Saturday, May 08, 2010

Zaid Tak Nak Minta Maaf

Zaid telah mengheret Sultan Selangor ke kancah politik murahan. Bukan sahaja dia telah menyentuh kuasa mutlak KBDYMM Sultan terhadap agama Islam di negeri Baginda sendiri, pendatang dari negeri Kelantan ini bersikap kurang ajar kepada Sultan sebuah negeri yang berdaulat.

Setelah menyentuh satu isu sensitif tanpa mengambil kira adap sopan seorang Melayu Islam khususnya di dalam hubungan istana dengan rakyat, beliau terus mempertahankan kenyataannya yang telah menimbulkan polemik dengan berkata "Dia tidak akan minta maaf dengan Sultan Selangor" dengan alasan Sultan tidak meminta dia berbuat begitu.

Gedebe sungguh kerana hendak menyamakan Sultan setaraf dengan dia. Tak kan lah Zaid hendak merendahkan taraf seorang Sultan supaya turut sama berbahas dengan beliau di dalam menegakkan satu polemik yang dilahirkan dari satu perasaan kecewa orang politik? Semua orang tahu bahawa kenyataan beliau tentang berpolitik di masjid adalah lanjutan daripada kenyataan KBDYMM Sultan yang melarang seabrang aktiviti politik yang ditujukan kepada semua parti politik tidak kira parti gabungan BN mahu pun Pakatan Rakyat. Sekiranya BN boleh menerima teguran itu, kenapa tidak Zaid, PAS dan PKR?

Kenapa Zaid begitu beria-ia hendak mempertahankan isu ini sehingga nampak seolah-olah sudah bersedia untuk menyanggah Sultan Selangor sehingga ke titisan darah terakhir? Katakanlah Sultan Selangor menunjukkan kemurkaannya kepada Zaid dengan menyebut nama Zaid, PAS dan PKR. Adakah Zaid dan mereka yang sekutu dengannya akan memohon ampun?

C-bOk rasa tidak. Zaid dan lain-lain akan terus-terusan mempolitikkan isu ini kerana mereka adalah "sore losers" yang melihat semua kenyataan dan teguran dari sudut politik. Sedangkan Sultan bertitah kepada semua (semua parti politik dan rakyat) tentang kepentingan untuk menjaga kemakmuran di dalam masjid di negeri Selangor.

Jadi, soal BN buat atau PR buat tidak timbul. Kalau buat dua-dua salah, maka kedua-duanya perlu menghentikannya dan setidak-tidaknya tunjuklah respect/hormat kepada seorang Sultan. Sekiranya ini pun tidak mampu kita lakukan atau pun kita menunjukkan kelakuan kurang ajar di sebuah negeri lain (bukan negeri kita), jangan marahkah kalau kita menggelarkan Zaid sebagai "Melayu liberal" yang menghalalkan apa sahaja mengikut kepentingan nafsu politik.

Maka saranan KBDYMM Sultan kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang di negeri Selangor, tak payahlah datang Selangor itu adalah betul.
Kepada Zaid dan rakan-rakannya, sila maklum bahawa saranan Tuanku itu adalah berbentuk terbuka (kepada semua). Baginda tidak menyebut nama, tetapi sesiapa sahaja. Maka tidak kiralah samada anda Melayu, China, India, BN, PR ataupun lanun..., kalau tak setuju dengan undang-undang di negeri Selangor.... tak payah lah datang ke Selangor.

No comments: