Maklumlah, masing-masing semuanya nak menjadi hero.
Namun, apa yang C-bOk perhatikan rata-ratanya masing-masing membuat ulasan dan memberi pendapat bukanlah kerana nak mempertahankan Kalimah Allah itu sangat. Sebaliknya masing-masing mencari kesempatan untuk ....
- menonjolkan diri sendiri;
- menyalahkan orang lain;
- menunjukkan mereka lebih Islam berbanding dengan orang lain;
- menonjolkan parti politik mereka lebih baik (kononnya) dari parti politik yang satu lagi;
- mengkafirkan orang lain;
- usaha untuk "frame" orang lain dengan tuduhan tanpa bukti;
Ringkasnya, usaha untuk mempertahankan penggunaan kalimah Allah itu jatuh nombor dua. Objektif nombor satu ialah "mengambil kesempatan" untuk "kepentingan peribadi + parti" masing-masing.
Hasilnya, keluarlah pelbagai kenyataan yang tidak berpijak di alam nyata. Keluarlah tuduhan yang menuduh orang itu dan orang ini yang bersalah. Terjadinya kekalutan ini kerana parti ini dan juga parti itu dan sebagainya lagi. Yang tidak bersalah ialah orang yang bercakap itu sahaja. Dia lah yang paling baik dan dialah yang paling syumul.
Sedangkan musuh-musuh Islam itu bersatu. Paling tidak pun mereka berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen (ada parti politik berasaskan bangsa yang enggan memberi komen/berkecuali?). Malangnya tokoh-tokoh dari kalangan orang Melayu (yang sepatutnya beragama Islam) bila buka mulut sahaja "menyalahkan" saudaranya yang beragama Islam di ketika kita sepatutnya bersatu.
Maka C-bOk sekali lagi ingin menyeru, "pertahankanlah ke-Esaan Allah itu. Bukannya Ego politik anda".
Iklan: Ads4Bucks
1 comment:
Tepat dan itulah yang sepatutnya.
Post a Comment