Thursday, October 30, 2008

Keperluan Untuk Bersuara Ke Atas Isu Yang Relevan

C-bOk berpendapat kepimpinan dan calun kempimpinan UMNO di semua peringkat wajar memberikan pandangan mereka tentang gesaan yang dibuat oleh Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai tentang penghapusan 30% ekuiti Bumiputra di dalam ekonomi. Pendirian mereka terhadap isu-isu yang menyentuh kebajikan orang-orang Melayu sebagaimana yang telah dipersetujui melalui kontrak sosial artikel 153 Perlembagaan Persekutuan wajar mencorakkan pendirian dan arah tuju pemimpin di dalam menjadi ketua.

Sehubungan dengan ini, kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir terhadap isu ini kena pada tempatnya. Kenyataan ini adalah lebih bermakna daripada cadangan untuk berdebat sebagaimana yang di sibukkan oleh KJ dan KT (calun-calun Ketua Pemuda UMNO). Berikut adalah kenyataan Datuk Mukhriz sebagaimana yang dilapurkan oleh BERNAMA.

Bukan masa hapuskan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam ekonomi, kata Mukhriz
29/10/2008 12:18pm


ALOR STAR 29 Okt. — Penghapusan dasar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam akan hanya melemahkan lagi ekonomi orang Melayu, kata Anggota Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Menurutnya, sekarang bukan masa untuk mencadangkan 30 peratus ekuiti orang Melayu dihapuskan sebaliknya ia masa bagi meningkatkan ekonomi mereka.

“Pencapaian mereka paling hebat pun baru 22 peratus tetapi kini merosot kepada 18 peratus. Jadi wajarkah dasar itu dihapuskan atau dilonggarkan?," katanya bagi mengulas kenyataan Naib Presiden, MCA Datuk Liow Tiong Lai yang mahu syarat itu dihapuskan.

Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun, berkata, banyak lagi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) belum tercapai dan usaha perlu dilakukan bagi memantapkan daya saing mereka dengan kaum lain yang maju dalam bidang ekonomi.

“Selagi golongan bumiputera belum selesa dan yakin dengan kemampuan mereka, dasar ini tidak boleh dihapuskan,” katanya. - Bernama

1 comment:

mn said...

Broder,

1. Kalau nak jadi Ketua Pemuda UMNO di alaf yang mencabar ini, seseorang itu kena berani 'BERKOKOK' kuat-kuat.

2. Kalau setakad mampu BERSUARA sahaja tentunya nanti ayam-ayam jantan Pembangkang akan lanyak pemuda UMNO.

3. Oleh itu jadilah seorang Ketua Pemuda UMNO. Bukan seorang Ketua Pemuda NGO?