Sunday, March 15, 2009

Tanggungjawab di Alam Maya

Sejak beberapa hari yang lalu kita dimaklumkan bahawa enam (6) orang dihadapkan ke mahkamah sementara seorang lagi dijangka akan dihadapkan ke mahkamah pada hari Isnin ini di Kuala Trengganu. Seorang sudah mengaku bersalah, manakala lima (5) orang lagi meminta dibicarakan.

Kesemua mereka dituduh di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 kerana menyalahgunakan media alam maya (internet) untuk menimbulkan suasana tidak selesa dan porak peranda dengan catatan mereka. Lebih tepat lagi, mereka menggunakan internet untuk mencerca orang yang tidak mereka sukai. Di dalam hal ini mereka mencerca DYMM Sultan Perak lanjutan daripada kemelut politik yang berlaku di Perak.

C-bOk memerhatikan perkembangan ini sebagai satu sejarah serta perkembangan penting kepada kebebasan media serta sejauhmana masyarakat perlu menilai kebebasan mereka. Yang menjadi pengajaran kepada apa yang berlaku ini ialah kebebasan tidak bermakna kita boleh melanggar undang-undang. Ada undang-undang yang melarang kita dengan sewenang-wenangnya menyentuh institusi yang menjadi simbul kepada kedaulatan negara kita.

Malangnya ada yang melihat ruang internet sebagai medan untuk mereka melepaskan kemarahan dalam bentuk catatan bahasa yang menyalahi undang-undang. Kata-kata seperti cacian, perumpamaan negatif serta rujukan kepada perkara-perkara yang tidak elok seringkali menjadi mainan golongan seperti ini.

Dalam berbahas, kesopanan adat ketimuran yang menjadi sanjungan kita selama ini diketepikan. Kita mungkin pernah membaca blog SUKJ (ada di dalam blog roll C-bOk) yang menggunakan perumpamaan kasar ketika merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad, mantan Perdana Menteri dan lain-lain individu yang tidak disukainya. Blog berkenaan telah ditutup (mungkinkah ditutup oleh blogspot kerana banyak aduan dibuat terhadap blog berkenaan?). Ini adalah satu pengajaran kepada kita supaya tidak sewenang-wenangnya mentafsirkan kebebasan dengan berkata mengikut hati semata-mata. Malangnya inilah yang berlaku. Merujuk kepada catatan di pautan laman web DYMM Sultan Perak berkenaan, C-bOk rasa bukan enam orang, malahan mungkin berpuloh-puloh orang wajar di dakwa di mahkamah.

C-bOk kesal kerana daripada enam orang yang dihadapkan ke mahkamah, empat daripada mereka adalah Melayu. Adakah Melayu hari ini sudah hilang sifat ketimuran mereka? Membaca catatan-catatan di dalam blog-blog sosio-politik yang bertaburan di alam maya menunjukkan kemungkinan itu sudah menjadi realiti.

Kita boleh sahaja berbahas. Kita boleh sahaja menyuarakan pandangan kita. Namun ber "blog" lah dengan rasa tanggungjawab. Jangan menyalahgunakan kemudahan di alam maya.

7 comments:

Admin said...

Cbok...SUKJ memang macam itu...dulu dah pernah letupkan blog dia sekali, itu pun pasal Chelsea kalah tak dapat piala Champion League, tapi kali ini tak pasti pulak apa sebabnya, senyap-senyap ajer dah meletup....terus padam...

Anonymous said...

Saudara

Kalau dibaca mesej yg ditulis oleh yg dituduh tidaklah seganas atau sebiadap mana jika dibandingkan dengan yg berlaku di Terengganu bila Agong terang terang di maki.

Mengapa sampai sekarang orang yg bertanggungjawab senang bebas sedangkan mesej yg ditulis oleh suami isteri bukan Melayu (yg dituduh) itu adalah tidak sampai ke tahap yg boleh dikenakan denda sampai beribu ribu.

Adakah ini satu lagi siri "kambing hitam" untuk menakut nakutkan rakyat memberi pendapat.

Adakah pendakwaan terpilih memang dari dulu kini dan selamanya kita masih nak pegang?.

Apapun majoriti yg tak puas hati adalah Melayu jadi mungkin betullah Melayu ramai yg marah.

Tepuk dada tanya selera.

bungaraya

Anonymous said...

Salam Tuan Zainal,

Akhirnya..blog SUKJ lenyap dan musnah..perkara ini terjadi dari perbuatan tuan blog sendiri..menggunakan kata2 kesat,memaki hamun, idea negatif yang memalukan Mantan Perdana Menteri Malaysia yang dikenali seluruh Malaysia dan dunia..

Jika perkara seperi ini berlaku, tentu ramai blogger, parti pembangkang dan pihak yang suka memprotes akan melenting dan memberikan pendapat bahawa tiada kebebasan utk bersuara dan memberi pendapat..golongan ini sebenarnya memang tidak pernah mengenal erti kepuasan..selalu ingin menunjukkan diri mereka hebat mengkritik dan tiada cacat cela..

Saya nasihatkan pada diri saya dan semua blogger2 lain gunakan lah kewarasan dan kata2 yang membina dan positif utk membangunkan bangsa Melayu kita..


-warganegara Malaysia

Anonymous said...

Tuan

Saya baru jer tinjau http://azlishukri.blogspot.com/

Nampaknya ramai jugak penyokong2 KJ meracau dan menyalak2 di situ..

SUKJ ditutup..blog pro Mukhriz pulak diserbu..

haniesyafique said...

si sukj tu dh tukau ke blog baru....kononnya takmau lagi dituduh sbg penulis upahan si kj...huhuhu.....ckp tun mahathir belit....dia pon lagi belit...
ni add blog baru dia http://www.politikanjing.blogspot.com/

-mergong, kedah-

Zainal A. Kasim said...

Saudara Hanisyafique,

Bukan sekali SUKJ membuka dan menutup blog. Saya rasa bukan dia yang tutup, tetapi "ditutup" sebab banyak membuat fitnah.

Ada yang menggelar blog beliau sebagai blog "sampah". Saya melihat beliau sebagai penulis blog yang "tidak bijak".

Kalau dia buka blog baru pun saya rasa tidak akan kekal lama.

Anonymous said...

Tuan,

Kesian..ish ish ish Kesian..ish ish kesian..

SUKJ tak mau jadi manusia dah...dia mula meracau..skg ni dia nak serang Najib pulak..

Kesian..kesian..kesian..

sekian terima kasih..

-Jamil