Lembaga Disiplin UMNO telah pun membuat keputusan mereka. Ianya telah diumumkan semalam. Kini kita semua sudah tahu siapa yang terlibat. Dari 29 yang disiasat, 15 dikenakan hukuman. Ada yang digantung dan ada yang di larang bertanding. Keputusan berkenaan boleh diperdebatkan. Satu kesalahan yang sama tetapi dua hukuman yang berbeza. Macammana tu?
Namun itu persoalan lain. Lembaga Disiplin perlu menjawab sendiri. Yang jadi persoalan ialah 15 orang yang telah didapati bersalah. Khususnya dua tokoh utama iaitu Ali Rustam dan Khairy Jamaludin.
Ali Rustam di larang bertanding tetapi Timbalan Perdana Menteri berkata beliau kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.
Khairy Jamaludin pula di dapati bersalah tetapi dibenarkan bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Maknanya dua orang yang didapati bersalah berkaitan dengan Perkara 10.1 Perlembagaan UMNO (Baca: Politik Wang @ rasuah) dibenarkan terus untuk menjadi pemimpin.
Ringkas kata sekiranya KM Melaka di kekalkan dan KJ jadi Ketua Pemuda UMNO maka negeri Melaka dan Pemuda UMNO akan dipimpin oleh orang yang korup?
C-bOk tidak faham dan keliru tahap paling atas (keliru gila). Bagaimana seorang yang didapati bersalah tetapi seolah-olah macam tidak bersalah pula. Kesalahan itu pula berkaitan dengan politik wang. Satu kesalahan yang amat serius.
UMNO perlu menentukan hala tujunya dengan jelas berkaitan dengan perkara ini.
Bagi tokoh-tokoh berkenaan, ini lah masanya untuk melakukan sesuatu yang betul. To do the right thing! Kalau di Jepun, sudah harakiri. Di Malaysia cukuplah dengan meletak jawatan dan berilah kepada mereka yang lebih layak.
Wednesday, March 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Tuan,
Sudah dijangka perkara ni akan berlaku..
Kesalahan yang sama tetapi hukuman yang berlainan..
Lembaga Displin UMNO yang KORUP!!!!
Tuan,
"membunuh->sekali tikam tak salah,100kali tikam baru salah"
sandiwara Alif Mim Nun Wau =Alif tendang Wau = sarkis
Teringat pulak filem Pendekar bujang lapok
-Korup
Salam Tuan Zainal.
Ini uniknya kita hidup di Malaysia ni.. Satu badan disiplin parti yang mendakwa mempunyai integriti, transparent dan segalanya tapi bila menjatuhkan hukuman jadi bahan tertawa makluk di bumi ini.. Hahahahaaaaa... Saya ingat badan disiplin ni sekarang dok pakat-pakat geleng kepala, dok pikir macamana perkara pelik dan ajaib ni boleh mereka laksanakan...
Tuan.
Saya berpendapat pihak badan disiplin ni cuba buat keputusan yang kata orang `berfikir di luar kotak'.. mereka buat keputusan kemudian mereka nak tengok reaksi rakyat semua.. Walaupun sekarang rakyat keliru, lama-lama mereka faham ler..
Saya sokong mereka ni sebab apa yang mereka buat ni tentu dah fikir masak-masak dan punyai bukti-bukti yang kukuhh.. Takkan lah veteren umno yang gak suatu ketika dulu tak berwibawa dan layak buat keputusan... Kan..kan
Tuan,
Zahid punya story bila nak disiarkan..tak sabar nak baca..
hehehehehe
I've always felt that lembaga disiplin tu yg perlu diambil tindakan
saya pun jadi pening sikit dengan hal ini
Cakap tak serupa bikin dia orang tu. Elok bagi SPRM jer yang buat kerja ni. Masukkan kes politik wang dalam bidang kerja mereka sekali. Ini bukan sahaja bagi UMNO tapi semua parti politik samada parti kerajaan dan pembangkang. Politik wang tu kan rasuah. Nama jer berbeza tapi makna dia tetap sama.
Post a Comment