
Edisi Kemaskini:
Menteri Dalam Negeri Dato' Syed Seri Hamid Albar menjelaskan bahawa terdapat kesilapan di dalam pengumuman berkaitan dengan kebenaran penggunaan perkataan Allah oleh orang-orang Kristian di negara ini.
Pengwartaan kebenaran tersebut akan di tarik balik serta merta.
Sepatutnya kesilapan ini tidak berlaku. Perkara sepenting ini sewajarnya perlu melalui satu proses tapisan yang ketat sebelum ianya di wartakan. Bagaimanakah kesilapan seperti ini boleh berlaku? Tidakkah Menteri membuat penelitian yang ketat terhadap apa juga perkara yang memerlukan persetujuan beliau sebelum ianya diwartakan? Kalau benar, malang sekali negara kita Malaysia!
Kesilapan sebegini akan terus meletakkan Kerajaan yang ada sekarang sebagai Kerajaan yang tidak cekap dan seolah-olah membenarkan label flip-flop yang ditepekkan ke atas mereka. Datuk Seri Najib yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara perlu meletakkan tokoh yang benar-benar boleh bekerja dan teliti dengan kerja-kerja mereka supaya kesilapan sebegini tidak berlaku lagi.
Catatan Asal:
Apakah asas dan justifikasi yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) serta pegawai-pegawai di Kementerian Dalam Negeri yang meluluskan penggunaan Allah oleh orang-orang Kristian? Kebenaran ini yang diumumkan secara tiba-tiba (ketika rakyat sibuk dengan kenaikan harga tol - adakah ini dirancang?), benar-benar memeranjatkan.
Apakah orang Kristian kini sudah begitu desperate sehinggakan mereka tidak mempunyai nama tuhan mereka sendiri sehingga terpaksa meminjam nama yang digunakan oleh Islam sejak azali lagi atau pun ini sebenarnya hanya salah satu strategi (grand design) untuk menimbulkan kekeliruan dan seterusnya memurtadkan orang-orang Islam?
Benar, C-bOk boleh membezakan antara Islam dan Kristian. C-bOk sudah berumur 43 tahun. Rakan-rakan lain yang sudah akhil-balikh pun rasanya tiada masalah untuk membezakannya, namun bagaimana dengan anak-anak kita yang baru hendak belajar mengenali Islam? Tidakkah akan timbul kekeliruan yang sukar apabila mereka di dedahkan kepada dua agama yang berbeza tetapi mempunyai nama Tuhan yang sama? C-bOk pernah terkeliru semasa berada di Jakarta menyangkakan masuk ke Masjid, rupa-rupanya Gereja.
Memetik ulasan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, “Mengapa hendak bertolak-ansur sangat dalam hal ini? Kalau ikut enakmen jabatan agama islam negeri pun memang tidak dibenarkan”. Apakah kita mesti menerima semua permintaan selepas ini? Mungkinkah berhala di Batu Caves juga akan dinamakan semula? Tidak mustahil kerana Mahkamah Tinggi dan mereka yang arif di Kementerian Dalam Negeri telah meletakkan satu presedence.
Keputusan ini jelas telah melanggar arahan Jemaah Menteri yang dibuat pada bulan Mei 1986. Tambahan pula, 10 buah negeri telah menggubal undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Enakmen itu memperuntukkan adalah menjadi kesalahan menggunakan kalimah tersebut untuk kegunaan orang bukan Islam.
Dalam masa yang sama adakah Raja-Raja Melayu telah dirundingkan di dalam hal ini? Bukankah Agama Islam adalah dibawah bidang kuasa Raja-Raja? Tidakkah Mahkamah Tinggi dan Kementerian Dalam Negeri telah mengenepikan Raja-Raja Melayu di dalam hal yang begitu sensitif ini?
Apakah motif sebenar pihak yang menuntut?
Tidakkah pula hakim-hakim Yang Arif dari Mahkamah Tinggi yang bersidang serta Pegawai-Pegawai berkenaan memikirkan kemungkinan "backlash" daripada keputusan ini di kalangan orang-orang Islam? Adakah mereka beranggapan, orang-orang Islam di Malaysia ini mudah dijinakkan ataupun memetik Tun Mahahir sebelum ini melabelkan orang-orang Melayu (yang semestinya Islam) sebagai "Melayu Mudah Lupa".
Apakata sekiranya dalam keadaan politik yang serabut, ekonomi yang meleset dan serangan terhadap kemurniaan agama Islam yang tidak pernah terusik selama ini bakal menimbulkan rasa tidak senang hati masyarakat Muslim a.k.a. Melayu sehingga melahirkan mereka yang mencari keadilan melalui kekerasan?
Tidakkah mereka terfikir? Atau apabila nasi sudah menjadi bubur baru mahu berfikir?
C-bOk harap Kabinet membuat keputusan untuk mengkaji semula keputusan ini. C-bOk juga berharap pemimpin politik kita melihat perkara ini sebagai satu pengajaran. Kerana pemimpin melihat politik sebagai tiket untuk kuasa dan ganjaran, rakyat beralih arah sehingga kuasa yang kita pernah miliki kini cuma cukup-cukup makan sahaja. Orang-orang Melayu/Islam pula segeralah bermuhasabah diri. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya kuasa ada di tangan kita.
Janganlah kerana rasa amarah yang amat sangat sanggup mengenepikan kuasa di miliki bangsa sendiri dan meletakkan kepercayaan kepada parti yang di Pengerusikan oleh Karpal Singh. Adakah Karpal Singh akan membela nasib kita Melayu dan Islam di negara ini? Mampukah pula mereka yang bersekongkol (PAS & PKR) dengan celaka anti Melayu ini menentang kemaraan senyap dan terancang musuh-musuh Islam di negara ini?
Terbukti tidak. Dengan lemahnya dominan UMNO di negara ini dan naiknya Pakatan Rakyat telah menggugat Islam di negara ini.
Fikirlah sendiri.