Sunday, August 10, 2008

Tun Mahathir Nak Berhijrah?

Tun Mahathir di dalam kenyataannya semalam berkata bahawa beliau akan berhijrah dan meninggalkan Malaysia sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Berdasarkan kepada jangkaan Anwar Ibrahim akan memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini serta keyakinan beliau untuk menubuhkan Kerajaan PKR pada 16 September 2008, bermakna hanya tinggal kira-kira sebulan sahaja lagi sebelum Tun berhijrah.

Soalnya sekarang ialah apa pilihan yang rakyat ada? Khususnya di Permatang Pauh. Anwar Ibrahim nampaknya sudah hampir pasti memenangi pilihanraya kecil itu. Siapa pun yang diletakkan untuk menjadi calun/wakil Barisan Nasional di Permatang Pauh akan menghadapi laluan yang sukar.

Apa pilihan yang kita di ada? Anwar Ibrahim? Tun Mahathir? ........?

10 comments:

apisfires said...

saya pilih tun

Anonymous said...

Sebagai rakyat biasa, memang tepat anggapan saya sebelum ini bahawa orang yang banyak duit macam Tun akan meninggalkan Malaysia jika ada masalah di Malaysia. Yang terkontang-kanting ialah orang macam saya. Mungkin Tun boleh berhijrah ke Uttar Pradesh.

pak long said...

salam!

Siapa yang takut pada siapa? Tempat jatuh lagi dikenang.
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... kaya orang tua-tua.

Anonymous said...

The only choice is KJ. Dulu, kini dan selamanya

WK
padedoh.wordpress.com

abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

TDM boleh cakap apa-apa.
Dia pernah menangis ...kita simpati,
hari ini dia marah kat Pak Lah, kita sesali,
hari ini dia merajuk, kita tatapi..

biasalah, bila ke tua, kubur kata mari dunia kata nai-bai..perangai dah jadi macam anak-keanakan..

namun jasamu dikenang...

Anonymous said...

MANUSI JENIS APA KAMU NI,MENCANI DAN MENCELA BEKAS PEMIMPIN SENDIRI YANG TELAH BERJASA KEPADA NEGARA. SEBURUK-BURUK TDM, BELIAU TELAH MENUNJUK KEMAMPUANNYA MEMBANGUNKAN NEGARA UNTUK DIKENALI DIPERINGAT ANTARABANGSA. LEBIH BAIK MENCACI DIRI SENDIRI DARI MENCACI NEGARAWAN YANG DISANJUNG DI NEGARA LAIN.

Anonymous said...

Pepatah orang Sabah berbunyi: TOLAK TANGGA BERAYUN KAKI. Maksudnya apabila sasaorang itu telah berjaya menguasai apa yang dia kahendaki, dia akan lupa daratan. Mereka lupakan usaha, jasa dan peluang yang diberikan negara kepadanya. Sekarang ni kebanyakkan orang Melayu, dah jadi gulungan yang berada dan serba mampu. Mereka senang lupa daratan. Mereka pentingkan diri sendiri dan selalu berlagak kurang ajar. Ibarat sasaorang yang berjaya memanjat anak tangga naik keatas, mereka rasa tidak perlu bantuan sesiapa lagi. Mereka ta'perlukan tangga lagi. Gitu andainya.
Tun Mahadhir telah membawa rakyat dan negara ke era serba mampu, serba maju. Kebanyakkan pemimpin sekarang (Melayu dan Bukan Melayu) adalah anak didikan negera Malaysia Merdeka yang telah didiwasakan oleh kepimpinan pemimpin-pemimpin Nasional kita saperti YTM Tunku, YAB Tun Razak, YAB Tun Hussein Onn dan YAB Tun Mahadhir. YAB Dato'Seri Abdulah Ahmad Badawi cuba revolusionise segalanya...beliau ta' punya kewibawaan untuk mencapai matlamatnya. Untuk menangani kerenah pasukan Kabinet yang dipimpin beliaupun, beliau gagal.

Sekarang ini terlalu banyak 'fallouts' dalam pentadbiran negara,dan daya kepimpinan pemimpin-pemimpin kita. Rakyat semankin menderita.

Kemana arah kita?

Miss_PurPLe said...

hah??kalu anwar menang??
kalu dia menang,karang dengan aku2 skali p bhijrah..
INI TIDAK BOLEH JADI..
MAHATHIR..!!I ALWAYS BEHIND UR BACK..!!

Anonymous said...

Semoga Allah selamatkan negara kita....semoga Allah tunjukkan kebenaran...amin