BN kalah di Sibu. Mungkin penyokong tegar Muslimah ini menjadi sebabnya. Kita boleh sahaja menyatakan pelbagai sebab dan musabab mengapa BN kalah di kawasan yang dipegang oleh BN. Sepatutnya kekalahan ini tidka berlaku kerana bekas Ahli Parlimen (Mendiang Robert Lau) adalah seorang Timbalan Menteri dan meninggal ketika masih menjawat jawatan berkenaan. Takkan tidak ada langsung jasa mendiang kepada masyarakat Sibu?
Jelas bahawa usaha Perdana Menteri yang memberi muka kepada pengundi-pengundi Cina dengan jutaan ringgit peruntukan khusus untuk mereka tidak di sokong dengan mengembalikan sokongan kepada BN. Bukan kecik anak pengorbanan Kerajaan (orang Melayu) di dalam menunjukkan yang mereka ingin "bersama" memajukan negara ini secara perkongsian. Gagasan 1Malaysia adalah salah satu daripadanya.
Dalam masa yang sama, berapa ramai orang Melayu/Bumiputra yang menangis apabila MeCD di bubarkan sebagai salah satu daripada terjemahan Gagasan 1Malaysia tersebut. Pembubaran tersebut umpama mencabut talian hayat seorang yang sudah nazak. Bila orang nazak dicabut talina hayat, biasanya dah nak mati la tak lama lagi. Kerajaan kini dilihat begitu bermurah hati. Memberi, memberi dan memberi. Walaupun tidak diminta diberi juga. Kalau diminta, tak sempat pakai seluar lagi dah diberi. Peruntukan sekolah Cina di Hulu Selangor adalah contoh paling unggul di dalam menterjemahkan apa yang saya kata kan ini.
Namun, kesungguhan yang ditunjukkan oleh Kerajaan melalui Perdana Menteri tidak disokong dengan mengembalikan keyakinan terhadap kepimpinan beliau. Jelas, orang-orang yang sombong tidak memerlukan Kerajaan BN pimpinan YAB Dato' Seri Najib. Jadi apakah perlu PM terus dengan gaya kepimpinan terkini? Kita beri dia orang ambil. Kita minta dia orang kencing kita balik. PRU ke 13 tak lama lagi.....
Nota:
Pola pengundian di Sibu menunjukkan sokongan masyarakat Cina yang tidak berbelah bahagi kepada calun DAP. Masyarakat Cina ini mewakili kepentingan mereka yang duduk di bandar yang rata-rata adalah tokey Foo Chow yang kaya raya. Mereka sebenarnya tidak tergugat atau memerlukan sangat bantuan Kerajaan kerana dengan kekayaan yang mereka miliki, mereka mampu untuk memperolehi apa sahaja.
Yang akan menerima kesan adalah masyarakat Bumiputra (melayu, iban, kadazan, etc) yang rata-rata masih duduk di kampung dan rumah panjang yang masih memerlukan bantuan.
Monday, May 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kalau DAP menang pun, BN tak boleh bantu kah Sibu? Bukan BN merupakan kerajaan ke?
Duit yang berjuta2 yang dijanjikan nak diberi jika BN menang pasni nak taruk mana? Duit sapa tu ek?
Abis Kalau BN kalah, tak kan DAP tak de duit nak bantu org Sibu.
Eh, kan sibu byk cina kaya yg mampu hidup mewah?
takkan tolong org melayu pun tak boleh?
Duit sape DAP dpt dari , tu?, ek?
kahkahkah...bodo punya fs-86...sume yang tabur duit sebab politik...lagi mau tnya kerajaan bantu ke x...apa golongan pembangkang pikir pon aku tak tau la...aku sangat2 xpaham apa dalam kepala dorang ni...xnmpak ke korang akan di tindas...teruknya...kenapa xnmpak sangat ni??????buta hati...buta mata....
Post a Comment