Tuesday, November 25, 2008

Pengharaman Yoga: Tidak Kena Masa

Susah nak buat macam ini. Hanya pengamal yoga yang sudah lama berlatih dan mengamalkan seni senaman yoga setiap hari sahaja yang mampu untuk melakukannya.

Hari ini C-bOk bukan hendak bercerita tentang seni senaman yoga berkenaan, tetapi tentang pengharaman yoga yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. C-bOk bukanlah seorang yang arif dengan fatwa maka C-bOk tidak akan mempertikaikan kesahihan fatwa berkenaan. Kalau sudah haram maka ianya haram.

Cuma C-bOk rasa masa yang diambil untuk membuat pengumuman menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak dan juga polemik politik yang jika tidak dikawal akan menyukarkan kita. Kita semua dapat melihat gelombang "makkal sakti" yang dibawa oleh Hindraf. Walaupun pertubuhan ini telah diharamkan, namun mereka masih lagi tegar (degil) dengan pelbagai aktiviti yang menggugat kenterteraman awam. Mereka merasakan mereka terpinggir di negara ini walaupun hakikatnya tidak begitu. Bagi mereka mereka dinafikan hak, semua yang mereka buat tidak betul, dipinggirkan di dalam sektor awam, dihalangan daripada berpersatuan (Hindraf diharamkan) dan sebagainya lagi. Untuk menyuarkan pandangan mereka maka dianjurkan perhimpunan sana-sini dengan alasan demokrasi.

Jadi bagi C-bOk, dengan mengharamkan yoga yang begitu rapat dengan masyarakat India pada masa ini bukanlah satu tindakan yang bijak. Dalam masa yang sama juga pihak-pihak yang berwajib sendiri temasuk Raja-Raja tidak sepakat dalam hal ini. Tidakkah pihak-pihak berkenaan terfikir bahawa pengharaman ini akan dijadikan isu politik dan alasan bahawa Kerajaan meminggirkan masyarakat India?

Apa-apa pun wallahualam.

3 comments:

Anonymous said...

Saudara Zainal,
Saya sokong pendapat saudara. Rasanya memang tidak kena masa fatwa ini diketengahkan. Saya pun bukan pakar fatwa atau pun Yoga tetapi tidak semua yoga mengamalkan mentera atau amalan bersifat syirik. Tapi saya percaya majlis fatwa telah melakukan kajian yg mendalam dan mendapat fakta2 daripada pengamal Yoga dunia. Rasanya ramai pengamal Yoga di Malaysia yg beragama Islam. Cuma masanya sahaja yg tidak betul kerana ini boleh membangkitkan kekeliruan dan ketidak selesaan kepada org Islam dan bukan Islam

Anonymous said...

salam,
minta lalu...
saya rasa pengharaman ini melibatkan umat Islam, maka org Hindu tak sepatutnya rasa tersinggung dan mempolitikkan isu dalaman Islam. Kalau nak ikut tersinggung, lebih banyak perkara yg org Islam dan melayu sepatutnya rasa tersinggung...(tepuk dada..), umat islam perlu tegas, kerana siapa tegas akan kuat dan tak ada kaum lain yg akan menyalak sewenang-wenangnya..

sekian

-suaramerbok-

kawaii_desu said...

hmmm

sentimen keagamaan ni sesuatu yg sukar

tapi kalau kita tak tegas, camna?
and bab halal haram tak bloeh tangguh2, dan ya, pengharaman ini hanya tuk Muslims sahaja...

sebab org kita ni suka main ikut saja...