Membaca akhbar Sinar Harian hari ini berkaitan dengan pencalunan Khairy Jamaludin sebagai calun untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO di Rembau semalam mengundang rasa gelihati dan juga kecewa.
C-bOk gelihati kerana suara ramai yang menjerit-jerit meneriakkan nama KJ di anggap sebagai restu untuk membolehkan beliau menang tanpa bertanding sebagai calun daripada Rembau.
Kecewa kerana KJ atau sesiapa sahaja daripada Rembau yang tidak membenarkan ahli dari Rembau untuk mencalunkan nama lain dan membolehkan KJ untuk membuktikan beliau benar-benar anak jantan dan mengalahkan sesiapa sahaja yang bertanding melawan beliau. Sekiranya pertandingan itu dibenarkan dan KJ menang, hatta dengan satu (1) sekali pun - dia tetap menang akan diingat sebagai anak jantan yang berjuang secara "gentleman".
Apabila pencalunan beliau dilaksanakan sepertimana yang dilaksanakan di Rembau semalam - maka pandangan negatif orang ramai terhadap beliau tidak dapat dielakkan. Perlu diingat dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja khususnya mereka yang hadir di Rembau semalam bahawa sememangnya ada permintaan untuk megemukakan nama-nama lain juga selaras dengan prinsip demokrasi untuk dipertandingkan tetapi ditolak oleh Pengerusi Tetap (Besarnya kuasa Pengerusi Tetap)
Sunday, November 09, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Pencalonan kat tempat saya pun, saya bangkang jugak :-)
Selamat Datang Ke Laman Blog Baru Saya :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Jika apa yang disiarkan anda dan Harian Sinar benar KJ memang memiliki lagak sang pendebat. Gaya debat dan sikap orang yang suka berdebat memang ditunjukkan sebahagiannya semasa pemilihan di Rembau.Tepukan dan pekikan cuba diguna pakai sebagai alasan retorik membuktikan calon yang menang memang layak bergelar sang juara.Keegoan pendebat terserlah apabila melihat dia hanya percayakan diri sendiri dan bukannya orang lain.Pendebat tidak pernah percaya sesiapa kecuali dirinya sendiri. Membuka pencalonan kepada orang lain bererti pengakuan bahawa ada orang yang kalau tidak lebih hebat pun sama hebat dengannya. Ini tidak dapat dibenarkan oleh pendebat. Pendebat boleh bertempik melaungkan demokrasi, tetapi untuk dirinya sendiri pendebat lebih suka menang sendiri.
Cbox,
1. Jangan terlalu percaya dengan laporan akhbar Sinar Harian tu.
2. Wartawan-wartawan Sinar Harian macam budak tadika. Masih beringus. Nama sahaja wartawan tetapi 'wartawan class D'.
3. Sebagai contoh 2 minggu lepas mereka buat promosi pelancaran Edisi Utara di Halaman Masjid berdekatan rumah saya.
4. Saya tengok wartawan Sinar Harian...Ya Rabbi macam ni standard wartawan Sinar Harian..??
Apa yg wartawan siarkan tidak kiralah wartawan hingusan atau pun professional adalah petikan apa yg telah berlaku dan disertakan sekali dgn gambar. Wartawan tersebut hanyalah menyiarkan apa yg beliau perhatikan sepanjang perjalanan mesyuarat tersebut.
Pada saya, memang itulak karakter KJ. Takut dgn bayang2 sendiri dan percaya yg beliau lebih kuat drp org lain. Tengok sajalah, hatta Mukriz dan Khir Toyo pun boleh mendapat pencalonan lebih drp beliau. Apa tandanya tu? Cukuplah KJ dgn usaha2 anda utk menunjukkan kekuatan dan keegoan anda.
Saudara SUKJ,
i. Saya tidak melihat wartawan Sinar Harian sebagai wartawan hingusan atau tadika. Bagi saya wartawan Sinar Harian membawa dimensi baru kepada profesion kewartawanan kerana sifat tidak memihak mereka. Kalau dilihat, hanya Sinar Harian yang boleh menulis dengan bebas kerana tidak ada "tangan ghaib" yang mengongkong mereka (setakat ini);
ii. Kita jangan mudah memandang rendah (sehingga menghina) kepada orang lain kerana tidak sebulu dengan kita.
SDr C-bOk, bagaimana pula dengan maklumat yang saya terima....
Seseorang yang dikenalpasti sebagai ajen Dato'Mukriz telah cuba menimbulkan kekecohan dengan cara:
1)Setelah dipersetuji bhw tiada calon untuk menentang KJ dan cadangan telah ditutup.
Renung-renungkanlah..
Kg Dewan Beta,KB,Kel
2)Selepas itu,orang yang berkenaan telah bangun dan meminta agar cadangan dibuka semula.Tak taulah dia faham atau tidak 'law'menyuarat..
3)Keadaan inilah yang cuba ditimbulkan dan diekplotasikan oleh pihak2 tententu untu mensabotaj KJ.
Jadi berita mana yang betuiii
Renung-renungkanlah...
Kg Dewan Beta,KB,Kel
Salam Saudara,
Saya banyak berkunjung ke blog pro-khairy. Kesimpulan yang saya boleh buat ialah:
1. bersifat propaganda, cuba membaiki imej Khairy yang telahpun tercemar dengan menyalahkan fitnah.
2. tidak menjawab persoalan sebenar seperti permainan kotor Khairy di Gelang Patah dan Kuala Kangsar.
3. sifat taksub mereka mengalahkan pengikut ajaran Hj Kahar.
4. memantulkan taktik kotor Khairy ke arah Mukhriz
5. cuba menafikan kebenaran dengan menyalahkan media, seperti saudara SUKJ di atas.
Yang nyata bilangan mereka tak ramai, dan nada tulisan berbunyi seperti penulis upahan.
Wassalam.
Salam buat semua,
Pernah mendengar secara direct ucapan KJ ketika merasmikan satu mesyuarat pemuda.
Rasanya cara beliau berucap biasa biasa aje. Tak ada satu rasa "oommphh" mendengarnya. Berbalik pada isu yg sama aja. Mungkin kurang sihat atau kepenatan pd masa tu kut...
Tapi tak tahulah...saya bukan org cerdik berucap dan berpolitik...sekadar pendangan peribadi sahaja.
Tempat saya pun cadangkan KJ.
apa yg khairy penah buat untuk org jelutong pun saya tak tahu
kalau cakap secara beremosi sapa2 pun blh buat
the faster the rise, the harder the fall...
Post a Comment