Wednesday, March 04, 2009

Sindrom Flip-Flop

Membaca catatan terkini mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad mengundang rasa gundah gulana di dalam jiwa. Catatan beliau ada betulnya. Keputusan-keputusan penting di rombak semula atas pelbagai alasan yang berbunga-bunga. Terkini, alasan ekonomi adalah alasan yang nampak paling logik. Flip-flop terkini adalah:

[i] Naikkan tol di 5 lebuhraya utama. Tak sampai 24 jam ianya di tarik balik atas alasan rakyat sedang berhadapan dengan ekonomi yang teruk;

[ii] Benarkan penggunaan nama Allah oleh orang Kristian. Tak sampai 24 jam ianya di tarikh semula atas alasan kesilapan membuat pengwartaan;

Adakah mungkin 24 jam sebelum peralihan kuasa di antara Pak Lah dan Najib nanti dibatalkan? Kemungkinan itu ada dan ekonomi boleh dijadikan alasan kerana sindrom flip-flop kini sudah menjadi satu institusi di dalam sistem pemerintahan negara! Kononnya nanti untuk menyelamatkan ekonomi negara

p/s: Hari ini satu buku nota kecil bewarna hitam "25 Alasan Pak Lah Wajib Berhenti Daripada PM dan Presiden UMNO" diedarkan di sekitar Kuala Lumpur. Ianya diedarkan oleh Kumpulan Pemerhati Profesional Rakyat Malaysia. Walaupun alasan-alasan yang dikemukakan make sense, tetapi hujah-hujahnya agak dangkal dan tidak dikupas dengan baik. Siapa punya kerja ini?

1 comment:

Akar Umbi said...

Bro,

Wa pun nampak cam tu. Mcm dia org ni nak test. Buat statement, pas tu tengok 'public reaction'. Kalau ke kanan maka ke kananlah, bahkan kalau terpaksa u-turn, maka berpusinglah keputusan.

Nak tambah lagi no. [iii]berkenaan isu yuran tambahan sekolah. Kalau kementerian pelajaran nak bagi 'free-education', bagi saja. Jangan letakkan keputusan di pihak 'parents'. Kalau main mcm ni seolah-olah nak letakkan kesalahan pada 'public'. Mereka boleh kata "kami tak tetapkan yuran, tapi parents yg dah buat resolusi dlm mesyuarat agong PIBG!".

Kini YDP PIBG dan pentadbir sekolah pening kepala. Wang tak ada, aktiviti awal tahun nak kena jalan. Hal ini macam nak bagi pressure kat PIBG dan pentadbir sekolah.

Dipendekkan cerita, kalau kementerian pelajaran nak laksanakan 'free education' terus laksana. Jgn nak dok pressure PIBG dan pentadbir sekolah pening2 lalat sebab tak cukup dana. Kalau ada peruntukan bagi dulu, jgn dok na drag2 lagi.