Friday, October 24, 2008

Oh! Anwar

Sekiranya apa yang diterbitkan di dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini adalah betul, maka Anwar Ibrahim telah sekali lagi menukar tarikh penubuhan Kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat. Kenyataan beliau yang dipetik Sinar Harian berbunyi [juga di laporkan oleh akhbar-akhbar lain - tempatan dan antarabangsa]


Disebabkan masalah ekonomi semakin teruk, kita mesti bekerjasama dengan Kerajaan untuk memastikan negara selamat
Sekiranya C-bOk jadi Presiden PAS ataupun DAP, pasti C-bOk sudah pening kepala tahap gaban kerana cakap Anwar Ibrahim yang terbaru ini. Nampaknya Anwar Ibrahim bukan sahaja telah menukarkan tarikh pengambil alihan Kerajaan, dalam masa yang sama beliau kini mahu bekerjasama dengan Kerajaan pula untuk memastikan negara selamat. Pening! Pening!

Sekiranya kerjasama itu boleh diwujudkan, kenapa perlunya penubuhan Pakatan Rakyat dan juga cakap-cakap untuk menubuhkan Kerajaan baru? Kenapa perlu berarak ke sana ke mari membuat kenyataan dan mengumumkan tarikh penubuhan Kerajaan baru sebelum ini? Sekiranya Anwar Ibrahim yakin bahawa kerjasama dengan kerajaan sedia ada akan menjamin negara selamat dan juga merancakkan eknomi negara - apa perlunya beliau menentang Kerajaan?
Apa yang rakyat mahukan ialah sebuah negara yang aman, ekonomi yang berkembang dan semua rakyat boleh hidup gembira. Sekiranya itu boleh dicapai melalui kerjasama Anwar Ibrahim dengan Kerajaan kenapa kita perlu berhadapan dengan saat sukar seperti sekarang ini?

Apakah kerana beliau kini sendiri sudah tidak yakin dengan kekuatan beliau sendiri untuk mengambil alih Kerajaan dan menjadikan ekonomi dunia sebagai alasan untuk melindungi kegagalan penubuhan sebuah kerajaan baru? Bagaimana dengan pandangan ahli-ahli gabungan di dalam Pakatan Rakyat? Apa pandangan mereka? Adakah Anwar selama ini menipu dan ahli-ahli Pakatan Rakyat telah ditipu?

Kenapa Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat membuang masa kita?

6 comments:

Anonymous said...

Anwar berkata, sekarang bukan masa sesuai untuk membincangkan usaha pembangkang mengambil alih kerajaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Cukuplah membincangkan perkara itu... kami sedang berusaha ke arah itu. Kami mahu ia menjadi satu kejutan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Saranan Pakatan Rakyat Untuk Belanjawan 2009 di Bangunan Parlimen di sini, semalam.

Anwar berkata, pihak kerajaan seolah-olah mempersendakan rancangan PR untuk mengambil alih kerajaan secara aman dan sah mengikut saluran perlembagaan yang betul.

REALISTIC LERR BRO TAK KAN NAK BUAT CAM PRANGAI NAJIS MONGOLIA,SAHAM MERUDUM KITA AMBIK...51 TAHUN KITA BLEH DI TIPU HIDUP2 TAK KAN TAK LEH SABAR KOT....

Mimi said...

THEN WHAT HAPPEN THE TO ALL THE KERUSI THAT HE HAS BROUGHT? :)

awahak said...

Tak tahu nak cakaplah, pelik juga.. siapa yg paksa DSAI buat heboh nak ambil aleh kerajaan dulu...sendiri
cari penyakit, sendiri ubatlah....
apo nak di kato.....

Saari said...

itulah Anwar.. penglipurlara zaman moden !! peliknya, penyokong taksub dia tak perasan ke semua ni. tapi, ye la kan... nama pun TAKSUB.. semua Anwar cakap betul sokmo.

kawaii_desu said...

when anwar said he must cooperate with gov it means he's being reasonable

but...
if UMNO make negatiations with PAS it means UMNO's trying to buy their way in...

Anwar's supporters are blind. I wonder why they join PKR in the first place, is it because of bangsa agaman tanahair or sayang Anwar??? when they know why, do they ever why PKR/keadilan exist in the first place???

isnt it for revenge?? some started as being so dark...

Anonymous said...

BUNGARAYA ikut menyampok,
2 syarat untuk Sdr Anwar Ibrahim boleh kembali kedalam UMNO.
1. Bertaubat bahawa beliau tidak lagi akan mengulangi perbuatan meliwat lelaki. Hodoh perbuatan tu. Seperti saya kata selama ini, perbuatan tersebut hendaklah dihindar jika ingin memimpin negara. Jika bertaubat nasuha tentunya orang melayu akan bertolak ansur.
2. Jangan buat kecoh lagi didalam UMNO. Tunggu giliran elok-elok.

Anwar kena ingat kaum lain tu cuma olok-olok saja menyokong anda. Melayu juga yang sanggup senang dan susah bersama-sama.