Thursday, October 09, 2008

9 Oktober 2008: Leganya...

Alhamdulillah.

C-bOk bangun hari ini 9 Oktober 2008 dengan rasa lega sekali. Ada dua sebab penting kenapa C-bOk merasa amat lega.

Pertamanya, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah membuat pengumuman semalam untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan seterusnya melepaskan jawatan Perdana Menteri pada bulan Mac 2009 nanti. Pengumuman ini yang dinanti-nantikan oleh ramai, membuka jalan kepada usaha untuk membina semula kekuatan UMNO sebagai parti tunjang utama kepimpinan negara dan dalam masa yang sama membuka jalan kepada satu corak baru di dalam arah tuju kepimpinan negara.

Siapa yang bakal menggantikan beliau tidak penting. Yang pastinya Dato' Seri Najib Tun Razak tidak akan secara automatik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Beliau masih perlu membuktikan yang beliau "diterima" oleh akar umbi dengan melalui proses pencalunan sebagai Presiden UMNO dan seterusnya memenangi pertandingan (sekiranya ada) di perhimpunan agong UMNO yang akan diadakan pada bulan Mac 2009. Setakat ini, Tengku Razaliegh Hamzah adalah satu-satunya calun yang telah mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

Keduanya, rancangan untuk mengubah Kerajaan dengan cara tidak "gentleman" Anwar Ibrahim masih lagi belum menjadi kenyataan (setakat ini). C-bOk tidak dapat membayangkan betapa teruknya keadaan dalam negara dari sudut sosial dan ekonomi sekiranya berlaku peralihan kuasa secara "melompat" dan bukannya secara demokrasi melalui peti undi. Adalah menjadi harapan C-bOk perkara ini tidak akan berlaku sehinggalah kita bersedia untuk membuat perubahan pada Pilihanraya Parlimen ke 13 kelak.

Cubaan untuk menukar kerajaan dengan cara melompat seperti mana yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat adalah menidakkan suara majoriti dan bersifat khianat kepada mandat yang diberikan oleh rakyat.

Jadi C-bOk rasa amat gembira dan lega sekali dengan perkembangan kedua-dua senario di atas. Semoga kita akan melalui hari-hari yang lebih baik selepas ini dan kepimpinan negara kita lebih menumpukan perhatian kepada usaha untuk membangunkan negara bagi menjadikan negara ini lebih baik.

Namun sekiranya mereka masih tidak berubah - maka bersedialah untuk terus di belasah khususnya di blog-blog.

3 comments:

Fazrulls said...

Salam,

Lega ka? hmmm orait..

Memang melegakan... tapi tak tahu apa lak jadi selepas ini...

Letting the time pass me by said...

Boleh percaya ke dengan Pak Lah? Maybe orang lain boleh lega, tapi aku rasa there is still a lot of uncertainties... Mampukah pengganti Pak lah mengembalikan integriti, kejujuran dan keihlasan?

Atau adekah Pak Lah akan membuat U-Turn atau flip flop yang bakal mengejutkan semua rakyat malaysia????

BTW Bersempena dengan kedatangan Bulan Syawal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca blog yang budiman jika terdapat sebarang kesalahan atau tersinggung kata. Almaklumlah, kekadang tu bila beri komen tu tak toleh kiri kanan. Diharapkan kedatangan bulan Syawal kali ini akan dipenuhi dengan keberkatan dan keinsafan....

Anonymous said...

Tertanya-tanya jugak kalau-kalau kita kena buat lagi satu Memorial Tun Abdullah Ahmad Badawi lepas ni. Kat mana nak buat kat KL ni? Dan adakah menjadi kemestian kita kena bina Memorial tu. Bukan apa takut nanti tak cukup bahan kerana jangkamasa pemerintahan yang tesangat pendek. Nak tunjuk kejayaan apa, sebab banyak yg tak selesai lagi...