Thursday, March 26, 2009

KJ Menang Tapi Tidak Menang

Ketua Pemuda UMNO yang baru: YB Khairy Jamaludin daripada Rembau.

Jumlah Perwakilan Pemuda adalah 790 orang. Khairy mendapat 304 undi; Khir Toyo mendapat 254 undi; dan Mukhriz mendapat 232 undi.

Jelas KJ tidak mendapat undi majoriti kerana undi Khir Toyo [254] dan undi Mukhriz [232] jika dicampurkan berjumlah 486 undi. Bermakna ada 486 perwakilan yang tidak bersetuju KJ menjadi ketua mereka berbanding dengan 304 yang mahukan KJ. Ini menunjukkan mereka yang tidak bersetuju mempunyai majoriti 182 undi/orang.

Ringkasnya, KJ menang dari segi teknikal sahaja. Bukannya kerana dia menjadi pilihan.

11 comments:

Anonymous said...

Apa gunanya UMNO buat pemilihan dimulakan dgn undi2 akar umbi dan perwakilan yg buat keputusan siapa yg akan diundi tanpa mengira apa yg akar umbi mahu ? Dengan rasa sedih sy mengundi pembangkang dlm PRU lepas dan sy berharap akan kembali mengundi UMNO/BN dlm pilihanraya akan dtg. Tapi .... dgn kemenangan KJ ini, yg melambangkan keseluruhan UMNO masih utamakan kedudukan diri sendiri, saya terpaksa dengan hati yg lebih berat utk mengundi pembangkang sekali lagi. Apa nak buat ? PEMUDA UMNO nak mcm tu ....

Anonymous said...

habis tu? sama la kalau firaun kecil atau penjual tempe yang menang pun. Diorang lagi tak dapat figure majoriti.

Anonymous said...

udah-udah la dok nafi lagi. Stakat sorang dok bergantung kat ayah dia sorang lagi penuh dgn korupsi di slangor mmg la KJ menang.

add said...

Buatlah usul tidak percaya kepada KJ dan naikan Datuk razali ibrahim sebagai ketua kerana razali menang bergaya... berapa ramai blggers istihar keluar umno mulai malam tadi,, angkara KJ menjadi ketua pemuda.

Buatlah laporan kepada SPRM dan lembaga disiplin umno tentang salam isi terhadap KJ kepada perwakilan.

Anonymous said...

Tuan,

Masih ada lagi pemuda-pemuda UMNO yang lena dibuai mimpi..

Melayu Sejati said...

Bro,

kihkihkihkih...kihkihkihkih....kihkihkihkih....kihkihkih...kihkih

Zainal A. Kasim said...

Salam SUKJ,

Sebenarnya yang sedang ketawa dan bersukaria adalah pemimpin-pemimpin pembangkang. Mereka sememangnya mahu calun itu menang. Kerana kemenangan calun itu akan memudahkan mereka meranapkan kepimpinan yang ditunjangi UMNO.

Bukankah Lembaga Disiplin sudah mendapati beliau bersalah? Cuma hukuman sedikit berbesa. Sedangkan salah tetap salah.

Kini jadi satu batu jembala keseluruhan kepimpinan UMNO dan juga pemimpin gabungan BN yang lain untuk "menjelaskan" isu ini khususnya di PRK nanti dan seterusnya PRU ke 13 kelak.

Keputusan itu menunjukkan UMNO "tidak mahu berubah". Kesannya bukan setakat suka-suka dan bersorak gembira.

Kesannya lebih daripada itu. Adakah kita sudah cukup bersedia?

Anonymous said...

Kalau ikut kata Tun Belit 1 undi pun menang juga.

Tak gitu ?

Kah kah kah

Setia kan wang

add

kawaii_desu said...

KJ menang sorak tapi parti tergadai.

Zainal A. Kasim said...

Kawai,

Melihat sayap-sayap UMNO (Pemuda, Wanita & Puteri) - cuma satu je yang macam budak-budak dan menongkah arus. Yes.., your guest is as good as mine!

Anonymous said...

PRU 13 kelak UMNO akan kalah teruk kepada pembangkang sekiranya KJ tidak disingkirkan.