Friday, May 07, 2010

Zaid: Di Mana Langit Di Pijak Di Situ Langit Di Junjung! Jangan la biaDAP!

Zaid Ibrahim. Semakin dibiarkan semakin biadap. Di negeri di mana dia diberikan kepercayaan oleh Kerajaan Negeri yang memerintah negeri Selangor dan menjunjung kedaulatan Sultan negeri Selangor..., dia menggigit balik.

Selepas terbuang di negeri sendiri dan membuang diri sendiri daripada Kerajaan atas alasan yang entah apa-apa..., dia diterima oleh parti orang-orang terbuang. Di junjung untuk menjadi calon wakil rakyat (tetapi gagal) di Hulu Selangor (BACA: S.E.L.A.N.G.O.R) dan seterusnya dilantik pula sebagai Ketua Petugas Khas FELDA Kerajaan negeri Selangor (BACA: S.E.L.A.N.G.O.R) untuk konon-kononnya memantau orang-orang FELDA di Selangor (BACA: S.E.L.A.N.G.O.R)..., tiba-tiba dia bersikap biadap dengan Sultan Negeri Selangor (BACA: S.E.L.A.N.G.O.R), Sultan sebuah negeri berdaulat di mana dia mendapat banyak manfaat dan kemakmuran sekarang ini.

Wajarkah sikap sebegitu selepas mendapat banyak manfaat daripada negeri Selangor (BACA: S.E.L.A.N.G.O.R), sebuah negeri berdaulat yang terletak dibawah naungan KBDYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah?

Wajarkah kebiadapan sebegini dibiarkan begitu sahaja? Apa pandangan orang-orang Melayu Selangor khususnya yang bernaung dibawah parti-parti politik? Yang jelasnya UMNO sudah pun menyanggah. PKR dan PAS bagaimana pula? Bersetuju ke? [Parti-parti lain tu tak payah kira la..., kita dah tahu dah...]

2 comments:

sribuat said...

salam,
aku setuju dengan zaid. aku cukup pasti kalau zaid bercakap atas kapasiti umno, tuan takkan berbunyi. kalau diungkit sejarah, tiada parti dimalaysia yang lebih merendahkan martabat raja melayu selain daripada UMNO. Sejarah tidak dapat dinafikan.

aku percaya kalau umno guna masjid untuk buat solat hajat supaya umno atau BN menang tuan akan senyap. atas cakap tak pa sebab dia guna masjid atas sebab solat. sedang hakikatnya, solat hajat untuk kemenangan BN juga adalah politik. Sebab itu, politik dan islam tak boleh pisah. politik di masjid tidak boleh dipisah.

Jadi tuan, jangan menjadi pak turut. untuk menghentam sipolan sipolan, cermin dulu diri. Kalau kita masih ada kotor jangan dok kata orang lain kotor. Bersih diri sendiri tu dulu.

lagi satu, UMNO tak bela melayu dah, dia bela orang UMNO hak duk di atas tu saja. Yang bela melayu sekarang ni hanya PERKASA.... sahaja.

salam...

Zainal A. Kasim said...

Waalaikumsalam Sribuat,

Jadi.., kerana UMNO pernah buat (kata saudara) maka Zaid BOLEH hentam Sultan Selangor? Kalau UMNO makan taik..., maka kita pun boleh makan taik ke?

Baca blog saya keseluruhannya dari mula (2003) sampai sekarang nak tahu saya ni ikut-ikutan atau apa.

Bagi saya, perbuatan Zaid tetap kurang ajar dan biaDAP. Kerana orang lain buat, tidak bermakna dia boleh buat. Kalau orang lain buat pun saya belasah jugak.

Jadi eloklah kita jangan ikut orang lain tak tentu pasal. Sebab Anwar Ibrahim @ Nik Aziz benci UMNO, kita pun ikut sama.