Friday, August 15, 2008

Apabila Mulut Lebih Dahulu Daripada Otak

Apabila mulut kita mendahulu otak, maka situasi yang dihadapi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor akan berlaku. Seperti kata Naib Cancelor UiTM, Prof. Datuk Seri Ibrajim Abu Shah, orang seperti ini cetek pemikiran. [Jadi pemimpin politik tidak semestinya pandai semuanya. Pandai lawyer buruk mungkin...] Contohnya adalah seperti berikut:

Contoh 1:

Tan Sri Khalid mencadangkan UiTM dibuka kepada bukan Melayu. Beliau membuat kenyataan populis dengan harapan untuk mendapatkan sokongan dan undi bukan Melayu (?) dan kemudian menyalahkan kenyataan beliau disalah lapurkan / keluar konteks (?) apabila mula dipersoalkan oleh orang ramai khususnya Melayu/Bumiputra. Bagi C-bOk beliau membuat kenyataan ini hanya kerana berasaskan logik (orang politik....), cuba menjadi popular di kalangan bukan bumiputra, tidak berfikir dan tidak faham sejarah.

Contoh 2:

Apabila ditegur oleh semua pihak, beliau tidak mahu meminta maaf tetapi dalam masa yang sama membuat satu lagi kenyataan yang mencadangkan UiTM meningkatkan taraf dan kemudahannya untuk menjadi sebuah universiti yang disegani (?). Tan Sri ni tak pernah masuk UiTM ke? Apa kemudahan yang tidak cukup? Apakah UiTM tidak di segani? Ini satu lagi kenyataan di mana mulut mendahului otak. Atau ringkasnya kenyataan tanpa berfikir. Ataupun lebih jelas lagi - inilah kenyataan orang politik!!!

Sebagai graduan UiTM, C-bOk rasa kecil hati dan tercabar dengan kenyataan yang memperkecil-kecilkan keupayaan sebuah institusi unggul milik Melayu/Bumiputra. Sepatutnya sebagai orang Melayu Tan Sri Khalid mempertahankan UiTM, sebaliknya dia mengambil jalan populis (dikalangan orang tertentu la...) dengan menghentam institusi milik anak bangsanya sendiri.

Dengan semakin meningkatnya tindak balas daripada rakyat seperti pelajar dan alumni UiTM, maka Tan Sri Khalid mestilah bersedia untuk menerima kesannya. Setidak-tidaknya 2/3 minggu ini mestilah ada tunjuk perasaan dan memorandum yang akan diserahkan kepada beliau dan juga lain-lain pemimpin. Namun kesan yang paling ketara ialah beliau mesti menerima bahawa beliau kini dilihat sebagai pengkhianat Melayu. Jadi Tan Sri boleh lah pilih untuk buat tak tahu (buat derk je!) atau pun minta maaf.

Pesan C-bOk, eloklah jangan politikkan hal-hal yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan juga kebajikan anak bangsa sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

salam..Hanya pendapat dari saya...

Wahai para pelajar yang terpelajar, kalau anda mempertikaikan kemasukan yang hanya 10 peratus sahaja itu, bagaimanakah nanti untuk anda mempertikaikan sekiranya anda tidak diterima berkhidmat di dalam organisasi besar milikan bukan bumiputera nanti? Kemanakah sijil-sijil putih itu akan dibawa?

Terfikirkah anda wahai siswa-siswi UiTM?

Kalau susah untuk kita menerima sekumpulan kecil di dalam perkampungan kita (yang matlamatnya untuk kebaikan semua), haruskan kita menyalahkan orang lain sekiranya kita tidak diterima didalam kumpulan mereka?.

Dengan budaya Melayu yang bersopan santun, berbudi bahasa, berhemah tinggi dan sebagainya, susah sangatkah kita untuk menerima Orang bukan melayu demi kebaikan bersama? Bukalah minda anda semua. Pepatah Melayu ada mengatakan ‘Orang Tamak Selalu Rugi’

Sekarang, cuba fikirkan lagi. Kemanakah dan berapa jauhkah graduan-graduan UiTM ini akan pergi selepas ini? Ke Organisasi milikan Bumiputera 100 peratus? Atau membuka perniagaan sendiri yang terdiri dari orang Melayu 100 peratus?.

Kita masyarakat ‘Majmuk’ maka tiada salahnya berkongsi dan bekerjasama demi kebaikan diri dan masa depan.

Tiada apa yang dapat dibanggakan dengan status sekiranya kita hanya hidup cara tersendiri dengan minda yang tertutup.

Dengan masalah sosial terutamanya yang agak membimbangkan di Uitm sekarang kita perlu 'keluar' untuk berada di dunia yang nyata

salah silap harap maaf

kawaii_desu said...

peluang jangan diberi hanya atas nama kesopanan orang melayu...

peluang utnutk menyelit di celah2 mereka telah lama dinafikan...

mereka juga telah ada universiti sendiri... buat apa nak menyibuk di sini???

kalau itu, satu2nya perkampungan dan perlindungan yg kita ada pun bisa dilolosi... aduh tak tau lah whats up next

Hasbullah Pit said...

Khalid Ibrahim, bagi saya, dia seorang yang otak lebih laju daripada mulut.

Atas sebab itu dia sedikit gagap.