Satu Malaya sudah tahu adanya sokongan terhadap kedua-dua tokoh wanita iaitu Rafidah dan Shahrizat. Kedua-duanya layak bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO. Namun Rafidah tidak mahukan pertandingan. Beliau mahu mengekalkan kuasa dan kemudian menyerahkan tampuk kuasa wanita kepada Shahrizat pada bulan Jun 2009 iaitu 3 bulan selepas perhimpunan agung UMNO.
Perbincangan di kalangan EXCO Wanita semalam sebulat suara untuk mengekalkan pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui sebelum ini. Dengan kata lain, Shahrizat tidak mencabar Rafidah untuk jawatan Ketua.
Walaubagaimanapun dalam masa yang sama, Shahrizat yang telah layak untuk mencabar Rafidah juga dalam masa yang sama layak untuk mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Wanita. Malangnya, Datuk Kamilia Ibrahim (Ketua Wanita Kuala Kangsar) juga layak untuk bertanding/mencabar Shahrizat sebagai Timbalan Ketua. Datuk Kamilia tidak hadir di dalam mesyuarat semalam di samping beberapa orang lagi exco Wanita yang menyokong Shahrizat. (Jadi bagimana pula keputusan semalam di katakan sebulat suara...?)
Dengan melihat kepada perkembangan ini, masa depan politik Shahrizat dan Kamilia dipertaruhkan oleh Rafidah yang lebih bijak berpolitik. Semua orang tahu dengan gaya politik Rafidah yang lebih keras dan tegas berbanding dengan gaya lembut Sharizat yang kalah dengan anak Anwar Ibrahim yang masih hingusan. Sekiranya salah langkah, kedua-dua Shahrizat dan Kamilia akan tersungkur.
Alasan untuk memperkukuhkan parti oleh Rafidah boleh diperdebatkan. Demi perpaduan Wanita, Shahrizat dan Kamilia di minta berkorban. Namun kalau silap perhitungan mereka mungkin terkorban.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tak tahulah apa taktik Rafidah kali ini. Terbukti bahawa akar umbi kurang berminat dgn pimpinan beliau maka berundurlah secara terhormat.
Pada hemat saya, Shahrizat patut bertanding Ketua Wanita dan biarlah perwakilan menentukan. Jika Rafidah terus berdegil maka akan jatuhlah beliau secara aib dan jika beliau menang, maka Sharizat kalah dgn cara terhormat.
Kuasa sekarang adalah pada Shahrizat dan beliau harus membuat pendirian dan keputusan sekarang.
terkorban, berkorban atau dikorban oleh rafidah? saya catatkan pemerhatian ini di blog saya. dijemput tuan membacanya.
Post a Comment