Sesiapa pun yang sayangkan negara ini perlu membaca temubual Utusan Malaysia dengan bekas Menteri Kewangan negara Tun Daim Zainuddin di dalam Mingguan Malaysia terbitan 1 March 2009 tentang kemelesetan ekonomi dunia yang beliau ibaratkan sebagai "bahana ekonomi koboi".
Tun Daim Zainuddin pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia sebanyak dua kali dan merupakan orang penting dalam menyelesaikan krisis kewangan yang melanda negara dalam tahun 1997 - 1998.
Pemerhatian beliau bahawa apa yang berlaku kini adalah masalah sejagat dan bukannya serantau seperti sebelum ini amat membimbangkan. Bagi Tun Daim, Kerajaan perlulah ada tumpuan, bertindak segera dan memaklumkan tindakan kepada orang ramai untuk memudahkan proses pemulihan. [Ini lah yang C-bOk perhatikan tidak berlaku lagi di dalam pelan-pelan pemulihan yang diumumkan sebelum ini. Impak ke atas pelan-pelan yang diumumkan masih belum terasa. Selain daripada pengumuman tentang masalah ekonomi dan juga pelan untuk mengatasinya, rasanya rakyat masih belum tahu apa yang hendak dilakukan kerana belum ada penggembelingan penglibatan rakyat secara total. Yang ada hanyalah cakap-cakap tentang masalah dan suasana semasa]
Beliau juga turut membuat pemerhatian terhadap Kerajaan yang kini berhadapan dengan banyak isu bukan ekonomi yang turut berlaku dalam masa yang sama. Masa Kerajaan banyak dihabiskan dengan menyelesaikan perkara-perkara ini. Politiking kerterlaluan parti-parti bertelagah, peralihan kuasa kepimpinan, masalah antara agama, perhubungan kaum dan lain-lain lagi tidak menyumbang langsung kepada usaha untuk menyediakan negara kita berhadapan dengan ekonomi dunia yang semakin teruk.
Oleh itu C-bOk berharap, apa juga pelan Stimulus Kedua yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 10 March 2009 ini akan mengambil kira satu pelan terancang yang benar-benar akan memberi impak dan keperluan untuk mewujudkan semula satu badan seperti Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebelum ini yang memberi penumpuan penuh terhadap usaha mengurus ekonomi negara. Seorang yang berkaliber dan apolotical juga perlu dilantik untuk mengetuainya. Orang seperti Tun Daim Zainuddin.
Justifikasinya mudah sahaja. Sekiranya dulu semasa berhadapan dengan masalah serantau kita melantik seorang Pengurus sepenuh masa, masalah hari ini adalah lebih berat lagi. Hari ini kita berhadapan dengan masalah global/sejagat. Kita perlu melantik Pengurus sepenuh masa yang profesional. Seorang yang tidak terganggu dengan masalah-masalah lain di dalam tugas-tugas mengurus ekonomi negara.
Dalam masa yang sama sekiranya perlu, semua undang-undang yang menjamin keselamatan negara (kekukuhan ekonomi juga termasuk di dalam justifikasi keselamatan negara) perlu dikuatkuasakan dan digunakan sewajarnya. Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan lain-lain yang seumpamanya perlu digunakan ke atas orang-orang politik kini yang menjadi duri dalam daging di dalam keamanan negara yang menjadi tunggak untuk menjayakan apa juga perancangan kita di dalam menangani kemelut ekonomi hari ini.
Dengan kata lain - kita tidak perlukan ahli politik bermulut celupar, ahli politik hipokrit, ahli perniagaan tamak, penjenayah bangsa dan negara, mereka yang membuang masa berantakan seperti tunjuk perasaan, buat onar dalam dan luar negara dan sebagainya lagi. Mereka ini wajar di "rehatkan" di mana-mana tempat yang sesuai untuk menjamin masa depan negara ini dan masa depan anak-anak kita.
Sunday, March 01, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sememangnya kita mesti rehat kan pengacau negara.
Tetapi kenapa lembab sangat. Jadi jadi takut untuk menjadi berani. Jadi berani dulu baru boleh rasa takut.
Ini belum berani dah rasa takut. Sampai bila bila tak akan berani. Tangkap je si gagak gagak malaysia ni. Simpan je. Baru ada keris Melayu.
Apa lah dia.
Post a Comment