Tuesday, November 11, 2008

Wanita Silap Membuat Pencalunan?

Ketegasan Datuk Kamilia untuk menolak pelan peralihan kuasa Wanita UMNO serta hasrat beliau untuk terus bertanding jawatan Naib Ketua seperti yang dilapurkan hari ini menunjukkan kualiti pemimpin yang selama ini tersembunyi. Seseorang pemimpin mestilah berani bersuara, mempunyai prinsip, tidak menjadi pak turut dan yang pentingnya tegas. Kualiti ini tersembunyi selama ini kerana mainan politik mereka yang mempunyai kuasa.

Kesemua ciri-ciri ini terserlah apabila Datuk Kamilia dengan tegas menolak pelan peralihan kuasa Wanita UMNO yang direncanakan oleh Tan Sri Rafidah Aziz. Walaupun TS Rafidah berkata kepimpinan wanita menyokong pelan berkenaan, namun umum mengetahui Shahrizat tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan TS Rafidah yang lebih garang dan hanya percaya kepada suara hatinya sahaja. Shahrizat kalah dengan anak Anwar Ibrahim yang masih hingusan. Inikan pula dengan TS Rafidah. Manakala exco yang lain hanya ikut-ikutan sahaja.

Ketegasan Datuk Kamilia hanya menyerlah akhir-akhir ini apabila beliau menunjukkan rasa tidak senang dengan pelan peralihan kuasa yang pada beliau tidak selari dengan Perlembagaan UMNO. Mungkinkah perwakilan Wanita UMNO telah tersilap membuat keputusan? Datuk Kamilia nampaknya mempunyai kualiti sebagai seorang ketua.

5 comments:

. said...

Sekiranya pemilihan diadakan HARI INI, saya fikir Dato Kamilia akan menang pertandingan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, menewaskan Dato' Seri Shahrizat Jalil. Beberapa orang pemimpin wanita melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan Shahrizat.

Zainal A. Kasim said...

Sdra. Nobisha,

Saya rasa kalau Datuk Kamilia bertanding jawatan Ketua melawan TS Rafidah pun dia mungkin menang.

Anonymous said...

Satu lagi contoh budaya politik UMON yang membuatkan ahli akar umbi dan rakyat meluat dan "fed-up". UMNO perlukan perubahan dan perubahan perlukan ketegasan terutamanya dalam memilih pemimpin.

Anonymous said...

saya setuju.
shahrizat perlu tegas dan jgn sekadar "play safe" untuk jaga jawatan. Kamilia rational dgn keputusan dan tidak tunduk dgn plan "ntah apa2 ntah..." designed by rafidah

kawaii_desu said...

TS Rafidah tu semacam ada hati tuk kembali dlm barisan kabinet DS Najib