Friday, November 28, 2008

Chua Soi Lek: Apa Ni?

Chua Soi Lek yang terkenal satu Malaysia kerana rakaman program "realitinya" tidak berapa lama dahulu dan kini diketepikan oleh Presiden partinya sendiri di dalam perlantikan ke jawatan penting parti, membuat kenyataan berkaitan dengan Ketuanan Melayu. Dia tidak menerima konsep Ketuanan Melayu sepertimana yang dilapurkan di dalam Malaysia Kini di sini.

Kenyataan ini sememangnya tidak sesuai dalam suasana masyarakat majmuk negara ini dan juga keadaan politik semasa. Namun sesuai dengan politik beliau sendiri yang umpama melukut di tepi gantang di dalam partinya sendiri. Kenyataan sebegini pasti akan meningkatkan sokongan politik ke atas beliau tetapi akan melaga-lagakan orang Melayu dan orang-orang Cina di negara ini. Tidak ada siapa yang untung dengan gaya politik seperti ini.

Eloklah beliau di disiplinkan segera oleh Presiden partinya. Kita cintakan keamanan dan kita mahu berjalan ke hadapan. Kita tidak ada masa untuk politik seperti ini.

11 comments:

bungaraya said...

Agaknya Chua Sui Lig dah kehabisan idea macamana nak diterima kebaiknya oleh Ong Kaa Ting. Jadi beliau gunakan isu Ketuanan Melayu sebagai senjata.
Kalau ku marah..akan disunat anunya. Hingga akhirnya susah untuk digilai wanita spt masa lalu.

Gelombang Rakyat said...

Dia sedang cuba membina raihan sokongan dari masyarakatnya ketikamana persepsi masyarakat umum masih belum lenyap dari realiti tersebut.

mn said...

Bro,

1. Saya nak tanya sikit nie..

2. Dalam 3 orang bakal calon Ketua Pemuda UMNO nanti, u rasa siapa diantara mereka bertiga tu yang layak untuk 'counter' Soi Lek?

a. Mukhriz..saya rasa kalau Soi Lek bersin sikit Mukhriz terus bisu.

b. Khir Toyo..saya rasa jika Soi Lek tinggi suara sikit Khir terus gagap.

c. KJ..Hehe this young man is the right person for the right job? Itu sebab saya pilih KJ as Ketua Pemuda. Saya dah kaji habis dah.

. said...

kenyataan orang politik untuk kekal relevan. oleh kerana presiden mca tak mahu dengar cakap dia, maka apa lagi, menyalaklah!

kawaii_desu said...

I think he speaks too much...

Maklumlah, nak alih perhatian dr program2 realitinya tu

Anonymous said...

Pendapat sayaChua Soi Lek adalah opotunis mencari publisiti murah.
Tapi dia nak mualakan pusingan baru selapas Presiden MCA dan Ketua Pemuda MCA tak dapat layanany atas ungkitan DEB ,30 % hak orang melayu dll.
Api dah padam DR Chua,anda nak nyalakan balik ?
Mainan perkauaman pekat dan tebal Dr Chua.
Kalu nak cari isu yang berguna kapada MCA, tidak mesti nak henyak melayu.
arjuna waspada.

Anonymous said...

MCA main politik perkauman pekat tebal hasad dengki terhadap orang melayu.
DAP secara resmi menentang ketuanan Melayu.
Sekarang MCA menentang orang Melayu dari belakang.
Apa beza MCA daripada DAP ?
Sikit pun tak beza,malah pelandok dua serupa.
Apabila orang Melayu marah dia lari belakang barisan Nasional.
Mesti tentang MCA dan DAP.
Politik hypocrit dan perkauman.
arjuna waspada

Zainal A. Kasim said...

SUKJ,

1. Pilihan saya tidak bertanding kali ini;

2. KJ mungkin dah imun dengan demam selsema CSL. Tapi takut dia kena demam campak Singapura pulak;

Teknologi Baru said...

Semakin lama perkataan Ketuanan Melayu semakin tidak difahami. Saya tercari-cari didalam Perlembagaan Persekutuan dimanakah letaknya peruntukan Ketuanan Melayu, Tak terjumpa.

Yang mudah dijumpa ialah perkataan Tuan didalam pelbagai kamus. "Tuan" bererti pemilek. Kalau diaplikasikan kepada manusia dan manusia, maka manusia yang dipanggil "tuan" itu adalah lebih besar dari yang memanggilnya.

Dari segi pendapatan, tak nampak pun Melayu itu besar, kuat, kaya atau pemilek. Yang nampak pendapatan Melayu itu amat rendah.

Dari segi perjawatan-perjawatan, tak nampak pun Melayu itu besar, kuat, kaya atau pemilek. Yang nampak Melayu itu duduk diperjawatan rendah didalam swasta, dalam perjawatan awam boleh tahan.

Dari segi pemilikan tanah, tak nampak pun Melayu itu besar, kuat, kaya atau pemilek. Yang nampak semua estet-estet getah, sawit dan perumahan adalah milek orang lain.

Dari segi pendidikan, tak nampak pun Melayu itu besar, kuat, kaya atau pemilek. Yang nampak mereka yang bukan Melayu yang memenuhi IPTS dalam negara, dan universiti-universiti luar negara. Di IPTA boleh tahan.

Dari segi perniagaan, tak nampak pun Melayu itu besar, kuat, kaya atau pemilek. Yang nampak Melayu itu berniaga kecil-kecilan ditepi jalan dan di pasar-pasar malam dan pekan sehari.

Jadi saya tak faham apa makna nya ketuanan melayu ??????? .

Anonymous said...

Tambahan kpd Saudara SUKJ:
1. Tiada sesiapa dlm UMNO patut "counter" CSL sebab beliau sendiri adalah seorg "loser".
2. CSL memerangkap diri sendiri dgn isu video sex beliau. Jawapan kpd pemimpin yg tidak bermoral dan tiada etika.
3. Kemenangan beliau sebg Timblan Presiden MCA adalah kerana sentimen isu perkauman yg beliau mainkan, dan itulah yg beliau akan terus mainkan demi survival politik beliau.
4. Ulasan beliau adalah sebg membalas dendam kpd Presiden MCA dlm isu kaum Cina di Malaysia. Beliau ingin melihat Presiden terperangkap dlm isu ini selepas beliau tidak mendpt sebarang jawatan baru2 ini.
5. Maka, buat apa UMNO ingin melalak dan melolong dgn seorng loser spt CSL, buat membazir masa saja. Mukriz, KT or KJ ke, tak payah nak jawap semua itu, yg peting satukan barisan Pemuda UMNO di akar umbi yg berpecah dan bermusuhan sekrg.

Anonymous said...

Bagi saye CSL adalah degil dan haprak kerana sesudah bidasan orang melayu dan terkini di pangil olih PDRM sungai way dan seterus nya buat sidang akhbar, dia masih berkeras hati tak mengaku kesilapan nya.
Minta Maaf jauh sekali.
Ampun Tuanku DYMM Sultan Johor, patik mohon gelaran dato CSL di tarik balik.Ampun tuanku .
arjuna waspada