Friday, May 28, 2010

Masjid: Pilihan Anda?

Semalam Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz mengatakan Kerajaan Negeri Kelantan sengaja tidak membina masjid di Kelantan kerana mahukan rakyat membina sendiri masjid-masjid di seluruh Kelantan atas alasan "rakyat perlu membeli pahala".

C-bOk sedikit terkedu dengan alasan yang dibuat oleh Nik Aziz ini. Nak tergelak pun ada, kecewa dan sedih pun ada. Tetapi yang lebihnya adalah sedih dengan kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz ini. Tak tahu lah sama ada kenyataan itu benar-benar menggambarkan polisi Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS ataupun sebenarnya ada masalah lain yang tidak membolehkan Kerajaan Negeri Kelantan membina masjid. Contohnya tidak ada duit, tidak ada kemahiran ataupun tidak ada perancangan.

Sebetulnya, apabila kita memilih Kerajaan, kita mengamanahkan Kerajaan itu untuk melaksanakan projek-projek pembangunan, projek ekonomi dan projek-projek lain untuk rakyat. Kerajaan yang dipilih perlu mengutip cukai/zakat dan seterusnya menggunakan kutipan itu untuk membangunkan negeri/negara dengan cara melaksanakan projek-projek untuk masyarakat. Membina masjid adalah salah satu daripadanya.

Jadi apabila Nik Aziz memberi alasan "mahu rakyat membina sendiri" masjid di Kelantan, C-bOk jadi gundah gulana. Betul ke apa Nik Aziz cakap ini ataupun meneruskan cara gedebe beliau dengan mengeluarkan kenyataan mengikut sesedap rasa. Apabila sebelum ini Nik Aziz pernah membuat kenyataan seperti "boleh berkawan dengan Setan", "Nabi berpolitik di Masjid", "Doa pecah perut" dan sebagainya lagi..., barulah "make senses". Kenyataannya tidak boleh dipakai sangat.

Namun dalam meneliti kepimpinan seperti ini, kita sebagai individu dan pengundi yang mengundi satu-satu Kerajaan untuk memimpin kita..., apakah yang kita mahukan?

Yang pastinya kalau kita menyelam kaum Cina di negara ini, mereka tahu apa yang mereka mahu. Mereka akan meminta dari satu pihak dan berkawan baik dengan satu pihak yang lain. Yang pentingnya mereka dapat apa yang mereka mahukan dan mengekalkan apa yang mereka sudah ada.

Bagi kita, adakah cukup dengan apa yang ada? Dan apabila kita memeilih pemimpin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab pembangunan yang boleh menjadi pemangkin kepada kesejahteraan dan kejayaan ummah..., kita diarahkan untuk "membina sendiri masjid". Sekiranya kita menerima keadaan ini, maka kita sentiasa aka kalah dengan orang lain. Orang lain meminta-minta dan memastikan apa yang diminta DAPAT! Bila kita (Melayu/Islam) meminta kepada pemimpin kita, kita diminta "bina sendiri".

Berkaitan dengan ini, dengan melihat dari sudut politik, sekiranya kita diberi DUA PILIHAN iatu satu pihak yang mampu menyediakan infrasruktur yang cukup untuk kita seperti masjid, jalanraya, jambatan dll untuk memajukan ummah, keluarga dan diri kita BERBANDING dengan satu pihak lagi yang suruh kita "bina sendiri"...., mana satukah pilihan kita?

5 comments:

Anonymous said...

salam.. bace,faham dulu semue kenyataan Nik Aziz tu..kn Nik Aziz cakap krajaan negeri akan tolong bina masjid..bkn lepas tangan macam tu je..pahamkan dulu maksud Nik Aziz tu dulu..

Anonymous said...

Berapa banyak masjid dah dibina oleh kerajaan negeri kelantan ?

Mencemarkan masjid dengan perpecahan ummah adalah.

Anonymous said...

woi anony 8.46 memang babi la kau ni

Anonymous said...

Saham akhirat yang banyak dividen nya. Fikir fikur lah!!!

Anonymous said...

Begitulah lumrah dunia... bila ada kuasa cakap apa2 pun tak kisah..Kerajaan negeri tak bina masjid sebab dia tahu kerajaan pusat akan tolong bina... Dia hanya bina parti jer, kerja bina sejid (masjid) orang lain.. utk kerja mudah dia gi syarah2 jer...janji rakyat sokong parti dia, tak pe...molek2

Sam 2010