Tuesday, October 14, 2008

Mana Suara Menyokong Utusan Malaysia?

C-bOk tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Saudara Mansor bin Putih di dalam suratnya kepada Rocky (Rocky's Bru) yang mempersoalkan kenapa tiada orang, kumpulan, persatuan atau parti politik yang bangun untuk mempertahankan Utusan Malaysia sepertimana kumpulan/individu yang sanggup berhujan/berpanas menganjurkan "candle light vigil", menyerang pemimpin (ambush) dan sebagainya.

Beliau mempersoalkan di mana Presiden NUJ (National Union of Journalist) yang menyerbu Menteri ketika 3 orang di tahan di bawah Akta ISA baru-baru ini, tetapi diam menyepi apabila Utusan Malaysia di saman RM30 juta oleh Theresa Kok? Bukankah inilah masa yang sesuai untuk Presiden itu mempertahankan hak dan kebebasan akhbar serta kebajikan para wartawan yang bernaung di bawah NUJ?

C-bOk juga ingin bertanya di mana pemimpin-pemimpin politik khususnya dari UMNO di dalam mempertahankan Utusan Malaysia dan editor Saudara Mohd. Zaini Hassan yang kini berdepan dengan saman tersebut? Selain daripada UMNO Bahagian Cheras dan ketuanya Syed Ali Alhabshee, pemimpin-pemimpin lain hanya berdiam diri. Dalam masa yang sama, hanya beberapa orang blogger sahaja yang membuat catatan bagi membangkitkan kesedaran terhadap apa yang dihadapi oleh Utusan Malaysia dan wartawannya seperti C-bOk sendiri dan juga Saudara Akhiruddin Attan (Rocky).

Tidak ada kenyataan menyokong perjuangan Utusan Malaysia dan tidak ada usaha untuk memulakan satu inisiatif bagi membantu Utusan Malaysia di dalam menghadapi saman yang dikemukakan oleh Theresa Kok. Sedangkan kepimpinan Melayu boleh dikatakan berhimpun setiap hari di seluruh pelusuk negara kerana mesyuarat Bahagian-Bahagian UMNO ketika ini.

Semuanya seakan terlupa dengan kebajikan Utusan Malaysia dan wartawannya. C-bOk harap Presiden NUJ dan pemimpin-pemimpin Melayu segeralah bangun mempertahankan Utusan Malaysia yang merupakan salah satu daripada institusi keMelayuan kita. Janganlah harapkan blogger sahaja yang melakukannya.

4 comments:

Anonymous said...

Utusan selalu dilabel sebagai UMNO dan wadah UMNO. Jadi kesimpulannya, suara2 yg seperti langau mengenai isu tahanan ISA dan sebagainya hanyalah alat perti politik terutamanya pembangkang. Jadi apabila isu Utusan ini timbul, maka mereka diam dan harapan isu ini tidak mendpt sambutan kerana fakta yg sememangnya terang itu ada di depan mata. Cuma mereka kaburkan kpd mata rakyat.

Insyallah saya rasa Utusan akan berjaya kerana sememangnya YB Teresa Kok tersilap dlm fitnah beliau tersebut dan sekrg baru tersedar. Harapan saya, Utusan saman sahaja YB Teresa biar dia muflis dan terdiam terus.

Pemimpin UMNO sekrg tgh sibuk berkempen, maka isu spt Utusan ini mereka ambik endah tak endah je.

Saudara C-bok, bagilah sikit calon-calon pilihan saudara. Nak tahu juga saudara ini di camp mana, he he

Zainal A. Kasim said...

Sdra. Anon [7:49AM]

Calon pilihan saya...... (tengah fikir). He he....

ababina328 said...

saudara C-bok
Diketika menghadapi saman 30 juta oleh Teresa kok terhadap Utusan,rasanya tidak perlu bagi
mana-mana pihak utk membela utusan.
sebenarnya utusan bukan pembela org melayu, tetapi pengampu pemimpin umno
kerjanya tiada lain selain mengampu.
jadi elok sangatlah Teresa kok menyamanya, dan biarkan utusan terjun dng labu-labunya, biarkan, biarkan .

kawaii_desu said...

Biasala...
Trend sekarang adalah hapuskan UMNO... that's the mind setting now. anything of UMNO is bad and racist. SO what if nak ampu UMNO. people dont realize it but u fight for DSAI when he got there u'll find urself in the gutter... so each aprty have their own doing

Teresa Kok is the most out-spoken racist as far as i'm concerned.
And a new habit now to sue people as she please. indirectly she's denying our rights to voice out views.