Sememangnya jawatan tersebut boleh dipertandingkan. Ketika amalan demokrasi seolah-olah dipermainkan oleh kepimpinan tertinggi UMNO, sebarang hasrat untuk bertanding sememangnya di alu-alukan. Lagi ramai bertanding lagi bagus.
Namun C-bOk terkedu apabila dalam membuat pengumuman, Zahid "membelasah" Muhyiddin dengan mengatakan yang beliau "agak keras" apabila menyuarakan pandangannya terhadap kepimpinan parti. Beliau juga mengatakan ahli-ahli parti yang mahukan beliau bertanding untuk jawatan itu.
C-bOk rasa bahawa beliau mungkin tidak sedar apabila beliau "mengata" Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY), beliau juga nampak "agak keras" terhadap seorang yang lebih senior daripada beliau. Bagi kebanyakkan orang, khususnya ahli-ahli UMNO, TSMY adalah satu-satunya pemimpin UMNO yang "ada telor" kerana berani berkata benar walaupun pahit. Orang seperti ini yang kita mahukan menjadi pemimpin. Berani bercakap dan berani mengambil tindakan. Bukannya sekadar "menyokong" untuk menjamin kesinambungan karier politik diri.
Lagi pun, rasanya Zahid Hamidi masih junior dalam hiraki kepimpinan parti dan masih terlalu awal!
4 comments:
Saya pun ada terfikir begitu Zainal A Kasim.
Barangkali saya terlupa berapa lama para pemimpin terdahulu kekal di tampok Presiden UMNO.
Ini telah membuatkan ramai atok-atok beratur untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
Nampak macam Najib di atas, sama ada Zahid atau Muhyiddin nombor 2.
Namun, khabarnya atok-atok ramai yang tak nak dah beratur di jawatan Naib Presiden, maka ada beberapa nama lagi yang akan tawar diri jawatan nombor 2 ini, sedikit masa lagi.
Bilang-bilang tadi ada 4 orang ada ura-ura bertanding jawatan nombor 2.
Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku...
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi belum membuat apa-apa keputusan setakat ini. Begitu juga, Dato' Seri Najib Tun Razak juga belum membuat keputusan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Adakah pengumuman ini bermaksud Dato' Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi akan menentang Najib untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO?
Salam,
Zahid ialah pemimpin muda yang "sedang naik". Jadi saya rasa tidak ada salahnya dia mencalonkan diri.
Mungkin selepas ini pemimpin yang lebih senior juga akan mencalonkan diri.
Ini saya fikir bagus bagi UMNO dan politik Melayu pada keseluruhannya.
Akan kelihatanlah UMNO tidak kekurangan tokoh, dan perwakilan UMNO berpeluang memilih pemimpin yang paling layak dan berwibawa.
Masih Junior?
Kenapa kata mcm tu ;-)
Salam Perkenalan :-)
Akar Umbi & Calon 'Kuda Hitam' Ada Kejutan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Post a Comment