Heboh!
Itulah yang boleh dikatakan tentang reaksi terhadap kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan untuk melesenkan judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia. Sebagaimana dinyatakan oleh Kerajaan, lesen ini diluluskan untuk mengawal judi haram daripada berleluasa. Peraturan juga jelas bahawa ianya di luluskan untuk mengawal perjudian di kalangan mereka yang dibenarkan berjudi. Yang DIHARAMKAN berjudi tak payahlah pergi beli tiket judi itu ataupun menyibuk.
Dalam masa yang sama, heboh segolongan pihak dalam PAS dan PKR (saya katakan segolongan kerana tidak semua yang setuju) yang membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh golongan bukan Islam.
Apa kaitannya di sini?
Kaitannya ialah kedua-dua "kelulusan"yang diberikan itu memberi implikasi kepada orang-orang Islam. Saya melihatnya begini:
(i) Meluluskan judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia adalah langkah untuk mengawal perjudian haram yang biasanya berleluasa semasa Piala Dunia yang diadakan setiap 4 tahun sekali. Dengan adanya kawalan terhadap perjudian ini, peraturan boleh dikuatkuasakan dan dapat mengurangkan kemungkinan pertaruhan di luar lesen (mustahil di hapuskan sepenuhnya). Kerajaan juga boleh mengawal premis-premis perjudiaan ini daripada dikunjungi oleh orang Islam melalui pemantauan dan penguatkuasaan. Ini tidak akan dapat dilakukan sekiranya kita hanya diam (tidak melesenkan judi pertaruhan ini) kerana diam tidak bermakna perjudiaan itu tidak berlaku langsung;
(ii) Membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Bukan Islam jelas bertentangan dengan pemahaman Islam masyarakat Islam di negara ini. Kalimah ini jelas digunakan untuk politik dan juga untuk tujuan dakwah. Dakwah orang Islam dan juga dakwah orang bukan Islam. Berlakunya penggunaan kalimah ini oleh dua agama yang berbeza pasti akan mewujudkan kekeliruan. Jadi satu pihak yang membenarkan pengunaan kalimah ini oleh bukan Islam adalah jelas bermotif politik manakala larangan penggunaannya adalah bagi menghalang kekeliruan.
Kaitannya di sini ialah orang yang heboh bercakap pasal hukum haram lesen judi (lesen untuk bukan Islam) ini adalah orang yang sama menghalalkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Dengan kata lain, orang-orang yang bercakap ini, termasuk yang berdemo tentang perkara ini semalam oleh segelintir daripada parti tertentu adalah orang yang "cakap tak serupa bikit" ataupun Hipokrit!
Saturday, May 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
C-Bok..
Pertamanya, isu Kalimah Allah adalah isu khalafiah feqah iaitu ada Ulama yang membolehkan, ada yang tidak membolehkan. Itu pasal Nik Aziz tak kata Harun Din salah dan Harun Din tak kata Nik Aziz salah. Kebanyakan Ulama PAS berpendapat ianya dibolehkan makanya ia menjadi dasarnya dan harus diterima oleh jemaah.
Keduanya,judi itu perkara jumhur iaitu disepakati Ulama dan termaktub pengharamannya dalam Quran. Walaupun tiada dalam Quran, jika jumhur berpendapat haram, ianya tetap haram dan boleh kufur siapa yang menghalalkannya. Sebutkan Ulama mana yang kata judi itu hahal?
Ketiganya, jika pemantau menjadi asas hujah saudara, kenapa tak dilesenkan perlacuran? Apa guna penguatkuasa yang kerjanya membendung gejala haram ini? Jika ada lesen, mestilah tak boleh dibendung sebab ada lesen. Sama seperti budak bawah umur yang memandu kereta. Kenapa kerajaan tak beri lesen saja kepada mereka supaya kita dapat mengawal aktiviti mereka? Apa guna polis dan JPJ yang menahan mereka?
Aku lebih rela makan duit saman judi daripada duit lesen judi!!!
Salam..Dlm memberi komen perlu berhikmah bukan menghukum..Soal akidah perlu kpd sandaran Al-Quran,Hadith dan ijmak ulama..Elakkan penggunaan logik dlm mentafsir bab akidah,sebaliknya menyatakan sandaran2 sanad..Baca terjemahan surah Al-Kahfi yg menyatakan amaran ALLAH terhadap golongan yg mengatakan ALLAH mempunyai anak..ALLAH menasihatkan Rasulullah agar tidak berdukacita dgn dakwaan golongan tersebut..Elakkan berdebat dgn ahli kitab kecuali dgn perdebatan yg sederhana..Semoga saudara mendapat hikmah yg terpendam dari surah Al-Kahfi..Bab judi,lagi sekali jgn bersandarkan logik kerana kelulusan lesen judi itu berkisar kpd urusan mengutip cukai ekoran kegiatan itu sudah berjalan secara sah..Rujuk Al-Quran,cari ayat mana yg menghalalkan judi..Ambil iktibar dari keputusan k'jaan Brunei yg yg tidak membenarkan premis arak dibuka wlwpun untuk pelancong..Dlm membuat kupasan,cari lah kebenaran..Klu niat dari awal bermotifkan politik,maka tafsiran politiklah yg akan terjelma..Baca rubuk dari surah Al-Kahfi tentang pertemuan Nabi Musa a.s dgn Nabi Khidir a.s..Kaji knpa Nabi Musa a.s. membantah dan menghukum setiap tindakan Nabi Khidir a.s..Sesuatu yg kita anggap tidak benar adalah merupakan hakikat kebenaran yg tersembunyi..Sesungguhnya Ilmu ALLAH itu maha meliputi..Adakah ALLAH milik org2 Islam atau org Islam dan seluruh umat manusia itu milik ALLAH..Wallahualam..
Post a Comment