C-bOk pernah menulis tentang rasuah politik sebelum ini. Rasuah di dalam pemilihan kepimpinan UMNO kini menjadi bahan perbahasan di kedai-kedai kopi, kopitiam, hotel, blog dan macam-macam tempat lagi la.
Kalau ada anugerah "topik tahunan", maka isu rasuah di dalam pemilihan kepimpinan UMNO boleh mendapat anugerah utama.
Tak ada rasuah di dalam pemilihan UMNO?
Mana mungkin.
Kalau tidak ada angin takkan pokok bergoyang. Begitu juga dengan rasuah politik di dalam UMNO ini. Presiden sudah becakap. Timbalan Presiden sudah bercakap. Naib-Naib Presiden juga sudah bercakap. Ahli-Ahli MT juga bercakap. Malahan Lembaga Disiplin UMNO sendiri menerima lebih 900 aduan berkaitan dengan rasuah politik. Kalau dari 900 tu 10% sahaja yang terbukti benar dan disabitkan kesalahan sudah 90 kes. Itu sudah satu kes berat.
Namun di sebalik semua cakap-cakap orang besar di dalam UMNO yang dijadikan bahan di dalam ucapan-ucapan penting mereka, yang menjadi tajuk utama di dalam media-media massa tersohor (?) negara, di perbahaskan setiap hari di kedai-kedai kopi dan juga kopitiam, sehingga ke hari ini ianya kekal sebagai "isu gempak" sahaja. Tidak ada kekuatan politik (political will) untuk betul-betul mengambil tindakan ke atas perasuah-perasuah politik ini. Ya la..., kalau semua orang sudah bercakap - pastilah ada kebenarannya. Tapi disebalik caka-cakap tentang perkara ini, masih tidak ada tindakan ke atas mereka yang dilapurkan melakukan rasuah politik.
Sekiranya isu ini gagal dibenteras, ramalan Tun Mahathir yang UMNO dan BN akan kalah di dalam PRU ke 13 pasti akan menjadi kenyataan. Ini kerana pemimpin yang memimpin membeli kuasa mereka. Mereka menjadi pemimpin bukan kerana mereka sebenar-benarnya layak menjadi ketua, sebaliknya kerana mereka ada banyak duit. Ataupun ada penyokong yang berkepentingan melabur bagi pihak pemimpin berkenaan untuk meletakkan proksi mereka yang kemudian boleh dicucuk hidungnya.
Sehubungan dengan ini, C-bOk berharap Tun Mahahir mengotakan janjinya untuk mendedahkan nama calon-calon kepimpinan UMNO yang menggunakan duit untuk mendapat tempat di dalam hiraki kepimpinan UMNO. Pendedaan ini mestilah dengan bukti-bukti yang nyata supaya rakyat boleh menolak mereka.
Tun, rakyat menyokong anda.
Wednesday, November 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Bukan sahaja rakyat menolak C-boK, malah Pemimpin negara harus menolak mereka gar tidak mendapat kesempatan untuk bertanding pada bulan Mac 2009 ini. Biar dalam bulan Mac ini calon yang tidak mengamalkan politik wang saja yang bertanding dan mestipula diumumkan kepada rakyat jelata melalui media massa.
Yang demkian pembersihan dari politik wang dalam UMNO kenampakkan begitu berkesan dan rakyat akar umbi khususnya generasi muda akan mula sayang kembali kepada UMNO jika ini menjadi kenyataan. Seeloknya Najib harus memulakan tindakan.
Salam Sahabat.
Saya musykil mengapakah Tun beriya-iya sangat untuk mengisytihar nama-nama perasuah yang disyaki. Adakah beliau syangkan parti atau kerana beliau sayangkan anaknya yang bertanding Ketua. Adakah mungkin nama Khir Toyo turut tersenarai memandangkan beliaulah yg mengancam kedudukan Mukhriz sekarang?
Begitu juga kemusykilan saya mengapa Mukhriz begitu lantang untuk menjatuhkan Pak Lah. Adakah kerana beliau sayangkan parti atau sayangkan ayahnya yang telah teranyaia.
Allahu Alam.
TPJ,
Kalau betul Tun teraniaya (spt. catatan sdra.) saya yakin bukan Mukhriz sahaja yag marah. Ramai lagi yang marah kerana sayangkan Tun.
Bagi saya, soal anak Tun bertanding adalah perkara sampingan. Sekiranya Tun mempunyai bukti, eloklah didedahkan. Buat apa sorok-sorok.
TPJ, kalau tak nampak jugak sampai sekarang kenapa Pak Lah kena belah, tak tahu nak cakap apa lagi lah.
Jangan lah main psycho macam KJ, konar sana konar sini, Mukhriz juga yang disalahkan. haha
Tapi saya disagree kenapa TDM sorang yang di kerah nyatakan nama2 mereka yang rasuah ni. Tak ada pemimpin2 dalam UMNO sendiri yang ada telor ke?
Sdra. Zahar,
Saya rasa Tun tdak dikerah, tetapi kesedaran serta rasa tanggungjawab beliau membawa kepada cadangan untuk mendedahkan nama-nama berkenaan kerana selepas lebih 900 aduan masih tidak ada tindakan. Yang ada cuma cakap-cakap sahaja.
Tentang pemimpin lain pula, ramai juga yang ada telur, tetapi telur setengah masak sebab sekadar bercakap dalam bentuk kiasan. Tidak ada kesungguhan.
Kalau boleh didedahkan, elok sgt2 lah tu... nak tgk jugak berapa ramai yg dlm UMNO yg kenyang dgn duit haram ni...
tak sabar nak buat analisis
Post a Comment