Tuesday, November 04, 2008

Pembangkang Keluar Dewan. Pengecut Atau Budak-Budak?

Ini bukanlah kali yang pertama, tetapi insiden yang serupa telah berlaku beberapa kali. Ahli Parlimen Pembangkang yang diketuai oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim keluar dewan apabila permintaan (gangguan?) mereka untuk mendapatkan penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri (TPM) semasa penggulungan perbahasan belanjawan 2009 dibuat. TPM mahu menghabiskan ucapan beliau dahulu sebelum memberi ruang kepada soalan, manakala pembangkang pula meminta ruang untuk mengemukakan soalan dan memohon penjelasan segera.

TPM berhak untuk meneruskan ucapan beliau dan dibenarkan oleh peraturan mesyuarat. Namun Ahli Parlimen pembangkang berpendapat sebaliknya.

Berdasarkan kepada peraturan mesyuarat, TPM berada di pihak yang benar. Jadi sikap pembangkang di dalam hal ini agak kebudak-budakan. Sikit-sikit nak merajuk. Bila merajuk, terus keluar dewan. Sebagai rakyat dan pembayar cukai, C-bOk harap pemimpin kita dari parti pemerintah serta barisan pembangkang - gunakanlah kuasa mereka dengan bijak. Membuat bising, menjerit dan keluar dewan tidak bermakna anda hebat.

5 comments:

Fazrulls said...

ala keluar dewan ja.. mungkin depa nak pi kencin kot.. kasi lah can kan.. hee nasib baik depa tak balik kerusi ka meja ka apa2 ka dalam dewan tu..kalau tak malu ja.. jadi macam kat taiwan.. heee

. said...

Tuan,

Saya kurang arif mengapakah keluar dewan menjadi isu. Saya percaya tuan tahu apa yang ahli-ahli parlimen buat sepanjang hari mereka di sana. Sebahagian mereka menghabiskan banyak masa di lobi dan kantin parlimen dari di dalam dewan.

Anonymous said...

Ketua Pembangkang merupakan seorg yg penuh emosi. Maka perkara spt ini adalah biasa bagi beliau. Lagi pun lebih baik depa keluar dewan daripada rasa malu sebab kerajaan mengeluarkan fakta dan angka yg lebih menyerlah drp "bajet hampas" yg dibentangkan oleh mereka.

kawaii_desu said...

Anwar keluar dewan.
Mmg isu, because being in parliament is not the place to throw your tantrums. Why waste time to show that u work ur a*s off to be in the parliamentjust to get out from there in the middle of session?? besides, takkan kalah kot berhujah kot?? tak blh terima kekalahan ka??

Kalau nak keluaq sgt, keluaq teruih ja, tak payah sibuk nak masuk balik, quit being an MP

Zainal A. Kasim said...

Saudara Nobisha,

Komen Kawai_desu adalah jawapan kepada pertanyaan saudara. Mereka ini menghabiskan berribu, mungkin berjuta duit untuk masuk Parlimen. Dah dapat masuk Parlimen, mereka sibuk nak keluar pula. Bukankah mereka sepatutnya menggunakan segala peluang yang ada di dalam Parlimen untuk berbahas?

Bukannya berbahas dengan reporter kat luat dewan (buat sidang akhbar). Saya cukup muak dengan perangai Ahli Parlimen sebegini.