Pertemuan Pak Lah dengan Anwar Ibrahim di Hulu Langat semalam memang mengejutkan. Ramai yang terkejut sehinggakan sedikit tenggelam Bajet Mini yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan di Parlimen semalam.
Sekiranya jumlah yang dicadangkan bukan RM60 bilion [lebih rendah], pasti tenggelam terus.
Tetapi apa yang dicatatkan oleh blog ini lagi mengejutkan. C-bOk tidak tahu samada apa yang dicatatkan betul atau tidak, tetapi elok juga di siasat supaya kita tidak sesat.
Wednesday, March 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Saudara Zainal,
Pandangan saudara siasat supaya tidak sesat tu bagus sangat. Tetapi pemimpin kita dah fikir masak-masak kot ke mana arah tuju pakej rangsangan berkenaan. Tapi yang saya namapak 2 bilion untuk mengurangkan pengangguran tu sikit sangat. Yang pelik 29 bilion untuk membantu sektor swasta menghadapi krisis tu yang nak disiasat supaya tak sesat. Pandangan saudara macamana? Orang Jelebu jangan kelabu dan berdebu saja. Turun-turun di kampung tengok jeram toi takut dah kering pulak. Salam....
Saudara Zainal,
Jangan le kita tak percaya kepada pemimpin, pakej rangsangan tu dah ada hala tujunya. Cuma 2 bilion untuk mengurangkan pengganguran tu macama sikit sangat dan 29 bilion bantu sektor swasta tu banyak le sangat-sangat. Cuma macam tak berapa kena lah. Itu yang memang nak kena siasat supaya tak sesat. Apa pandangan saudara?
Saudara Zedmagel,
Macam pernah jumpa (kenal). Tapi di mana ya?
Anyway, tentang peruntukan RM29 billion untuk membantu sektor swasta tu jangan kita risau.
Jangan kita anggap ianya "bail-out" seperti mana pandangan sesetengah blogger. Rancaknya ekonomi adalah dengan rabcaknya aktiviti swasta.
Pada saya RM29 bilion untuk swasta itu sedikit. Sepatutnya lebih banyak lagi. Ianya bakal digunakan untuk menyediakan prasarana terbaik kepada swasta dalam bentuk:
i. Skim jaminan modalkerja;
ii. Dana jaminan penstrukturan semula idnustri;
iii. Memudahkan akses ke pasaran modal;
iv. Menggalakkan sektor automatif;
... dan banyak lagi.
Pendek kata RM29 billion itu bukannya untuk "bagi" sahaja. Sebaliknya sekiranya kita membaca setiap baris perkataan yang diucapkan oleh TPM/MK, maka kita akan melihat dengan jelas di mana peruntukan itu akan dibelanjakan.
Nota:
Orang Jelebu tidak pernah kelabu dan berdebu. Jeram toi juga tidak pernah kering.
Jelobak Jolobu
Tuai Padi tigo tangkai
Kolo kono komat jolobu
Tak merano, badan merasai.
Perggghhh Tuan Zainal berpantun..
Saya perhatikan Adik Kepada Nizar tu komen pendek-pendek jer.. Ngapa tak tulis panjang-panjang, komen artikal ker atau apa-apa yang patut. hehehe.. Nak berjimat ker???.. Jangan mare
(Minta Izin Tuan Zainal Preview komen ini)
Tuan Abang kepada Naza,
Tiada apa2 nak dikomen, saya lebih gemar membaca blog2 yg boleh membina minda seperti blog Tuan Zainal ini(c-bok)dan blog2 yg lain..Saya juga membaca blog2 sampah seprti Suara SUKJ (dah kena removed) yg boleh juga menggerakkan semangat utk saya berjuang menebas kepala org sperti bloger SUKJ dan bloger2 kaki bodek yg lain..saya kurang mahir memberikan kata2 yg hebat..kurang berpengalaman dlm bidang penulisan..membaca terus berfikir dan hanya mampu memberikan pendapat yg boleh membantu org2 melayu kita..seperti kata pepatah "ckp siang pandang2 ckp mlm dengar2"
kesimpulan..
ckp yg bukan2, yg negatif..ia lebih byk membinasakn kita..
Jadi fikir2kan la..
-Adik Nizar-
Bro c-bOK,
dlm gambar meja makan 2 kecik sangat, ada 3 org saja. Pak Lah kata dia x sembang apa pun dg. Datuk Sri Annuar...macam mana tak sembang dok dekat sangat.Cam mana...biar betul..gambar ni cut n paste ka?
takkan Pak Lah sombong cam 2..Tapi ada org politik juga kata kalau x mampu sombong x bolih join politik.
ok lah p kerja dulu..jumpa lagi.
c-bOk,
dalam gambar nampak meja 2 kecik sangat ...tiga orang saja..Pak Lah kata dia x cakap apa pun dgn. Datuk Seri Annuar..tak logic budaya org melayu tak kan dok satu meja x cakap..biar betul gambar ni cut n paste kut.
tak taula takkan mereka ni sombong mcm. 2.
Adik Nizar 12.41 PM,
Membaca blog sememangnya boleh mengasah minda kita. Namun perlu kita pastikan bahawa blogger mencatatkan fakta berdasarkan kepada pemerhatian yang tepat dan mempunyai bukti serta asas.
Jangan biarkan minda kita diracuni dengan blog yang sesat. Saudara sendiri telah menyebut salah satu daripada blog sebegitu. Blog SUKJ telah pun di tamatkan. Saya rasa ditamatkan oleh blogspot.com kerana catatannya yang keterlaluan.
Post a Comment