Monday, March 30, 2009

Salam From Dubai

Apakhabar orang kampung?

C-bOk tak sempat nak update blog ni untuk beberapa hari kerana ada urusan rasmi di Dubai. C-bOk sedang menghadiri pameran perdagangan AGRAme 2009, sebuah pameran perdangangan pertanian terbesar di Dubai. Ada 10 syarikat herba turut sama dengan C-bOk. Semoga mereka semua dapat pulangan terbaik daripada pameran ini.

Insyaallah.

Saturday, March 28, 2009

Kejutan Yang Terbaik Buat UMNO

Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad di majlis penutup Persidangan Agong UMNO hari ini adalah satu kejutan yang terbaik dan manis buat UMNO.

Kehadiran Tun ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang memberikan ucapannya mendapat sambutan yang meriah serta "standing ovation" daripada keseluruhan perwakilan di dalam Dewan Merdeka, PWTC. Jelas, pengaruh Tun masih lagi berakar umbi di dalam UMNO.

Bukan sahaja beliau turut sama mendengar ucapan kepimpinan baru parti, beliau juga turut naik ke pentas bersalam-salaman dengan pemimpin-pemimpin dari saf lama dan saf baru. Lebih manis lagi apabila beliau turut bersalam dengan mantan Presiden UMNO, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga turut mengumumkan yang beliau akan kembali menyertai UMNO semula. C-bOk mengandaikan Tun akan menyertai UMNO semula sebaik sahaja Datuk Sri Najib Tun Razak sah dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke enam.

Umpama biduk berlalu kiambang bertaut, C-bOk harap perkembangan terbaru ini akan menjadikan UMNO lebih kuat bagi menghadapi cabaran serta asakan terhadap kepimpinan Melayu di negara ini.

Thursday, March 26, 2009

Tan Sri Muhyiddin Menang

Alhamdulillah.

Tan Sri Muhyiddin telah diistiharkan menang jawatan Timbalan Presiden UMNO selepas beliau berjaya mendapat 1,575 undi, menewaskan Tan Sri Mohamad Mat Taib yang mendapat 919 undi.

Tan Sri Muhyiddin di lihat sebagai satu-satunya tulang belakang penting di dalam memastikan "proses perubahan" di dalam UMNO serta mengimbangi pengaruh pasukan yang nampak rakus dengan kuasa dan harta di dalam UMNO, khususnya di kalangan pemimpin muda. Semoga pengalaman beliau akan membawa UMNO kembali ke zaman kegemilangan seperti pernah di kecapi selama 22 tahun kira-kira 5 tahun yang lalu.

Tahniah Tan Sri.

KJ Menang Tapi Tidak Menang

Ketua Pemuda UMNO yang baru: YB Khairy Jamaludin daripada Rembau.

Jumlah Perwakilan Pemuda adalah 790 orang. Khairy mendapat 304 undi; Khir Toyo mendapat 254 undi; dan Mukhriz mendapat 232 undi.

Jelas KJ tidak mendapat undi majoriti kerana undi Khir Toyo [254] dan undi Mukhriz [232] jika dicampurkan berjumlah 486 undi. Bermakna ada 486 perwakilan yang tidak bersetuju KJ menjadi ketua mereka berbanding dengan 304 yang mahukan KJ. Ini menunjukkan mereka yang tidak bersetuju mempunyai majoriti 182 undi/orang.

Ringkasnya, KJ menang dari segi teknikal sahaja. Bukannya kerana dia menjadi pilihan.

Wednesday, March 25, 2009

Eli Wong Makan Gaji Buta?

Bertuah sungguh gadis bernama Elizabeth Wong ini. EXCO Negeri Selangor yang bersidang hari ini membuat keputusan untuk menyambung cuti Elizabeth Wong atas alasan polis belum selesai membuat siasatan ke atas kes bogelnya.

Kalau tak silap C-bOk ini kali kedua [mungkin kali ketiga] cuti Elizabeth Wong disambung. Bila "bercuti" maka gaji jalan. Kiranya Elizabeth Wong makan gaji buta la. Dia sudah tidak balik rumah sejak lebih sebulan lalu. Rumput di rumahnya pun sudah naik lalang. Teman lelaki Melayunya bernama Helmi juga masih gagal dikesan. Waran tankap sudah pun di keluarkan.

Elizabeth Wong bukan sahaja seorang wakil rakyat yang mewakili Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan. Beliau juga adalah seorang Exco. Dia ada dua gaji. Dua-dua gaji dia sebat sambil sakan bercuti. Dia tak minta pun, ahli mesyuarat kerajaan negeri Selangor yang "bermurah hati" meluluskan cuti untuk beliau.

Adakah ini tindakan yang wajar? Bagaimana sekiranya polis mengambil masa dua tahun untuk menyiasat kes ini? Adakah beliau akan terus diberikan cuti bergaji seperti sekarang ini?

Kerajaan PR Negeri Selangor nampaknya tidak peka dengan kebajikan rakyat. MB dan exco-exconya nampaknya "melindungi" rakan separti mereka yang "mempunyai masalah". Sementara itu rakyat di Bukit Lanjan di biarkan tanpa wakil rakyat yang sepatutnya berkhidmat untuk mereka.

Sekiranya perkara yang sama berlaku di kalangan ADUN atau MP daripada BN sudah pasti berbuih mulut mereka menyalak-nyalak di setiap peluang perhimpunan. Pastinya juga sekiranya Elizabeth Wong berada di pihak bertentangan, isunya akan dijaja di tiga Pilihanraya Kecil yang akan diadakan minggu depan.

Aaah...! Bosan dengan politik cakap tak serupa bikin Pakatan Rakyat. Hipokrit tahap gaban!!

Gabungan Terbaik Untuk Najib

Hari ini adalah hari penentuan.

PERWAKILAN Pemuda, Wanita dan Puteri akan memilih pucuk kepimpinan mereka di PWTC. Pengundian dijangka akan bermula pada jam 11.00 pagi dan pengiraan akan dibuat pada jam 1.00 tengahari. Seterusnya Pengerusi Tetap setiap sayap UMNO ini akan mengumumkan keputusan rasmi pengundian pada jam 9.00 malam nanti.

Calun-calun yang bertanding pastilah melalui hari ini dengan penuh debaran.

Namun rakyat yang akan bergantung harap kepada barisan kepimpinan baru ini sebenarnya lebih berdebar. Mereka yang terpilih akan mencorakkan masa depan negara ini. Sekiranya yang terpilih itu meletakkan agama, bangsa dan negara sebagai kiblat perjuangan serta kepimpinan mereka, maka selamatlah kita. Sebaliknya sekiranya wang dan kuasa menjadi taruhan mereka, maka bersedialah kita untuk menjadi satu bangsa yang hancur di negara kita sendiri.

C-bOk berharap Perwakilan yang diamanahkan oleh ahli-ahli UMNO di seluruh negara akan membuat keputusan yang bijak di dalam menentukan masa depan UMNO, masa depan Melayu, masa depan agama Islam dan masa depan negara.

Berilah gabungan kepimpinan yang terbaik untuk membantu Datuk Sri Najib Tun Razak memacu kepimpinan negara. Lontarkan mereka yang telah merosakkan UMNO jauh-jauh daripada barisan kepimpinan baru.

Tuesday, March 24, 2009

Memilih Pemimpin Negara: Pilihlah Yang Terbaik!

Hari ini, hujan lebat di Kuala Lumpur. Dari pagi hingga ke tengahari suasana masih muram dan cuaca agak kelam.

Ada yang berkata hujan pagi tadi adalah hujan rahmat kerana merestui perhimpungan keramat orang-orang Melayu di PWTC. Tidak kurang juga yang mengatakan hujan pagi tadi adalah hujan bala.

Apa-apa pun, hujan yang tiba menyejukkan cuaca yang agak panas sejak beberapa hari yang lalu.

Namun begitu, hujan atau tidak, perhimpunan Agong UMNO yang bermula hari ini adalah penting kepada survival politik orang Melayu di negara ini. Di sebalik kemeriahan perhimpunan terpenting orang Melayu negara ini, parti UMNO akan memilih pemimpin-pemimpin mereka yang samada kita suka atau tidak akan menjadi pemimpin negara ini. Dengan kata lain, siapa sahaja yang dipilih, kelak akan dilantik ke pelbagai jawatan eksekutif kepimpinan negara.

Oleh itu, siapa yang dipilih oleh kira-kira 2,000 ++ orang perwakilan dalam minggu ini adalah penting untuk menentukan hala tuju kepimpinan Melayu di negara ini. Menentukan samada UMNO dan juga BN masih relevan atau tidak untuk menerajui kepimpinan negara. Menentukan samada perwakilan faham atau tidak dengan mesej yang disampaikan oleh rakyat pada PRU ke 12 pada 8 March 2008!

C-bOk amat berharap perwakilan yang akan menentukan perkara ini membuat pilihan yang bijak. Pilihlah berdasarkan kepada kelayakan serta merit setiap calun. Bukannya kepada ketebalan poket masing-masing.

Banyak sudah diperbahaskan tentang wujudnya politik wang [baca: RASUAH] di dalam pemilihan kepimpinan kali ini. Semua orang daripada mantan Presiden, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, MT sehinggalah ke ahli paling sengkek dan juga bukan ahli berkata-kata tentangnya. Nama tokoh disebut, nama bukan tokoh juga di sebut. Ada yang telah diambil tindakan dan tidak kurang juga yang disiasat.

Bersalah atau tidak, soalnya pemimpin perlulah sentiasa nampak bersih. "Pemimpin bukan sahaja perlu bersih, tetapi perlu nampak bersih". Maknanya sekiranya ada kiasan yang mengaitkan mana-mana calun, lebih-lebih lagi yang telah melalui proses siasatan, menunjukkan pemimpin itu sewajarnya di ragui keperibadian mereka. Ingat! Pemimpin perlu "nampak" bersih. "Kalau tidak ada angin tak kan pokok bergoyang".

Dalam keadaan di mana orang Melayu kini terdedah dengan serangan dari setiap sudut, soal relevan dan juga kesinambungan kepimpinan orang-orang Melayu di negara ini wajar diletakkan sebagai keutamaan para perwakilan. Tidak ada gunanya kita meletakkan calun yang tebal poket, namun kita kalah di PRU ke 13 nanti dan sekali gus menjadikan kita sebagai bangsa merempat di negara sendiri.

Kita perlu ingat, 50 tahun UMNO menjadi tunggak di negara ini tanpa sebarang masalah, namun akibat kelemahan kepimpinan dan disemai pula dengan kerakusan jakun-jakun politik muda yang berkiblatkan kuasa dan wang, kita lemah sejak 4/5 tahun yang lalu.

Adakah kita harus terus mewajarkan perkara ini? Adakah kita mahu melihat tragedi kepada kepimpinan Melayu di negara ini? Tidakkah kita mahu menjadi kuat semula sebagaimana kuatnya bangsa Melayu semasa 22 tahun di pimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad?

C-bOk tidak rela kita dijajah semula. Di jajah oleh mereka yang rakuskan kuasa dan wang. Mereka yang bersedia untuk menolak kita ke tepi di negara kita sendiri. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan hampir-hampir berlaku di Perak apabila tanah kita diagih-agihkan kepada orang lain sewenang-wenangnya oleh boneka bangsat. Mereka umpama kaduk naik junjung kerana kita lemah, bukan kerana mereka kuat.

Oleh itu, perwakilan yang bersidang di PWTC perlulah memastikan mereka membuat pilihan yang tepat. Pilihlah yang berwibawa dan amanah. Berikan barisan kepimpinan yang kuat untuk menyokong Datuk Sri Najib Tun Razak mengemudi negara ini.

Tolak terus mereka yang rasuah dan nampak rasuah!

Wednesday, March 18, 2009

To Do The Right Thing!

Lembaga Disiplin UMNO telah pun membuat keputusan mereka. Ianya telah diumumkan semalam. Kini kita semua sudah tahu siapa yang terlibat. Dari 29 yang disiasat, 15 dikenakan hukuman. Ada yang digantung dan ada yang di larang bertanding. Keputusan berkenaan boleh diperdebatkan. Satu kesalahan yang sama tetapi dua hukuman yang berbeza. Macammana tu?

Namun itu persoalan lain. Lembaga Disiplin perlu menjawab sendiri. Yang jadi persoalan ialah 15 orang yang telah didapati bersalah. Khususnya dua tokoh utama iaitu Ali Rustam dan Khairy Jamaludin.

Ali Rustam di larang bertanding tetapi Timbalan Perdana Menteri berkata beliau kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.

Khairy Jamaludin pula di dapati bersalah tetapi dibenarkan bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Maknanya dua orang yang didapati bersalah berkaitan dengan Perkara 10.1 Perlembagaan UMNO (Baca: Politik Wang @ rasuah) dibenarkan terus untuk menjadi pemimpin.

Ringkas kata sekiranya KM Melaka di kekalkan dan KJ jadi Ketua Pemuda UMNO maka negeri Melaka dan Pemuda UMNO akan dipimpin oleh orang yang korup?

C-bOk tidak faham dan keliru tahap paling atas (keliru gila). Bagaimana seorang yang didapati bersalah tetapi seolah-olah macam tidak bersalah pula. Kesalahan itu pula berkaitan dengan politik wang. Satu kesalahan yang amat serius.

UMNO perlu menentukan hala tujunya dengan jelas berkaitan dengan perkara ini.

Bagi tokoh-tokoh berkenaan, ini lah masanya untuk melakukan sesuatu yang betul. To do the right thing! Kalau di Jepun, sudah harakiri. Di Malaysia cukuplah dengan meletak jawatan dan berilah kepada mereka yang lebih layak.

Tuesday, March 17, 2009

Siapa Yang Kena?

Berita hangat hari ini ialah adakah benar beberapa orang pemimpin kanan UMNO akan dikenakan tindakan disiplin? Tindakan ini sekiranya diambil ke atas calun-calun ini akan membantutkan usaha mereka untuk bertanding jawatan-jawatan penting di dalam UMNO.

Berita terkini berkaitan dengan perkembangan ini boleh dirujuk di sini atau baca sahaja di bawah ini:

Ali Rustam and Others Face Polls Shutouts

KUALA LUMPUR, March 16 — Speculation is rife tonight about the possibility that a number of top Umno leaders, including leading deputy presidential candidate Datuk Mohd Ali Rustam, face suspension from the party for breaking campaign rules.

Umno could enter a period of uncertainty tomorrow if the party’s disciplinary committee takes action against these top leaders, as expected.

The Malaysian Insider has learnt that several candidates have received show cause letters in relation to allegations of money politics.

Umno disciplinary committee chairman Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail will hold a press conference at 4pm tomorrow where an announcement will be made on the matter. But this evening threats were already flying with supporters of senior party officials promising reprisals if their benefactors are found guilty of money politics by the disciplinary committee.

A party official, who requested anonymity, told The Malaysian Insider: “There is a lot of restlessness in the party.

“The disciplinary committee is set to make a few announcements tomorrow. If there is a sense that it is to clear the way for certain individuals then there will be problems.”

Besides Mohd Ali, a number of other candidates are also facing the possibility of being blocked from contesting the crucial party polls next week.

Among them are deputy Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, former Selangor mentri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Datuk Seri Azalina Othman and Datuk Norza Zakaria.

If any of these leaders are blocked from contesting in the elections, it will send shockwaves through Malaysia’s biggest political party.

Mohd Ali, the Malacca chief minister, is said to be leading in the race to become party deputy president.

If he is disqualified, it will virtually mean the deputy presidency will be delivered to Tan Sri Muhyiddin Yassin.

The other contender for the party No 2 post is Muhammad who is said to be lying a distant third in the contest.

Dr Khir has already stated that there are attempts being made by unnamed quarters to sabotage his and Mohd Ali’s campaigns.

The Selangor Opposition Leader is leading the race to become Umno Youth chief.
But if he or Khairy are suspended, the remaining contender, Mukhriz Mahathir, will win in a walkover.

Norza, who is defending his party supreme council seat, has already been charged in court for bribery in his campaign, and is almost certain to be suspended or even expelled.
Azalina, who is also contesting a supreme council post, is being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). Her political secretary was also recently detained for
questioning.

A mass suspension or expulsion of leaders suspected of corruption or vote-buying could have unpredictable results on the party.

While public support may be gained from tough action, a full scale shutout of candidates from key posts such as the deputy presidency could lead to accusations from within Umno of favouritism by Datuk Seri Najib Razak

Sunday, March 15, 2009

Tanggungjawab di Alam Maya

Sejak beberapa hari yang lalu kita dimaklumkan bahawa enam (6) orang dihadapkan ke mahkamah sementara seorang lagi dijangka akan dihadapkan ke mahkamah pada hari Isnin ini di Kuala Trengganu. Seorang sudah mengaku bersalah, manakala lima (5) orang lagi meminta dibicarakan.

Kesemua mereka dituduh di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 kerana menyalahgunakan media alam maya (internet) untuk menimbulkan suasana tidak selesa dan porak peranda dengan catatan mereka. Lebih tepat lagi, mereka menggunakan internet untuk mencerca orang yang tidak mereka sukai. Di dalam hal ini mereka mencerca DYMM Sultan Perak lanjutan daripada kemelut politik yang berlaku di Perak.

C-bOk memerhatikan perkembangan ini sebagai satu sejarah serta perkembangan penting kepada kebebasan media serta sejauhmana masyarakat perlu menilai kebebasan mereka. Yang menjadi pengajaran kepada apa yang berlaku ini ialah kebebasan tidak bermakna kita boleh melanggar undang-undang. Ada undang-undang yang melarang kita dengan sewenang-wenangnya menyentuh institusi yang menjadi simbul kepada kedaulatan negara kita.

Malangnya ada yang melihat ruang internet sebagai medan untuk mereka melepaskan kemarahan dalam bentuk catatan bahasa yang menyalahi undang-undang. Kata-kata seperti cacian, perumpamaan negatif serta rujukan kepada perkara-perkara yang tidak elok seringkali menjadi mainan golongan seperti ini.

Dalam berbahas, kesopanan adat ketimuran yang menjadi sanjungan kita selama ini diketepikan. Kita mungkin pernah membaca blog SUKJ (ada di dalam blog roll C-bOk) yang menggunakan perumpamaan kasar ketika merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad, mantan Perdana Menteri dan lain-lain individu yang tidak disukainya. Blog berkenaan telah ditutup (mungkinkah ditutup oleh blogspot kerana banyak aduan dibuat terhadap blog berkenaan?). Ini adalah satu pengajaran kepada kita supaya tidak sewenang-wenangnya mentafsirkan kebebasan dengan berkata mengikut hati semata-mata. Malangnya inilah yang berlaku. Merujuk kepada catatan di pautan laman web DYMM Sultan Perak berkenaan, C-bOk rasa bukan enam orang, malahan mungkin berpuloh-puloh orang wajar di dakwa di mahkamah.

C-bOk kesal kerana daripada enam orang yang dihadapkan ke mahkamah, empat daripada mereka adalah Melayu. Adakah Melayu hari ini sudah hilang sifat ketimuran mereka? Membaca catatan-catatan di dalam blog-blog sosio-politik yang bertaburan di alam maya menunjukkan kemungkinan itu sudah menjadi realiti.

Kita boleh sahaja berbahas. Kita boleh sahaja menyuarakan pandangan kita. Namun ber "blog" lah dengan rasa tanggungjawab. Jangan menyalahgunakan kemudahan di alam maya.

Wednesday, March 11, 2009

Siasat Segera Supaya Tidak Sesat!

Pertemuan Pak Lah dengan Anwar Ibrahim di Hulu Langat semalam memang mengejutkan. Ramai yang terkejut sehinggakan sedikit tenggelam Bajet Mini yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan di Parlimen semalam.

Sekiranya jumlah yang dicadangkan bukan RM60 bilion [lebih rendah], pasti tenggelam terus.

Tetapi apa yang dicatatkan oleh blog ini lagi mengejutkan. C-bOk tidak tahu samada apa yang dicatatkan betul atau tidak, tetapi elok juga di siasat supaya kita tidak sesat.

Thursday, March 05, 2009

Pandangan Bertentangan Tidak Bererti Menentang

NST menemubual Mukhriz Mahathir hari Ahad lalu. Temubual tersebut menyentuh tentang pentingnya kita bersuara dan memberi pendapat walaupun kadang kala pendapat kita bertentangan dengan orang lain. Hanya ini caranya kita dapat meletakkan parti di landasan yang betul.

Realitinya hanya beberapa kerat sahaja di dalam UMNO yang berani berkata benar walaupun pahit untuk di telan. Selain Mukhriz, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Rais Yatim adalah di antara tokoh UMNO yang mampu menyuarakan kebenaran.

Catatan Another Brick In the Wall menyentuh tentang perjuangan Mukhriz di dalam UMNO dengan prinsip beliau untuk memainkan peranan "check and balance", satu prinsip yang meletakkan Mukhriz terasing daripada kelompok elit yang berpaut dengan kepimpinan utama negara.

Soalnya adakah mengasing [oleh sekelompok yang berpengaruh] Mukhriz itu baik untuk negara?

Begitu juga sikap kelompok-kelompok elit ini yang menggunakan kebergantungan serta hubungan intim mereka untuk mengaut kekayaaan tetapi dalam masa yang sama mengenepikan segala pandangan yang baik untuk negara [tetapi tidak baik untuk mereka]. Langkah mereka menjadikan Mukhriz seolah-olah menentang kepimpinan apabila mengemukakan pandangan yang berlainan daripada naluri golongan-golongan ini.

MTEN

C-bOk tidak faham kenapa Kerajaan pusat masih lagi belum menubuhkan satu pasukan khusus seperti MTEN untuk menangani masalah ekonomi dunia yang semakin tenat sepertimana yang pernah dilaksanakan semasa menangani masalah ekonomi serantau tahun 1997 / 1998 dahulu. Sudah banyak kali C-bOk bangkitkan hal ini. Begitu juga ramai pihak lain yang berwibawa telah membangkitkan cadangan yang sama. Namun masih tiada tindakan daripada Kerajaan.

Dalam keadaan negara menghadapi masalah sejagat sekarang ini, satu badan seperti MTEN yang diketuai oleh seorang Pengarah Eksekutif sepenuh masa di perlukan. Ianya tidak boleh diketuai oleh orang politik kerana orang politik sekarang ini sibuk dengan pelbagai kes saman menyaman, tuduh menuduh dan sebagainya.

Harap-harap, Timbalan Perdana Menteri semasa mengumumkan Bajet Mini pada 10 March 2009 nanti akan mengambil kira keperluan ini.

Kalau tidak, Lim Guan Eng akan nampak lebih bersedia dengan strategi menangani masalah ekonomi dunia hari ini.

Isu Nama Allah Lagi

Isu ini masih lagi kalut. Terkini, aktivis Kristian [aktivis atau ahli politik yang menangguk di air keroh?] di Sabah melancarkan kempen untuk mengutip tanda tangan untuk membenarkan mereka menggunakan nama Allah di dalam aktiviti agama Kristian. Isunya:

[i] Kalau mereka kutip tanda tangan, tidak bermakna orang Islam juga tidak boleh kutip tanda tangan. Kalau ikut komposisi penduduk di negara ini, Islam lebih ramai dari Kristian dan juga agama-agama lain. Jadi siapa yang menang?

[ii] Selama ini tuhan Kristian tidak bernama? ... sampai terpaksa pinjam nama tuhan orang-orang Islam, iaitu Allah.

....Tuhan perlulah lengkap sejak Azali....

Lu pikir la sendiri!

Wednesday, March 04, 2009

Tragedi di Perak: Lompat + Pokok = ?

Mula-mula melompat. Heboh satu dunia.

Lepas tu bersidang di bawah pokok. Juga heboh satu dunia.

Bila lompat dan pokok jadi isu perbincangan, C-bOk teringat kan.......

Sindrom Flip-Flop

Membaca catatan terkini mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad mengundang rasa gundah gulana di dalam jiwa. Catatan beliau ada betulnya. Keputusan-keputusan penting di rombak semula atas pelbagai alasan yang berbunga-bunga. Terkini, alasan ekonomi adalah alasan yang nampak paling logik. Flip-flop terkini adalah:

[i] Naikkan tol di 5 lebuhraya utama. Tak sampai 24 jam ianya di tarik balik atas alasan rakyat sedang berhadapan dengan ekonomi yang teruk;

[ii] Benarkan penggunaan nama Allah oleh orang Kristian. Tak sampai 24 jam ianya di tarikh semula atas alasan kesilapan membuat pengwartaan;

Adakah mungkin 24 jam sebelum peralihan kuasa di antara Pak Lah dan Najib nanti dibatalkan? Kemungkinan itu ada dan ekonomi boleh dijadikan alasan kerana sindrom flip-flop kini sudah menjadi satu institusi di dalam sistem pemerintahan negara! Kononnya nanti untuk menyelamatkan ekonomi negara

p/s: Hari ini satu buku nota kecil bewarna hitam "25 Alasan Pak Lah Wajib Berhenti Daripada PM dan Presiden UMNO" diedarkan di sekitar Kuala Lumpur. Ianya diedarkan oleh Kumpulan Pemerhati Profesional Rakyat Malaysia. Walaupun alasan-alasan yang dikemukakan make sense, tetapi hujah-hujahnya agak dangkal dan tidak dikupas dengan baik. Siapa punya kerja ini?

Sunday, March 01, 2009

Ekonomi Koboi

Sesiapa pun yang sayangkan negara ini perlu membaca temubual Utusan Malaysia dengan bekas Menteri Kewangan negara Tun Daim Zainuddin di dalam Mingguan Malaysia terbitan 1 March 2009 tentang kemelesetan ekonomi dunia yang beliau ibaratkan sebagai "bahana ekonomi koboi".

Tun Daim Zainuddin pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia sebanyak dua kali dan merupakan orang penting dalam menyelesaikan krisis kewangan yang melanda negara dalam tahun 1997 - 1998.

Pemerhatian beliau bahawa apa yang berlaku kini adalah masalah sejagat dan bukannya serantau seperti sebelum ini amat membimbangkan. Bagi Tun Daim, Kerajaan perlulah ada tumpuan, bertindak segera dan memaklumkan tindakan kepada orang ramai untuk memudahkan proses pemulihan. [Ini lah yang C-bOk perhatikan tidak berlaku lagi di dalam pelan-pelan pemulihan yang diumumkan sebelum ini. Impak ke atas pelan-pelan yang diumumkan masih belum terasa. Selain daripada pengumuman tentang masalah ekonomi dan juga pelan untuk mengatasinya, rasanya rakyat masih belum tahu apa yang hendak dilakukan kerana belum ada penggembelingan penglibatan rakyat secara total. Yang ada hanyalah cakap-cakap tentang masalah dan suasana semasa]

Beliau juga turut membuat pemerhatian terhadap Kerajaan yang kini berhadapan dengan banyak isu bukan ekonomi yang turut berlaku dalam masa yang sama. Masa Kerajaan banyak dihabiskan dengan menyelesaikan perkara-perkara ini. Politiking kerterlaluan parti-parti bertelagah, peralihan kuasa kepimpinan, masalah antara agama, perhubungan kaum dan lain-lain lagi tidak menyumbang langsung kepada usaha untuk menyediakan negara kita berhadapan dengan ekonomi dunia yang semakin teruk.

Oleh itu C-bOk berharap, apa juga pelan Stimulus Kedua yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 10 March 2009 ini akan mengambil kira satu pelan terancang yang benar-benar akan memberi impak dan keperluan untuk mewujudkan semula satu badan seperti Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebelum ini yang memberi penumpuan penuh terhadap usaha mengurus ekonomi negara. Seorang yang berkaliber dan apolotical juga perlu dilantik untuk mengetuainya. Orang seperti Tun Daim Zainuddin.

Justifikasinya mudah sahaja. Sekiranya dulu semasa berhadapan dengan masalah serantau kita melantik seorang Pengurus sepenuh masa, masalah hari ini adalah lebih berat lagi. Hari ini kita berhadapan dengan masalah global/sejagat. Kita perlu melantik Pengurus sepenuh masa yang profesional. Seorang yang tidak terganggu dengan masalah-masalah lain di dalam tugas-tugas mengurus ekonomi negara.

Dalam masa yang sama sekiranya perlu, semua undang-undang yang menjamin keselamatan negara (kekukuhan ekonomi juga termasuk di dalam justifikasi keselamatan negara) perlu dikuatkuasakan dan digunakan sewajarnya. Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan lain-lain yang seumpamanya perlu digunakan ke atas orang-orang politik kini yang menjadi duri dalam daging di dalam keamanan negara yang menjadi tunggak untuk menjayakan apa juga perancangan kita di dalam menangani kemelut ekonomi hari ini.

Dengan kata lain - kita tidak perlukan ahli politik bermulut celupar, ahli politik hipokrit, ahli perniagaan tamak, penjenayah bangsa dan negara, mereka yang membuang masa berantakan seperti tunjuk perasaan, buat onar dalam dan luar negara dan sebagainya lagi. Mereka ini wajar di "rehatkan" di mana-mana tempat yang sesuai untuk menjamin masa depan negara ini dan masa depan anak-anak kita.