Monday, October 13, 2008

Tabung Azan

Tabung ini telah dilancarkan oleh UMNO Bahagian Cheras untuk menyokong perjuangan menegakkan kebasan melaungkan azan di masjid dan surau di seluruh negara bersama dengan akhbar Utusan Malaysia.

Hasil kutipan tabung ini akan digunakan untuk membantu mana-mana masjid dan surau di negara ini untuk membeli peralatan pembesar suara selain keperluan lain yang berkaitan. Selain daripada itu, tabung ini akan digunakan untuk melahirkan muazin muda sebagai pelapis kepada golongan tua di masjid dan surau di seluruh negara.

Dalam masa yang sama, tabung ini sewajarnya memberi kesedaran kepada semua umat Islam di negara ini terhadap usaha pihak-pihak tertentu yang mempersoalkan azan dan juga agama Islam sebagai agama rasmi negara.

5 comments:

Anonymous said...

Mukhriz pernah desak umno hapus kuota pemilihan kerana nak bagi peluang kepada semua calon untuk tawar diri dan bertanding.

Sekarang Mukhriz dah dapat 40 pencalonan dan layak bertanding ketua pemuda umno Malaysia.

Adakah Mukhriz sedia bagi peluang kepada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo dan Zahidi untuk dapat baki pencalonan untuk mereka juga layak bertanding?

Adakah Mukhriz ahli politik yang hanya pandai berkata-kata, tetapi jauh dalam hati, dia hanyalah seorang oportunis?

BERANIKAH MUKHRIZ BERUBAH dulu sebelum dia mengajak pemuda untuk BERANI BERUBAH?

Anonymous said...

Good move. Biar sedar sikit all those yg komplen yg Islam akan lebih segar dan berkembang dgn tindakan bodoh mereka. Nak dgr apa komen Theresa Kok dan Tan Sri Khalid mengenai perkara ini.

Anonymous said...

Pemilihan Ketua amat menarik sekali sekarang berbanding Presiden atau pun Wanita.

Mukhriz bukanlah calon yg paling sesuai saya rasa, tetapi akar umbi Pemuda yg telah lama tersimpan mengenai ketidak puasan hati mereka terhadap KJ akhirnya bersuara. Kerana itu lah Mukhriz mendpt pencalonan yg terbanyak.

Tetapi saya rasa KJ tidak akan berhenti di sini. Beliau akan melepasi pencalonan dan akan berusaha utk memenanginya walau apa pun yg beliu perlu lakukan.

Tetapi harapan saya, insyallah Mukhriz akan menang. Sekiranya beliau sesat, Tun M akan ingatkan beliau. UMNO masih memerlukan Tun M walau pun dibelakang tabir.

Zainal A. Kasim said...

Sdra. Anon [7:53 AM],

Baca akhbar Utusan Malaysia hari ini. Ada catatan Zaini Hassan berkaitan dengan pertandingan antara KJ dan Mukhriz adalah sebenarnya pertandingan antara Pak Lah dan Mahathir. KJ dan Mukhriz menjadi proxi kepada kedua-dua pemimpin UMNO berkenaan.

Anonymous said...

tabung ni utk byaq blik saman teresa la... mandai je tuk tu la tuk ni la, mane ade, utusan x mampu nk byq