Friday, November 07, 2008

ex-Gratia: Kenapa Banyak Sangat?

C-bOk tidak minat nak masuk campur dengan perkara ini pada mulanya. Tetapi apabila membaca akhbar hari ini berkaitan dengan jumlah pembayaran ex-gratia (bonus/duit raya?) yang diberikan oleh Kerajaan (Baca: Zaid Ibrahim) kepada bekas Ketua Hakim Negara dan lima orang hakim kanan yang berjumlah RM10.5 juta mengundang rasa amarah di dalam hati. Banyak persoalan yang timbul.

Kenapa banyak sangat? Apa asas yang dijadikan perkiraan di dalam menentukan jumlah bayaran kepada mereka? Kenapa ada yang dapat lebih dan kenapa ada yang dapat kurang? Apa peruntukan undang-undang yang digunakan di dalam memberikan ex-gratia tersebut? Benarkah mereka layak? Banyak lagilah soalan..........

C-bOk membangkitkan soalan ini kerana tiga perkara:

  1. Hukuman ke atas mereka sebelum ini dibuat oleh sebuah tribunal yang sehingga kini keputusannya masih belum tercabar;

  2. Kesemua mereka menerima pencen (kalau pegawai kecil biasanya tak dapat pencen sekiranya di dapati bersalah oleh mana-mana mahkamah atau tribunal. Double standard?);

  3. Duit yang digunakan adalah daripada peruntukan dana awam.

Ini bukanlah satu keputusan yang tepat atau hebat daripada kabinet kita yang membuat keputusan berdasarkan kepada cadangan menteri yang bertanggungjawab ketika itu yang kemudiannya telah meletak jawatan ketika cap jari pun masih belum kering. Nasib baik la RM10 juta. Kalau RM100 juta?

3 comments:

Musallam said...

Salam,

Saya tak pasti apakah ex-Gratia itu banyak sangat atau berpatutan.

Tapi kerajaan agaknya mengakui telah melakukan satu kesilapan apabila memecat hakim yang berkenaan atau meminta mereka bersara lebih awal.

Jadi anggaplah bayaran itu sebagai "menebus" kesilapan itu, dan dengan begitu, bayaran itu agaknya tidaklah terlalu banyak!

Zainal A. Kasim said...

Tun Jeram,

Mereka didapati bersalah oleh tribunal. Walaupun bersalah mereka diminta bersara dan tidak dipecat. Dan dalam masa yang sama mereka mendapat pencen pula. Dengan kata lain, walaupun tidak lagi bekerja, mereka masih mendapat duit.

Kenapa pula perlu dibayar lagi? Dengan jumlah yang banyak pula.

Anonymous said...

Itulah kepimpinan lemah dan pandangan singkat Pak Lah. Tujuannya nak mengembalikan kekuatannya sendiri dan menjatuhkan Tun M. Menteri yang dilantik pun dah letak jawatan sedangkan cap jari belum kering. Yang rugi rakyat juga.