Tuesday, August 19, 2008

Ramalan Terkini

Walaupun Pak Lah kata, harga baru minyak akan diumumkan pada 1 September 2008, harga jualan runcit minyak dijangka akan turun sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 ini.

Walaubagaimanapun, perkembangan ini akan dinafikan ada kaitan dengan pilihanraya kecil berkenaan dan juga cadangan calun PKR untuk menurunkan harga minyak selepas mengambil alih Kerajaan pada 16 September 2008. Apa-apa pun ini perkembangan yang baik untuk rakyat negara ini. Lagi lama mereka bertelagah lagi bagus. Apabila minyak dipolitikkan rakyat yang mendapat manfaatnya.

Ada siapa-siapa nak bet dengan saya?

4 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Sabar, harga minyak akan turun ;)

Keputusan Pilihan Raya kecil pun dah dijangka ;)


Jangan lupa sertai forum bersama saya ;)

Layari
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

UMNO PARTI PENJARA said...

Ok. Paklah dah turunkan 15 sen harga minyak :)


Jemput masuk ke blog saya ;)
http://teampemudaumno.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

Tahukah anda, zaman kita ni Zaman Minyak. Kita hidup di zaman kini, segala-galanya guna minyak hatta kebanyakkan makanan kita pun banyak dibuat dari minyak (minyak sawit, minyak sapi, minyak sayuran etc). Kalau kita hidup zaman dulu contohnya Zaman Ais, Zaman Batu, Zaman Gangsa atau Zaman Besi masa tu harga ais, batu,gangsa atau besi mesti pernah melambung tinggi macam zaman minyak la ni. Cuma tak ada siapa yang belajar ekonomi dari zaman ni. Asyik cari fossil atau rangka jer. Cuba-cubalah belajar macamana mereka menghadapi cabaran ekonomi pada masa itu...

nalapambu said...

'team pemuda umno' & 'faizal zakaria' anda tak perlu iklan kan UMNO yg dah busuk dan reput tu.