Monday, October 06, 2008

Nur Jazlan? Masih Muda! Terlalu Awal! Terburu-buru?

Selepas Zahid Hamidi dan Ali Rustam, kini Nur Jazlan pula yang menawarkan diri untuk menjadi orang no. 2 UMNO. Kebiasaannya orang no. 2 UMNO juga akan menjadi orang no. 2 Kerajaan (Timbalan Perdana Menteri).

Berbanding dengan kedua-dua calun yang lebih dahulu menawarkan diri, Nur Jazlan tidak mempunyai pengalaman sebagai pemimpin di peringkat pusat. Beliau tidak duduk di dalam Majlis Tertingi UMNO atau memegang jawatan kabinet pusat dan negeri berbanding dengan calun-calun lain. Sememangnya sesiapa sahaja layak untuk bertanding atas alasan demokrasi - namun pemimpin perlulah melalui hiraki kepimpinan dengan membuktikan keupayaan mereka mengikut peringkat sebelum diangkat ke peringkat tertinggi.

Bagi C-bOk, "keinginan" Nur Jazlan untuk menjadi pemimpin no. 2 UMNO (dan seterusnya negara?) terlalu awal. Beliau masih muda. Kenapa perlu terburu-buru? Atau "gelombang menawarkan diri" ini adalah merupakan sandiwara yang mempunyai agenda-agenda lain yang kita tidak tahu? Kalau begitu, C-bOk pun ingin menawarkan diri lah. Seperti kata MB Pahang dahulu - "Kalah belum tentu, menang tidak mustahil". Manalah tahu boleh mempopularkan diri. Nanti senang nak jolok-jolok proposal (he he...)

C-bOk melihat ramai pemimpin kanan yang layak untuk mengisi jawatan no. 2 itu. Malahan ada yang mempunyai kualiti untuk jawatan no. 1. Kenapa diam sahaja? Mahukan dipimpin oleh anak-anak muda ini?

Apa-apa pun, kartun Senyum Kambing hari ini di Utusan Malaysia mungkin berkaitan dengan suasana semasa.

2 comments:

Anonymous said...

Nur Jazlan mungkin muda. Dia juga mungkin bukan ahli MT. Bagaimanapun sekiranya kita ingin UMNO menonjolkan muka baru, saya fikir elok utk Nur Jazlan menawarkan diri. Apabila BN mengalami kemerosotan teruk dalam PRU12 dulu, Nur Jazlan adalah antara Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen yang pertama meminta Pak Lah berundur. Adakah UMNO hanya untuk orang tua dan ingin terus menjalani "business as usual"? Lihatlah umur pemimpin PKR. Berapa umur pemimpin parti itu yang berada pada tahap Naib Presiden PKR? Timbalan Presiden PKR adalah exception. Kalau tidak kerana pengabungan PSRM dan Parti Keadilan dulu, mungkin jawatan Timbalan Presiden PKR diisi oleh orang yang seusia dengan Nur Jazlan :)

Setuju?

Zainal A. Kasim said...

Sdra. Nobisha,

Saya setuju dengan usaha untuk "awet muda" UMNO. Namun saya juga berharap mereka yang berpengalaman dan menunjukkan kriteria A+ untuk menjadi Presiden melalui percakapan dan perbuatan mereka sebelum ini tampil ke hadapan dengan segera.

Nur Jazlan sememangnya layak, namun lebih elok sekiranya orang yang makan garam terlebih dahulu juga tampil ke hadapan. "Pengalaman" kebiasaannya mengatasi kelayakan.

Tetapi kalau mereka yang berpengalaman ini "malu-malu alah", elok juga Nur Jazlan dan rakan-rakannya yang sebaya mengambil alih kepimpinan UMNO dan meremajakan UMNO itu.