Tindakan HINDRAF menyerbu dan membuat "perangai" di majlis terbuka hari raya perdana di PWTC pada hari Rabu yang lalu adalah keterlaluan. Ada banyak lagi forum terbuka untuk mereka menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada Perdana Menteri dan Kerajaan. Bukannya di majlis hari raya di mana kita sepatutnya memanjatkan kesyukuran terhadap kejayaan kita (umat islam) berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Dengan kata lain, sambutan hari raya adalah merupakan salah satu daripada acara berkaitan dengan keagamaan orang-orang Islam.
Kegagalan HINDRAF untuk memahami konsep hari raya menunjukkan sikap kepimpinan kumpulan haram ini (tidak berdaftar) yang tidak peka dengan struktur sosial negara dan budaya kaum lain. Apa kata mereka sekiranya kita ke majlis Deepavali dan Thaipusan dan membuat onar seperti mereka? Pasti mereka juga tidak suka.
Jelasnya mereka keterlaluan dan kurang ajar.
Sudah sah HINDRAF ini sebuah perkumpulan yang haram kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (R.O.S). Malahan pernah dikaitkan dengan pengganas LTTE. Sampai bila lagi kita hendak memberi muka kepada kumpulan ini?
Friday, October 03, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hindraf sudah melampau, Saya pun naik marah dengan tindakan Hindraf yang tak menghormati agama Islam. Memang suka cari pasal betul. Cerminlah muka sikit.
sokong bro !
Post a Comment