Saturday, January 02, 2010

"Rumah Allah" dan "Masjid"

Gambar ini C-bOk ambil semasa ke sebuah negara jiran pada awal tahun 2009.

Dari jauh nampak tulisan "Keluarga Allah", namun apabila sudah dekat ada perkataan "Gereja" di atasnya dan juga lambang salib. C-bOk mula-mula jadi keliru, namun kemudian tersedar dengan keterbukaan negara berkenaan tentang agama.

Terbukanya mereka sehingga mereka yang berbeza agama boleh berkahwin. Pernah dengar tentang kisah artis negara berkenaan di mana si suami yang beragama Islam berkahwin dengan isterinya (artis juga) yang beragama Kristian? Begitulah terbukanya mereka dengan agama sehingga perkara-perkara berkaitan dengan akidah di permainkan.

Di negara kita usaha untuk membawa negara ke era "keterbukaan" seperti negara jiran itu begitu agresif dilakukan sekarang ini. Gerakan menggunakan mahkamah untuk memancung eksklusiviti agama Islam sebagai agama rasmi begitu ketara sekarang ini. Keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bukan beragama Islam untuk membenarkan penggunaan Kalimah Allah beberapa hari lepas dianggap sebagai "landmark judgement" oleh mereka.

Perkara ini jelas satu gerakan halus dan terancang untuk memperlekehkan agama Islam dan dalam masa yang sama memudahkan apa-apa agenda yang tersimpan di dalam kepala hotak mereka.

Merujuk kepada gambar di atas, tidak mustahil satu hari nanti semua gereja di negara ini dipanggil "Rumah Allah" sedangkan kita memanggil rumah ibadat kita sebagai "masjid". Bayangkan kekeliruan yang akan timbul apabila perkara ini berlaku kelak.

Kenapa sampai begini jadinya?


Mungkin kerana kenyataan YB Khalid Samad yang menyatakan persetujuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.2009 yang membenarkan permohonan puak Kristian melalui akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan ALLAH bagi ganti nama "God" dalam penerbitan mereka. Hujjah YB Khalid menyokong puak Kristian menggunakan perkataan ALLAH boleh disimpulkan kepada 3 iaitu:

1. Nama "ALLAH" bukan milik ekslusif umat Islam;
2. Bahawa Al Quran sendiri membenarkan dan menggalakkan Kristian menggunakan perkataan ALLAH berdasarkan Surah Az Zukhruf: 86-87 dan Al Ankabut: 63;
3. Rasulullah sendiri tidak menghalang orang 'arab musyrikin Quraisy menggunakan perkataan ALLAH.
Baca ini untuk mengetahui isu dengan lebih jelas.

Kejayaan mereka bukannya kerana mereka kuat, tetapi kerana adanya tokoh-tokoh Melayu/Islam sendiri yang membenarkan hak-hak kita dan agama kita di caturkan oleh orang lain. Siapa dahulu yang bergembira apabila orang bukan Islam membaca Al-Quran di pentas politik? Bukan sahaja gembira, malah bermati-matian mempertahankan hak kaffir itu untuk membaca ayat-ayat Al-Quran di pentas politik sedangkan budak berumur 7 tahun pun tahu kesilapan nahu/tajwid pembacaan ayat itu dan juga hukum mempermainkan ayat-ayat Al-Quran (orang tak mandi wajib baca Al-Quran?)

Ataupun mana-mana perkumpulan yang menggelar diri mereka, parti mereka, ketua mereka sebagai juara Islam (orang lain kurang Islam atau tidak Islam) yang membiarkan perkara sebegini bermaharajalela di depan batang hidung mereka? Apakah ini bala yang sedang melanda negara kita dan juga orang-orang Islam di negara ini? Siapakah yang mendoakan agar bala menimpa negara ini?

Yang jelasnya, usaha-usaha penghinaan agama Islam dan nama Allah ini tidak boleh dibiarkan. Sekiranya mahkamah digunakan untuk mewajarkan "agenda" mereka, maka sewajarnyalah kita menggunakan mahkamah juga sehingga ke peringkat tertinggi untuk mempertahankan kesuciaan agama Islam dan juga keEsaan Allah s.w.t.

Dalam masa yang sama, C-bOk ingin menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan, para Ulamak, Raja-Raja Melayu yang menjadi Ketua Agama di negeri-negeri dan juga negara ini, pemimpin-pemimpin yang beragama Islam - sudah sampai masanya untuk duduk semeja berbincang dan merangka strategi bagi mempertahankan agama Islam.

Jangan biarkan sehingga nasi sudah menjadi bubur!

4 comments:

Arif Omar said...

PERGI JAHANAM SI PELACUR KHALID DAN ORANG ISLAM SEPERTINYA. aLLAH AKAN MELAKNATI MEREKA PADA PRU13 NANTI. ORANG ISLAM AKAN MENUNJUKKAN KEMARAHAN MEREKA DENGAN TIDAK MEMANGKAH PAS. PERCAYALAH

malaysian sabahan said...

Afir Omar, memandangkan isu penggunaan Kalimah Allah ini mendapat tentangan dari Melayu Semenanjung, Saya Cadangkan ORANG ORANG MELAYU BERSATU MENGELUARKAN SABAH DAN SARAWAK DARI GAGASAN MALAYSIA. INI MEMANDANGKAN KAMI KRISTIAN DI SABAH DAN SARAWAK TELAH LAMA MENGGUNAKAN KALIMAH "ALLAH" SEBELUM WUJUDNYA MALAYSIA.

Anonymous said...

Setuju dgn Arif Omar. Makin melampau PAS dgn PKR skrg!!! Sudah pechah tembelang diaorg menipu Melayu!!! PRU13, confirm PAS dan PKR akan ditumbangkan oleh Melayu sendiri yg sedar PAS dan PKR hanyalah jadi alat boneka DAP!!!

Anonymous said...

bagus3.. truskan usaha anda keluarkan sbh & srwk. barulah duit petronas pgi ke sbh & srwak je. tak lah korang 2 menumpang kekayaan sbh & swrk. kalimah allah slah digunakan dr sisi islam. namun,pngunaan KAFIR juga salh disisi kristian. adakah agama anda hanya ADIL untuk diri shj? SIapa yg slalu sbt KAFIR? Yg ini betul lah kan? DUNIA tahu, siapa yang JAHILIAH yg sebnrya.