Satu Nusantara sudah tahu dengan kes ini. Hari ini, sebagaimana yang dilaporkan di dalam akhbar-akhbar utama negara, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Putera Pemuda UMNO dan ibu serta bapa Noor Fadelah tiba di Selaparang, Lombok untuk membawa kembali anak mereka yang dilarikan orang.
Kerajaan kedua-dua negara melalui jabatan Kerajaan berkaitan dan juga parti-parti politik terpaksa di gerakkan untuk menyelamatkan anak gadis rakyat Malaysia, Noor Fadilah Ahmad, 18 tahun yang dilarikan oleh seorang pemuda dari Lombok Nasrudin Dahrom.
Ketika kedua ibu bapa Noor Fadilah sedang berduka di negara ini mengenangkan nasib anak mereka yang dilarikan, keluarga dan penduduk Nasrudin meraikan anak jantan mereka yang menunjukkan "kejantanan" dengan melarikan anak gadis orang. Bagi mereka, sudah mejadi budaya mereka melarikan anak orang untuk dinikahi. Mereka yang berjaya umpama hero di dalam masyarakat.
Kes ini bukanlah satu kes yang terpencil. Ada beberapa kes yang serupa berlaku sebelum ini. Masalah sosial seperti ini dan masalah jenayah yang dikaitkan dengan pendatang tanpa izin dari Indonesia sudah menjadi nanah dalam masyarakat kita. Untuk menghalang sama sekali kedatangan mereka ke negara ini tentulah sukar kerana kita masih bergantung dengan tenaga kerja luar untuk aktiviti pembangunan negara.
Namun Kerajaan perlulah mengambil tindakan yang tegas untuk mengatasi masalah jenayah dan sosial yang dibawa oleh PATI ini. C-bOk ingin mencadangkan salah satu langkah proaktif kita ialah mengharamkan kedatangan pekerja daripada LOMBOK Indonesia.
Tuesday, October 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam,
Saya kira kita tidak perlu menyalahkan Mat Indon saja. Salahkan juga anak dara kita yang mudah sangat dipikat dan dibawa lari oleh Mat Indon.
Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah kes terpencil saja.
Sekarang mungkin ada sejuta atau lebih orang Indon di negara ini (daripada 2.1 juta pendatang asing). Tentu sebahagian kecil saja yang "jahat".
Assalamualaikum Nal,
Saya sendiri merasakan bahawa Kerajaan Malaysia patut bertindak lebih keras terhadap mereka dari Lombok ini yang menculik dan memujuk rayu gadis gadis Melayu Malaysia!
Pemuda UMNO takkan diam sahaja melihat keceluparan pemuda pemuda Lombok ini?
Mana dia hulubalang UMNO?
Apa sama dengan kes Mukhriz takut berdebat atau membicarakan perkara ini?
Nampak gaya kena hantar YB Rembau saja ke Lombok!
assalamu'alaikum....
sebelum nak condem mana-mana pihak baik baca dulu link
http://kelabumnojakarta.blogspot.com/2008/09/update-ttg-fadilah.html
bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Jangan asyik nak salahkan orang lain. tepuk dada tanya hati.
wassalamu'alaikum
aisyah insan dhoif
Masaalahnya, disektor perladangan , pekerja yg paling rajin dan tekun adalah pekerja indon dari daerah lombaklah.... sebab itu skrg ini di mana-mana kawasan Felda,Felcra, Risda
atau lain-lain semuanya diisi oleh pekerja dari lombok....lagi pun yg terlibat dng melarikan anak org tak ramai... dan bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Post a Comment