeri di mana dia diberikan kepercayaan oleh Kerajaan Negeri yang memerintah negeri Selangor dan menjunjung kedaulatan Sultan negeri Selangor..., dia menggigit balik.

Selepas terbuang di negeri sendiri dan membuang diri sendiri daripada Kerajaan atas alasan yang entah apa-apa..., dia diterima oleh parti orang-orang terbuang. Di junjung untuk menjadi calon wakil rakyat (tetapi gagal) di Hulu Selangor (BACA: S.E.L.A.N.G.O.R) dan seterusnya dilantik pula sebagai Ketua Petugas Khas FELDA Kerajaan negeri Selangor (BACA: S.E.L.A.N.G.O.R) untuk konon-kononnya memantau orang-orang FELDA di Selangor (BACA: S.E.L.A.N.G.O.R)..., tiba-tiba dia bersikap biadap dengan Sultan Negeri Selangor (BACA: S.E.L.A.N.G.O.R), Sultan sebuah negeri berdaulat di mana dia mendapat banyak manfaat dan kemakmuran sekarang ini.

Wajarkah sikap sebegitu selepas mendapat banyak manfaat daripada negeri Selangor (BACA: S.E.L.A.N.G.O.R), sebuah negeri berdaulat yang terletak dibawah naungan KBDYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah?

Wajarkah kebiadapan sebegini dibiarkan begitu sahaja? Apa pandangan orang-orang Melayu Selangor khususnya yang bernaung dibawah parti-parti politik? Yang jelasnya UMNO sudah pun menyanggah. PKR dan PAS bagaimana pula? Bersetuju ke? [Parti-parti lain tu tak payah kira la..., kita dah tahu dah...]